Mar 12, 2012

Tuan Guru Nik Aziz - Peringatan untuk blogger muslim

Nik Aziz Kecam Penulis Blog Lebih Banyak Mengumpat
KOTA BAHARU, 15 Jan (Bernama)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca. Katanya tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing. "Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, pada Jumaat.

Terima kasih di atas peringatan ni Tuan Guru. Walaupun saya bukannya orang pas, tentu nasihat tuan guru ni untuk umat muslim seluruhnya, betul kan. Betul apa yang tuan guru cakap ni, Memang pun ada yang duduk mengumpat dalam blognya terutama blog yang berunsurkan politik, tak kira lah dia orang parti mana, dia orang pas ke, dia orang umno ke dia orang pkr ke kalau masuk sahaja bab politik ramai yang tak perasan dah termengumpat. Malah ada yang dah termemfitnah pun.

Malah penulis blog dan pengkomen terkemuka pun ada yang mengumpat. Mengumpat ni memang pun antara perkataan yang popular dalam kamus melayu.

Mengumpat ni apa sebetulnya. Cerita hal orang lain yang buruk tu dikira mengumpatkan, betul kan. Tapi ada juga ustaz dalam tv cakap, kalau menceritakan yang benar untuk kesejahteraan umum itu tak dikira mengumpat, betul ke. Ialah kalau benda dah salah dan mengugat kesejahteraan rakyat umum, ada elok kalau dikhabarkan. Bagi rakyat antara media yang paling mudah untuk meluahkan isi ketidakpuasan hati ialah melalui blog.

Cuma ada baiknya lebih berhati-hati jangan sampai dikira mengumpat atau memfitnah di sisi Tuhan.

Ada satu lagi yang penting, keadilan. Tidak adil ni lagi lah lumrah dan kerap kita jumpa dalam penulisan blog, sekali lagi terutama blog berunsur politik.

Andai yang tulis blog tu bukan "orang kita" dan kita baca bahagian komennya, dasat kena hentam oleh pengkomen dari golongan bukan orang kita tu. Kalau yang tulis tu orang kita dan pengkomen tu orang kita, mak oii manis sungguh bicara dalam komennya tu. Ni dah lumrah dunia agaknya.

Kalau kita lihat pada isu semasa , ada yang tidak bicara atas dasar kebenaran. Ada yang komen tulisan di blog kerana kemenyampahannya kepada penulis itu sendiri. Mungkin si penulis menonjolkan ketaksuban melampau yang akhirnya mendatangkan rasa meluat dan menyampah para pembaca. Kesannya bukan kebenaran isu semasa atau tokoh tertentu yang dikomen tetapi sekadar melepaskan rasa tidak puas hati. Ringkas kata, menulis komen sekadar mengambarkan "naik angin" nya semata-mata. Ini dapat dinilai dari tutur kata dan hujah yang di berikan mereka.

Namun begitu tentulah dalam ramai-ramai tu ada yang ikhlas dalam menulis. Mereka menulis atas kebenaran. Mereka tidak kira siapa tuan empunya blog tu, kalau difikirnya benar tulisan itu, dia sokonglah walaupun penulisnya itu dari pihak parti lawan. Itu baru betul kalau kita nak kata mereka ini taat pada agamanya melebihi taat pada hatinya sendiri. Seribu menyampah pun dalam hati, kalau yang ditulis tu tak benar pada fikirannya dia tak setujulah, begitu juga sebaliknya.

Tapi gologan ini tidak ramai. Sedikit sedikit sahaja jumlahnya kalau kita imbas pada setiap tulisan dan komen samada ianya penulis pro mau pun penulis kecil-kecilan.

Jangan mengumpat, jangan memfitnah dan berlaku adillah. Tentu inilah sepatutnya yang ada pada penulis muslim dan muslimah.


Terima kasih Tuan Guru dengan ingatan Tuan itu. Berpesan dengan kebenaran ini memang banyak manfaatnya. Teruskan lah menegur mana yang tidak benar dan nasihatkan lah kami atas kebenaran yang benar.

Akhir kata, jangan biarkan resam dan lumrah dunia yang negatif menjadi lumrah kita. 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title