Feb 23, 2012

Ketuanan Melayu Sah dan Tidak Bercanggah dengan Prinsip Islam

Ketuanan Melayu Benar di sisi Islam namun hendaklah difahami maksud yang sebenarnya agar tidak mendatangkan salah faham dalam pembawaan beragama.

Orang bukan Islam, sudah menjadi kebiasaan mereka memberi komen negatif dalam usaha mereka menampakkan kununnya orang Melayu bersikap perkauman bila perkara berkaitan bangsa Melayu secara umumnya dan perkara-perkara yang berkaitan orang Islam disebut atau diutarakan.

Pedulikan meeka kerana memang itu cara buruk mereka dalam menampan penguasaan Islam di dalam negara ini sedangkan mereka sendiri hanya bermain sandiwara dan berlaku sangat tidak adil terhadap keadilan yang mereka telah nikmati selama ini.

Mereka tidak memberi keadilan terhadap kita umat Islam dan melayu amnya di dalam penetapan harga barang. Mereka juga tidak memberi upah dan gaji yang adil terhadap pekerja berlainan bangsa. Banyak lagi ketidakadilan mereka terhadap kita jika hendak disebutkan satu persatu dan mereka sendiri amat sedar tentang perkara ini.

Di satu sudut pula jangalah hendaknya kita umat Islam terpedaya dengan dakwaan orang yang kelihatan bercakap atas dasar agama sedangkan mereka sebenarnya sedang berpolitik dan melebihkan keperluan politik mereka melebihi perintah agama.

Tentunya yang terlebih penting, kita sebagai orang Islam memahaminya konsep ketuanan bangsa itu sendiri agar dapat menetapkannya di atas landasan yang benar seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam. Agar kita tetap menjadi umat yang adil terhadap sesiapa sahaja kerana kita umat Islam telah diberi petunjuk yang jelas dan nyata oleh Allah.

Maulana Asri Yusoff dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Uploaded by on 8 Jan 2010

***********************

 Sahibus Samahah Tan Sri Dr  
Harussani bin Haji Zakaria

Mufti of Perak Tan Sri Harussani says Malays must defend their land
By Shannon Teoh

SHAH ALAM, Feb 21 — Tan Sri Harussani Zakaria called today on Malays to defend their race and rights to the land, saying Prophet Muhammad also spoke about his race.

The Perak Mufti said at the launch of former Selangor PAS chief Datuk Hasan Ali’s new Muslim NGO Jati that “it is compulsory for Malays to speak about this as this is a Malay country.”

“Some people say we should not talk about Malays. They call us nationalists. But even the Prophet spoke about his race and tribe,” he said in his speech.

“This land is the right of Malays but today we have lost it. I’m not sure but probably less than 40 per cent belongs to Malays now. We are supposed to have 30 per cent of the economy but only have 17 per cent. Still we are silent,” he said before breaking into tears.

Gombak Setia asemblyman Hasan Ali later said Jati would be “saviours of the faith” by defending Islam, Malay rights and the Malay Rulers, a concept he termed as IMR.

The former Selangor executive councillor told about 300 at the launch of Jati here that the weakened faith of Muslims had led to them being left behind in the economy and plagued by moral and social ills.

But Harussani told the audience that “just forming groups and clapping your hands will get you nowhere.”

He also said that it was incumbent on Malays to defend Islam and the royalty “who first adopted Islam, leading to all Malays becoming Muslims.”

“They cannot be separated from Malays that is why in the constitution the rulers are to protect Malays.”

He added that the many insults that Muslims have endured in Malaysia has led to their faith being shaken.
my.news.yahoo.com


Ketuanan Islam menolak ketuanan Melayu
Akademi Tarbiyah DPPM , 22 Jan 2013
 
Ketuanan sesebuah bangsa, ketuanan sesebuah kaum, sejak dahulu lagi pernah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang ekstrem, fanatik (taksub), liar dan tidak bertamadun. Taksub kebangsaan, taksub ketuanan merupakan suatu penyelewengan juga bida’ah yang wajib ditolak oleh setiap Muslimin pada zaman ini. Jika kita menganggap kemuliaannya disebabkan faktor keturunan atau bangsa, manakala orang lain lebih rendah daripada dirinya kerana tidak memiliki salasilah bangsa sepertinya, maka itu adalah kepercayaan yang batil. Samalah kiranya dakwaan bangsa itu seperti Yahudi yang menganggap mereka sebagai ‘bangsa terpilih’ (chosen race), tuan kepada bangsa-bangsa yang lain.

Sebelum terlantiknya Barrack Obama sebagai Presiden di Amerika Syarikat ke-44, pernah berlaku konflik bersejarah antara kaum yang berpunca daripada penubuhan Ku Klux Klan. Ku Klux Klan ialah kumpulan ultra kanan bermazhab Protestan, yang memperjuangkan ketuanan bangsa kulit putih. Kewujudannya dikesan seawal tahun 1865, iaitu pada 24 Disember. Kewujudan mereka adalah untuk mengembalikan ketuanan bangsa kulit putih yang dianggap oleh mereka sebagai ras yang terbaik, ras yang tinggi menaungi bangsa lain. Mereka mendirikan organisasi tersebut dengan maksud untuk memulau bangsa kulit hitam. Bahkan, kelompok ini juga menyerang warga kulit putih yang menjadi pelindung kulit hitam.

Aksi Ku Klux Klan memuncak pada dasawarsa 1950-1960-an yang akhirnya memunculkan kelompok perlawanan dari kalangan kulit hitam Amerika dan tokoh-tokoh yang menyerukan persamaan hak dan anti rasisme seperti Malcolm X (Malik el Shabazz) dan Martin Luther King. Perjuangan Malcolm X bukan sekadar persamaan hak, tetapi yang lebih tinggi dari itu iaitu perjuangan dakwah Islamnya sehingga diakui oleh warga Amerika sendiri, jika Malcolm X masih hidup kemungkinan besar Islam adalah agama rasmi bagi rakyat di sana. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada Malcolm X bahawa kebencian membabi buta kepada semua orang kulit putih juga adalah sikap yang salah, sekalipun sikap kebencian yang sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam.

Tetapi kumpulan ektremis Ku Klux Klan terus memulaukan seluruh bangsa kulit hitam dan mengagungkan bangsa kulit putih yang dianggapnya sebagai bangsa Tuhan di negara Amerika. Yang berikut adalah apa yang pernah disebut oleh Matt Hale, pendeta besar gereja Rom tentang ketakasubannya terhadap perkauman;

"Kita memerlukan agama yang meninggikan rakyat kita dan hanya untuk rakyat kita sendiri. Maka, kita perlu mengakui hal ini dan menyingkirkan pandangan yang mengatakan bahawa semua manusia diciptakan sama darjat, kita mesti membebaskan diri dari kenyataan-kenyataan konyol seperti itu. Apa yang kita percaya untuk kita lakukan adalah mengakhiri segala bantuan kepada semua yang non-kulit putih. Kita percaya bahawa tanpa bantuan kepada mereka, orang kulit hitam akan cepat menyusut jumlahnya. Mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri… Kita percaya bahawa sebuah dunia sempurna, akan mudah dicapai dengan hanya dimiliki ras kulit putih, juga persahabatan ras kulit putih." - Ku Klux Klan

Jika di Amerika, kumpulan ekstremis bangsa dikenal sebagai Ku Klux Klan (3 K), di Malaysia pula popular dengan pertubuhan Umno, Perkasa, Jati (Jalur 3) dan seumpamanya. Klon Ku Klux Klan Malaysia ini hadir dengan struktur yang sama, struktur memperjuangkan bangsa, rasnya dan kebanggaannya.

Malaysia sebuah negara yang unik dan komposisi kaumnya pelbagai maka kerana itu, tidak perlulah ada klon Ku Klux Klan di Malaysia. Terfikirkah kita kesannya kepada tanah air apabila kumpulan-kumpulan ultra nasionalis menerjah minda-minda rakyat yang naïf akalnya? Ia bakal menjadi ombak yang meranapkan peradaban dan kemanusiaan.

Kita bangsa Melayu tidak perlukan slogan ‘ketuanan Melayu’ (Malay supremacy). Kerana kita adalah bangsa yang Allah muliakan dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selainnya sudah tentu Allah akan menghina kita wahai umat Melayu. Bangsa lain akan menghormati kita jika kita bermaruah dan melaksanakan prinsip-prinsip Islam. Islam mengangkat kita menjadi bangsa mulia.

Sedarkah kita, walaupun konsep ketuanan Melayu telah dijulang Umno sejak lebih 50 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai dan terkebelakang dalam segala hal berbanding kaum lain. Bangsa Melayu dihujani masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Manakala kuota 30 peratus penguasaan ekuiti (ekonomi) Melayu-Bumiputera masih gagal dicapai.

Begitulah kepakaran Umno dalam menyihir rakyat dengan auta, melaung-laungkan kumat-kamit menteranya dengan kalimah ‘ketuanan Melayu’. Sedangkan manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu kenyataan penting bahawa tidak satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi. Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Rabbul Izzati. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tidak ada ras, warna kulit apatah lagi ketuanan Melayu.

Allah Taala menggambarkannya dalam sebuah ayat :

“Apabila sangkakala ditiup maka tidak ada lagi pertalian nasab (kerabat) di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.” (Surah al- Mukminun: ayat 101).

http://tarbawi.my
sumber saya : Sudut Dakwah di harakahdaily.net

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title