Jan 10, 2012

"Rebranding" oleh Pas dari negara Islam kepada negara berkebajikan




Mendirgahayukan apabila selepas sahaja bermesyuarat bersama-sama kawan-kawan dari Pkr dan Dap, Pas mengistiharkan pertukaran perjuangan menegakkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Dirgahayu ini kerana dari segi strategik, Dap telah pun memperolehi credit yang amat besar di mata pengikutnya dan orang bukan Islam manakala pas pula memperolehi rasa pelik dikalangan sebahagian orang Islam.

Pas merupakan musuh tradisi kepada Dap dari sudut arah tuju dan pembentukkan asas pemerintahan negara ini sebelum ujud pakatan rakyat. Rasanya hampir mustahil bagi sesiapa pun di negara ini termasuk Umno untuk melentur apatah lagi merubah keyakinan dan tekad Pas untuk memerintah negara ini cara Islam dan sekali gus melaksanakan hukum hudud.

Orang awam seperti saya ini yang dangkal ilmu tentang ungkapan negara Islam itu sendiri menyakini selama ini hasrat Pas tentang penubuhannya tentulah berasaskan pada perintah Tuhan yang ujud di dalam firman-firman Allah di dalam Al Quran atau pun dari sabda-sabda baginda Rasullullah. Apatah lagi apabila selalu pula saya amati ceramah-ceramah dari Ulamaknya di pihak tuan yang berwibawa lagi saya hormati. Dato Dr Haron Din menegaskan bahawa PAS amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan negara Islam. Tuan pula kini menyatakan sebaliknya.

Hati mana yang tak terkedu, minda mana yang tak terpelik apabila diberitahu Negara Islam tiada disebut di dalam Al-Quran. Hati orang awam seperti saya bukan pun warak seperti tuan, bertenggek seekor dua syaitan menyanyikan lagu dunggu, teranjak jua akhirnya keyakinan terhadap ikrar yang tuan dendangkan selama ini. Lantaran itu mulalah saya mengolah fikir tentang apakah prinsip dan impian tuan-tuan semua selama ini. Tentunya kata-kata tuanlah punca bermula segala sumbang bicara hingga tercetus keinginan menulis seperti ini.

Bukan niat mengkritik tuan yang tinggi ilmu dan luas pengalaman, cuma ingin menyatakan apa yang telah di istiharkan bukanlah sesuatu yang bijak dalam situasi semasa politik negara kita.

Melihat saya bagaimana selepas ini angkara pengistiharan tuan itu, akan bertambah kukuhlah keyakinan mereka yang bukan Islam terhadap kegagahan dan kemampuan Dap memperjuang cita-cita murni bukan Islam.

Tuan telah mencipta "hero" mereka sedangkan kami orang awam Islam ditimpa rasa pelik melihat lenggok politik parti tuan .


 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title