Aug 21, 2010

Ihya Ramadan: Membazir masa antara kesilapan ketika Ramadan

2010/08/21

KESILAPAN orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan.

Masih makan dan minum ketika azan Subuh.

Bersahur awal dan melewatkan berbuka.


  • Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.



  • Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.



  • Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.



  • Membazir masa dengan melakukan kerja tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan mendengar radio.



  • Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).



  • Tidak menunaikan solat Tarawih.



  • Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.



  • Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).



  • Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.



  • Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.



  • Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).



  • Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.



  • Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.



  • Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.

    Buku Adab Ramadan 

  • bharian.com.my

    Thanks for coming

    Thanks for coming
    Terima kasih sudi hadir

    Tajuk - Title