Jan 8, 2012

Keberangkalian Hudud menjadi nyata di negara tercinta


Mengikut pengamatan dari media semasa ...

Umno terus terang menyatakan penolakannya terhadap perlaksanaan hukum hudud. Apabila parti yang terdiri majoritinya umat Islam telah menolak maka tidak perlulah lagi kita mengambil pandangan dari Mca dan Mic yang majoritinya bukan Islam. Disimpulkan kata, Bn menolak perlaksanaan hukum hudud.


Pas kelihatan bersungguh pada mulanya namun kini menukar hala tuju dari Negara Islam kepada negara berkebajikan, pada lojik akal memikir, tentunya sedikit banyak mempengaruhi akan perlaksanaan hudud itu sendiri.

Pkr pula menyatakan tidak akan menyokong apa-apa tuntutan negara Islam, pada agakkan,tentunya sedikit banyak mempengaruhi penerimaan mereka terhadap hudud juga.

Dap seperti semua telah maklum, mengeluarkan kenyataan yang nyata terangnnya, " cross my death body first" tanpa memikirkan perasaan kawan sepakatannya iaitu Pas.

Sistem yang ada demokrasi. Demokrasi berkata keputusan mesti 2/3 tanpa ugut paksa. Pas juga berada di dalam sistem demokrasi yang memerlukan persetujuan dari ahli pakatannya yang lain iaitu Pkr dan Dap.

Suara PAS cuma 1/3. Secara umumnya, tentulah hampir mustahil untuk pas melaksanakannya nanti jika Dap dan Pkr tidak bersetuju. Lojik akal orang biasa tentu nampak di mana akhirnya cita-cita mulia Pas kita walau pun apabila ditanya, PAS belum mengugurkan niat mulianya itu. Ditambah kuat lagi tentang keraguan kemampuan Pas itu apabila penjenamaan semula cita-cita Negara Islam dengan sengaja kepada Negara Berkebajikan lantaran perpaduan sesama PR yang mesti didahulukan seperti kata tuan presidennya.

Keberangkalian terlaksananya hukum hudud di negara ini hampir mustahil di mata kita berdasarkan pemikiran seperti tersebut di atas. Malah ada waktunya kita merasakan nasib hudud tidak ubah seperti riwayat negara Palestin dalam usaha mendaulatkannya. Ahli politik demokrasi mewar-warkan cita-cita, namun hingga kini semuanya kesamaran di pandangan nyata.

Lengok bahasa mungkin berbeza. Berserban dengan lenggok bahasa serbannya, bersongkok dengan lenggok bahasa songkoknya dan tiada bertutup kepala dengan lenggok tersendirinya. Namun hujung ceritanya hampir sama, hudud kini hampir mustahil terlaksana di negara kita, bukan disebab pungutan suara rakyat jelata tapi pemimpin yang punya kira-kira tersendiri mereka.

Kita dengar sendiri apa pemimpin kita kata ...
(Hanya ucapan yang relevan dengan perlaksanaan hudud dan Negara Islam sahaja diambil kira untuk tujuan posting ini, kata-kata negatif atau merendahkan sesiapa bukanlah tujuan posting ini)

Umno berkata ...


Pkr berkata ...



Perlaksanaan perlu persetujuan bersama kepimpinan pakatan rakyat
dan setelah perlembagaan dipinda.

Dap berkata ...



Pas berkata ...


Dap berkata Pkr pun turut sama ...


dan Pas kita cuma 1/3 sahaja ..

Berkaitan Negara Islam

Komen yang kita jumpa ..

Sia-sia pengorbanan Arwah Ibrahim Libya ...

Ahli Pas sendiri menyerlahkan hakikat prinsip yang ada



Prasa Negara Islam tiada di dalam perlembagaan Pas

Dia kata dia, Dia kata dia







Yang sebenarnya menurut kata yang Dr Asri kita ...





Fikir kita, berkata yang benar tidak perlu kepada persetujuan politik. Orang awam
tentunya dapat menerima dengan hati yang terbuka.

**********************

Sedikit komen tentang "rebranding" oleh Pas dari negara Islam kepada negara berkebajikan

Amat mendirgahayukan apabila selepas sahaja bermesyuarat bersama-sama kawan-kawan dari Pkr dan Dap, Pas mengistiharkan pertukaran perjuangan menegakkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Dirgahayu ini kerana dari segi strategik, Dap telah pun memperolehi credit yang amat besar di mata pengikutnya dan orang bukan Islam manakala pas pula memperolehi rasa pelik dikalangan sebahagian orang Islam.

Pas merupakan musuh tradisi kepada Dap dari sudut arah tuju dan pembentukkan asas pemerintahan negara ini sebelum ujud pakatan rakyat. Rasanya hampir mustahil bagi sesiapa pun di negara ini termasuk Umno untuk melentur apatah lagi merubah keyakinan dan tekad Pas untuk memerintah negara ini cara Islam dan sekali gus melaksanakan hukum hudud.

Orang awam seperti saya ini yang dangkal ilmu tentang ungkapan negara Islam itu sendiri menyakini selama ini hasrat Pas tentang penubuhannya tentulah berasaskan pada perintah Tuhan yang ujud di dalam firman-firman Allah di dalam Al Quran atau pun dari sabda-sabda baginda Rasullullah. Apatah lagi apabila selalu pula saya amati ceramah-ceramah dari Ulamaknya yang berwibawa lagi saya hormati.


Uploaded by on 18 Mar 2008
Dato Dr Haron Din menegaskan bahawa PAS amat 
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan negara Islam.

Namun hati mana yang tak terkedu, minda mana yang tak terpelik apabila diberitahu Negara Islam tiada disebut di dalam Al-Quran. Hati orang awam seperti saya bukan pun warak seperti tuan, bertenggek seekor dua syaitan  menyanyikan lagu dunggu, teranjak jua akhirnya keyakinan terhadap ikrar yang tuan dengdangkan selama ini. Lantaran itu mulalah saya mengolah fikir tentang apakah prinsip dan impian tuan-tuan semua selama ini. Tentunya kata-kata tuanlah punca bermula segala sumbang bicara hingga tercetus keinginan menulis seperti ini.

Bukan niat mengkritik tuan yang tinggi ilmu dan luas pengalaman, cuma ingin menyatakan apa yang telah di istiharkan bukanlah sesuatu yang bijak dalam situasi semasa politik negara kita.

Melihat saya bagaimana selepas ini angkara pengistiharan tuan itu, akan bertambah kukuhlah keyakinan mereka terhadap kegagahan dan kemampuan Dap memperjuang cita-cita murni bukan Islam.

Tuan telah mencipta "hero" mereka sedangkan kami orang awam Islam ditimpa rasa pelik melihat lenggok politik parti tuan.


Wallahu'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title