Jan 3, 2011

Undang Undang Hidup oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz


Law of Life
by
Khalifah Umar Bin Aziz


presented in
Bahasa Melayu

Dunia adalah alam impian dan akhirat itulah sebenarnya alam sedar, sedangkan mati ialah jambatan.

Kita semua hidup dalam berbagai-bagai impian, siapa yang mengawasi dirinya mencapai keberuntungan dan siapa yang lalai menderita kerugian.

Siapa yang selalu memikirkan akibat-akibat terselamat dan siapa mengikut nafsunya sesat.

Siapa yang sabar berjaya dan siapa yang hati-hati terselamat.

Siapa yang mengambil contoh tauladan dapat berfikir luas dan siapa yang berfikir luas akan mengerti dan siapa yang mengerti mempunyai ilmu dan siapa yang mempunyai ilmu harus mengamalkannya.

Jika anda menyeleweng kembali ke pangkal jalan. Jika anda menyesal jangan lakukan lagi perbuatan itu. Jika anda jahil bertanya dan jika anda marah kawal

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title