Jun 2, 2010

Tembuni - Placenta

Tembuni atau Placenta adalah organ yang mempunyai berbagai tanggapan tentangnya oleh masyarakat. Belbagai kepercayaan atau tahyul tentangnya juga ujud. Sebagai umat Islam yang mengadapkan wajahnya ke pada Islam, tentunya setiap tindakan kita dalam beramal hendaklah tidak dikelirukan oleh sesuatu kepercayaan yang tidak bersandarkan dari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w


Semoga posting ini yang di petik dari pelbagai sumber dapat mengurangkan kekeliruan dan tanggapan yang tidak wajar tentang Tembuni atau Placenta ini.


Tentang Tembuni atau Placenta


The placenta is an organ that connects the developing fetus to the uterine wall to allow nutrient uptake, waste elimination and gas exchange via the mother's blood supply. Placentas are a defining characteristic of eutherian or "placental" mammals, but are also found in some snakes and lizards with varying levels of development up to mammalian levels[1]. The word placenta comes from the Latin for cake, from Greek plakóenta/plakoúnta, accusative of plakóeis/plakoúsπλακόεις, πλακούς, "flat, slab-like",[2] in reference to its round, flat appearance in humans. Protherial (egg-laying) and metatherial (marsupial) mammals produce a choriovitelline placenta that, while connected to the uterine wall, provides nutrients mainly derived from the egg sac. The placenta develops from the same sperm and egg cells that form the fetus, and functions as a fetomaternal organ with two components, the fetal part (Chorion frondosum), and the maternal part (Decidua basalis).




http://en.wikipedia.org/wiki/Placenta





Tatacara Pengurusan Tembuni


Dalam Kamus Dewan uri itu diertikan sebagai tembuni. Tembuni pula diertikan sebagai uri yang keluar sesudah anak damit dilahirkan, sampul tian atau kakak anak. Tian pula diertikan sebagai bahagian perut tempat anak damit berada semasa dalam kandungan.


Tembuni kecil pula diertikan sebagai uri yang bersambung dengan tali pusat (tali uri).


Maka dalam penjelasan mengenai tembuni dan uri ini kita menggunakan istilah tembuni sebagai uri yang membungkus anak damit ketika dalam kandungan dan tembuni kecil sebagai uri yang bersambung dengan tali pusat allak damit. Dalam Bahasa Arab tembuni itu disebut sebagai al-masyimah (المشيمة), manakala tembuni keeil disebut sebagai al-khalash (الخلاص).


Menurut Qalyubi, tembuni kecil (al-khalash) adalah dikira sebagai sebahagian anggota anak damit keralla ia dipotong daripada anak tersebut. Adapun tembuni adalah ia tersendiri tidak dikira sebahagian daripada anggota ibu yang mengandung dan tidak juga daripada anak damit. Menurut katanya:


والمشيتة المسماة بالخلاص كالعضو لأنها تقطع من الولد ، فهي جزء منه ، أما المشيتة التي فيها الولد فليست جزءا من الأم ولا من الولد


Ertinya: Tembuni yang dinamakan sebagai al-khalash (tembuni kecil) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputus daripada anak berkenaan. Maka ia adalah sebahagian darinya. Adapun tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) maka ia bukan sebahagian daripada ibu dan bukan juga daripada anak. (Qalyubi wa 'Umairah: 1/505)


Menurut asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khathib:


فالمنفصل من الآدمي أو السمك أو الجراد طاهر ، ومن غيرها نجس ، وسواء في المشيتة وهي غلاف الولد ، مشيتة الآدمي وغيره. أما المنفصل منه بعد موته فحكمه حكم ميتته بلا شك.


Ertinya: Maka bahagian yang terpisah daripada manusia atau i atau belalang adalah suei, manakala selainnya (m an usia, ikan d belalang) adalah najis. Dan sam a juga dengan tembuni iai pembungkus anak, tembuni manusia dan lainnya. Adapun anggo~ yang terpisah daripadanya setelah matinya maka hukumnya adala , mengikut hukum matinya dengan tiada syak. (Mughni al-Muhtaj: 1/80)


Katanya lagi:


أما ما انفصل من حي أو شككنا في موته كيد سارق وظفر وشعر وعلقة ودم فصد ونحوه فيسن دفنه إكراما لصاحبها. ويسن لف اليد ونحوها بخرقة أيضا كما صرح به المتولي




Ertinya: Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau kita ragu tentang kematiannya seperti (potongan) tangan pencuri, kuku, rambut, darah beku (‘alqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya, sunat juga membungkus tangan dan seumpamanya itu dengan kain sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Mutawalli. (Mughni al-Muhtaj: 1/349)


Menurut dalam kitab Nihayah al-Muhtaj disebutkan:


ومنه المشيتة التي فيها الولد طاهرة من الآدمي ، نجسة من غيره


Ertinya: Dan daripadanya, tembuni yang di dalamnya anak (pembungkus anak) adalah suci daripada manusia, najis daripada lainnya. (Nihayah al-Muhtaj: 1/245


Berdasarkan daripada kenyataan di atas, dapatlah difahami bahawa ternbuni dan tembuni keeil yang dipisahkan daripada anak itu adalah suci, bukan najis. Sebagai penghormatan kepada anggota manusia, maka tembuni dan tembuni keeil tersebut sunat dibungkus dengan kain atau lainnya dan ditanam jika ia dipisahkan ketika anak erkenaan hidup. Jika ia dipisahkan setelah anak berkenaan eninggal dunia, maka penyempumaannya adalah mengikut penyempumaan mayat anak berkenaan.


Tatacara Penghapusan Organ Yang Dipotong


Menurut Ibnu Hajar al-Haitami adalah sunat menanam (di bawah tanah) anggota yang terpisah daripada orang yang hidup dan enurut asy-Syarwani tidak harus anggota itu disembahyangkan. awasyai asy-Syarwani wa Ibn Qasim al-' Abadi: 3/161)


Berkata asy-Syiekh Sa'id bin Muhammad Ba 'Asyin, pengarang 'tab Busyra aI-Karim, bahawa anggota yang terpisah ketika hayat eorang tidaklah wajib disembahyangkan apabila hendak mernbuangnya setelah orang berkenaan meninggal. Hanya sunat •bungkus dengan kain dan ditanam sahaja. Jika orang berkenaan belurn meninggal dan anggota tersebut hendak dibuang, maka sunat ditanam sahaja tanpa perlu membungkusnya (Busyra aI-Karim:
409). Namun menurut al-Mutawalli sunat juga dibungkus (Mughni -Muhtaj: 1/349).
Dengan mengambil kira pendapat-pendapat yang dijelaskan di atas, maka organ atau anggota yang diambil daripada pesakit ketika dia ih hidup bagi tujuan kajian kesihatan itu, jika hendak dibuang lah sunat membungkusnya dengan kain dan seterusnya ditanam.




والله أعلم بالصواب

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid
Tarikh Diisu : 2004

Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam 2004
Hantar artikel ini kepada rakan Mukasurat ramah pencetak

http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=11188&newlang=mas


Khurafat berkaitan pengurusan tembuni

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.
Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

Tapi bagaimana pula jika uri berkenaan dibuang saja? Apakah hukumnya?
“Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.
“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula,” katanya lagi.
Malah menurut Dr.Anisah, perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau macamana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya.
Nabi pernah berkata, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanya lah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.
Malah menurutnya lagi, tidak ada doa doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yg soleh atau solehah.
“Cukup sekara baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad. Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam,” kata Dr. Anisah bersungguh sungguh. –
Oleh: Khairunnisa Sulaiman. Foto: Syefry Moniz.
MASTIKA Oktober 2002

Tajuk Asal: Mengurusi uri (tembuni): Elak daripada khurafat

Catatan Wagiman (di mana artikel ini diambil)

Jika anda bercadang utk menyebar atau meng’copy’ and ‘paste’ artikel ini,pastikan anda meletakkan nama penulis dan penerbit asal artikel ini juga jgn lupa url asal artikel nya.Sebarang penerbitan bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis drpd penulis dan penerbit asal artikal ini. Sebarang saman menyaman drpd pihak pertama, kedua dan pihak pihak lain adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini (Wagiman). Contoh:
Penulis: Khairunnisa Sulaiman
Penerbitan asal: Majalah MASTIKA Oktober 2002

http://grenbara.bravejournal.com/entry/18554




Tembuni yang telah dibersihkan untuk ditanam (photo: riwayaterakru)




Tembuni yang telah dibalut dengan kain putih (kain putih sekadar menghormati, bukan wajib hukumnya) sedia untuk ditanam (Photo: riwayaterakru)

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title