Jul 17, 2011

Salam mengantikan السلام عليكم Kenapa ?

Selalu ku jumpa, orang tidak lagi memberi salam seperti biasa, seperti yang telah pun diajar oleh Nabi kita iaitu السلام عليكم.

Assalamualaikum diganti dengan Salam, ada yg tulis Ya Salam. Maka ku reply Ya Rahman Ya Rahim, pelik pula dia..

Sedikit masa dulu berantai email tentang tak boleh tulis a'kum atau assalamualaikum. Memang pun tak kan sama tulisan Arabic jika di tulis dgn Rumi, Kalau begitu tulis Salam atau Allah pun tak boleh juga, kenapa hanya A'kum sahaja yang dipertikaikan. Manakan sama sebutannya Allah dan الله.

Bukan ke bila di baca A'kum itu sepatutnya "understood" di baca atau di sebut sebagai السلام عليكم. Yang di baca sebagai akum tu salah siapa. Tentunya salah sendiri juga. Sudah tentu-tentu tulisan rumi ada kelemahannya, tak mungkin dapat menandingi tulisan arabic dari Quran.

Dalam hidup ini ada dipanggil "common sense" . Pentingnya, sebutan mesti betul, Andai tak boleh satu yang sama sifatnya tentulah tak boleh semua, Maka menulis nama الله dengan tulisan rumi Allah juga semestinya salah juga.

Lantaran itu apakah kita hendak menukar juga sebutan nama Allah kepada perkataan lain pula seperti yang telah dilakukan terhadap ucapan salam itu.
Maka bagaimana caranya hendak menulis ucapan salam dalam bahasa asalnya jika kemudahan keyboard arabic tidak semua orang memilikinya. 

Email memang medium interaksi yang berguna namun mengambil bahan terutama berkaitan dengan ugama wajibnya dari sumber yang pasti. Apatah lagi hingga sanggup mengubah hukum dan ilmu agama yang telah pun dipelajari dari guru atau ustaz sewaktu di bangku sekolah lagi.

Sayugia sendiri mesti ingat, menjadi tukang sebar perkara yang tidak benar dan tiada kepastian dalam ilmu agama, tentu kita akan dipertanggungjawabkan di depan Tuhan nanti. Hendak minta syafaat Nabi macam mana agaknya nanti, Nabi s.a.w ajar lain kita sebarkan lain.

Saya percaya sememangnya salah jika ayat Al-Quran atau nama الله di tulis dalam tulisan rumi namun mengubah ucapan salam seperti yang diajar Nabi juga salah. Hukumnya mungkin yang lebih arif boleh menjelaskannya.

Elok juga dicari penulisan tentang perkara ini agar tiada yang kesasar dari jalan yang benar semata-mata kerana mempercayai ilmu dari email yang tiada dinyatakan sumbernya.

Wallahu'alam, bukan menghukum, just my 2 sen view untuk di renung-renungkan.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title