Nov 6, 2011

Sifat 20 - FARDHU MEMAHAMI SIFAT 20 oleh USTAZ TUAN SYED FAIZ




Uploaded by on 23 Jun 2011
KENAPA WAJIB BELAJAR SIFAT 20 ?

Kadang kala ada pertanyaan:

"Mengapa sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf hanya dua puluh sifat?

Bukankah sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Asma' al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan?". "Perlu diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah tidak membataskan sifat-sifat Allah kepada dua puluh kerana sifat dua puluh itu adalah sifat Dzat Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syart al-Uluhiyyah). Sedangkan sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af`al (sifat yang berkaitan perbuatan) Allah ta`ala. Dan sifat-sifat af`al Allah itu jumlahnya banyak serta tidak terbatas."[1]

MENGAPA WAJIB MENGETAHUI SIFAT 20 ?

Dalam ma`rifatullah, Mazhab Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah telah mengetengahkan pemahaman terhadap konsep sifat 20 yang wajib bagi Allah.

Konsep ini sangat masyhur dan wajib diketahui oleh setiap individu muslim yang mukallaf.

Akhir-akhir ini terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Wahhabi telah mempersoalkan sifat 20 tersebut.

Sedutan Tazkirah ini di sampaikan Oleh: Ustaz As-Sayyid Ahmad Faez Hafizuddin Al'Aydarus.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title