Jul 16, 2011

Malam ni malam Nisfu Syaaban, sms mak pada saya pagi tadi

Saturday, July 16, 2011 at 7:00 pm

Malam ni malam Nisfu Syaaban, sms mak pada saya pagi tadi.

Malam ini nisfu Syaaban, turun Tuhan ke langit dunia *

Adakah di sana orang yang memohon keampunan ?
Adakah di sana orang yang memohon rezeki ?
Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana ?
lalu di perkenankan doa diampunkan dosa
Sejahteralah diri dari bala bencana fitnah yang ada
Begitulah maha kasih sayang Tuhan pada ciptaanNya

*****************************
*( Sifat 20 attributes of Allah 04- Mukhalafatuhu lilhawadith ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ 
  Bersalahan dengan yang baharu - Other than Allah called new (baharu)
  and Allah never the same with the new )

*****************************

Nabi yang dikasihi telah berkata :

Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Baginda s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah r.a. meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi s.a.w. berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi s.a.w. bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah r.a. menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi s.a.w. apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah r.a. berkata (bahawa) “Kekasihku (Nabi s.a.w. ) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada Aku, untuk Aku memperkenankan doanya? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya? Mana orang yang memohon keampunanKu, untuk Aku mengampuninya? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

petikan dari:

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku
ismaweb.net

*****************************

Fadhilat dan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban - Sya'aban
oleh Ustaz TM Fouzy TM Jumat




banyak lagi dari

Tentang Ustaz TM Fouzy TM Jumat

Tengku Mohd Fouzy bin Tengku Mahid Jumat, demikian nama lengkap tokoh ini. Ustadz Fouzy adalah nama yang tak asing lagi bagi muslimin Singapura. Betapa tidak, kegiatan dakwah dan pendidikan Islam di sana banyak yang berkaitan dengan dirinya. Sejak akhir 1980-an hingga kini ia eksis sebagai tokoh yang menyuarakan dakwah Islam berdasarkan paham Ahlussunnah wal Jama’ah di Singapura. Namun untuk sampai pada pilihan itu secara mantap perlu waktu yang tidak sebentar.

Tokoh ini lahir tanggal 8 November 1955 di Singapura, yang juga tempat lahir ayah-ibunya. Ia putra kedua pasangan Tengku Mahid Jumat, yang berasal dari Aceh, dan Hajjah Salmah binti Haji Abdul Halim, berasal dari Melaka. Selain saudara sekandung, ia juga punya empat kakak lain ibu.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title