Apr 28, 2012

Bersih 3.0 Tuan Guru Orang Melayu dan orang Islam Seluruhnya

Bersih 3.0
 Diseru ambiga disambut tuan guru dan melayu

Lumrah dunia Melayu

Bersih 3.0 cuma bersih pada nama bukan pada wajahnya dan wadah perjuangannya. Lumrah dunia melayu agaknya, bila seorang tunjuk berjaya jual barangan " direct selling " maka yang lain-lain berkobar-kobar nak jual sama. Malah ada, yang terus dan sanggup kondem barangan yang pernah di jualnya sebelum itu.

Bila seorang cari daun emas dan kata boleh jual dengan harga yang mahal dan khasiatnya pula hebat maka ramai yang terbongkok-bongkok di tepi-tepi jalan mencari daun emas.

Bila tersebar berita mengatakan menjual tokek boleh dapat berjuta ringgit, melarat hebohnya dan ramai hendak mencari tokek dengan kepercayaan sejati bahawa jual tokek boleh dapat sejuta kalau cukup timbangannya.



Lebih mendirgahayukan, ada yang bersemangat "join" jualan jenama pembersih air sikit masa dulu. Untuk menjadi ahli mesti beli barangan tersebut dan pinjaman dari bank diperlukan untuk membelinya terlebih dahulu maklumlah barangannya tu pun bukalah murah. Atas nama "business" ramai yang bersemangat ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Sayangnya ramai tidak perasan di sebalik nama "business direct selling" itu, sebetulnya tokei sebenar barangan tersebut telah pun berjaya menjual barangannya sendiri. Akhirnya, ada yang sampai kini masih pening nak bayar balik pinjaman bank disebabkan penapis air tersebut tidak berapa nak laku dijual maklumlah bukan murah harganya. Walaupun boleh ansuran RM 50 sebulan lama pula hendak dihabiskan bayaran ansurannya. Maka ramai yg serender tak berani hendak membelinya. Penyudahnya, tokei besar berjaya menjual barangnya kepada ahli berdaftar, kawan-kawan yang kita promo merana kerana membayar pinjaman bank setelah barangan yang dijual tidak laku sepenuhnya.

Di balik wajah Bersih

Dikaitkan dengan Bersih 3,0, apabila ramai berkata demo Bersih 3.0 demi menuntut keadilan di dalam pilihanraya, ramai yang tidak perasan agaknya, siapa sebenarnya ambiga dan ngo di belakangnya bersih 3.0 itu dan apa sebenarnya yang mereka mahu. Apakah mereka akan menegakkan keadilan melalui proxi mereka setelah berjaya nanti atau kejayaan bersih 3.0 sekadar batu loncatan untuk mereka mencapai impian mereka ke atas org melayu dan Ugama Islam yang mereka pandang "semacam" selama ini..

Keganasan amat sinonim dengan Demontrasi. Inikah  tarbiyah
terbaik Parti Pas buat diri dan kawan-kawannya dipakatan rakyat

Jangan sudah terhantok seperti rakyat Libya baru nak terngadah. Carilah siapa dibelakang ambiga dan ngo itu. dari namanya pun sudah kita boleh tahu siapa mereka sebenarnya.

Malangnya (pada pandangan saya) Tuan-tuan guru pula telah merelakan diri dan pengikut mereka membantu hasrat mereka disebalik wajah bersih 3,0 itu

Duduk dan bantah, kata Mat Sabu, org no 2 dalam Pas

Tuan Guru, Ambiga dan Bersih 3.0

Tuan guru yang baik harus sedar, apa sahaja yang boleh mencetuskan keadaan yang tegang dan menganggu orang awam setempat tidak boleh dilakukan dan bercanggah dengan prinsip asal Islam. Jangan fikir cara kita terbaik, sedangkan masih banyak lagi pandangan ulamak seantero dunia yang mesti diambil kira dalam merumuskan kewajaran sesuatu perbuatan.

Parti Pas harus sedar, salah satu punca utama kehadiran Shia di bumi ini adalah atas sikap pas yang menerima kemasukan mereka yg berpegang dgn fahaman tersebut sedangkan kita tahu shia tidak boleh kita terima disebabkan mereka menyimpang dari arus utama Islam yang dibawa oleh Nabi kita.

Bila ada yang bersuara, pas cuba buat-buat tak tahu tentang perkara itu...

Apakah nanti apabila berlaku keadaan yang tidak molek hasil dari demo anjuran ambega dan bersihnya itu, pas sekali lagi akan buat-buat tidak tahu. Tentu ianya tindakan yang tidak molek, tak gitu tok guru ?

Video klip berikut bukti syiah berceramah di pentas Pas


Pada detik hati saya, parti Pas hanya medium mereka dibalik Bersih 3.0 untuk mencapai impian mereka yang tersirat di balik "Bersih". Harap tuan-tuan guru perasanlah hal ini dengan kadar yang segera. Bak doa dalam bahasa inggeris "may God bless you tuan guru"

Siapalah Tuan Guru tanpa Anwar
- di  pentas politik

Mungkin ini menyimpang sedikit dari tajuk asal, cuma alang-alang dah tulis masukkan sekali.

Satu waktu dulu pas agak sepi di selatan tanah air. Walau pun ujud markas pas tapi ianya lebih kepada mereka yang berserban dan yang nampak "warak" dan ada jangut sejemput sahaja. itu pun boleh dikira berapa sahaja ahlinya yang aktif.

Pernah berlaku di tempat saya tinggal, hari mendaftar calon, bakal Yb Pas terlupa untuk membawa borang mendaftar dan terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil borang. Sampai semula di tempat mendaftar calon, waktu telah tamat. Bayangkan betapa kecewanya kami yang bersemangat melihat kehadiran "pewaris Nabi" di bumi sini biar pun kami bukan ahli pas berdaftar.

Tiba-tiba hadir Dato Seri Anwar ke dunia pembangkang. Pas pula menerpa menyediakan platform buat beliau. Dengan karisma dan bijak cakap Dato Seri Anwar, dunia politik negara berubah suasana dan  semakin rancak. Maka makin kerap kedengaran suara-suara dari pemimpin Pas di bumi sini biar pun sebelum itu suara pemimpin pas lebih gah di pantai timur dan bahagian-bahagian dari negeri Pahang dan Kedah. Paling hebat di kelantan dan mungkin ini kerana Tuan Guru Nik Aziz "ore kite"

sebab tu tak boleh buat dalam stadium, nak bagi arahan langgar
siapa, tak kan nak bagi arahan langgar dinding stadium lak kan.

Sejak itu perubahan demi perubahan juga turut melanda Pas hingga akhirnya bukan ulama seperti mat sabu juga mendapat tempat tinggi di dalam Pas. Ini amat mengecewakan kerana andai setakat mat sabu, ramai lagi kita boleh cari di dalam umno yang lebih baik dari mat sabu. Tak apa la, dah orang suka nak kata apa. Biarpun kita fikir tentu orang seperti Prof harun Din tentulah lebih layak di pilih. 

Seperti asyik mendengar paluan gendang dikir barat, satu demi satu ungkapan buat orang awam terkejut muncul dari bibir tuan-tuan guru Pas.

Hingga akhirnya Tuan Guru Haji Hadi sendiri sudi berkata setelah berkurun lama tak perasan agaknya, Negara Islam tiada di dalam Quran.

Begitulah selengkar kesah bagaimana Pas tiba-tiba mula lebih terpandang di pentas politik setelah lama sepi di bumi selatan negara ini biar pun umat Islam Melayu rata-rata mendiami kawasan selatan seperti di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Mungkin memang begitu agaknya cara pemimpin Pas semasa, tiba-tiba sekali lagi agak gairah menyahut seruan Ambiga dan Bersih 3.0.  Maka di kerahkannya para salihin turun berdemontrasi, maka dalam jeritan Allahuakbar, kelihatan sayup-sayup sikopiah putih dan pakcik berjanggut membaling botol minuman dan memaki hamun anggota polis yang juga Islam orangnya.



Kegagalan mengambil hati orang Islam di selatan tanah air, maka salah itu diletakkan pada semua orang Islam di sini, mereka tak suka Islam.

Pas juga harus jangan asyik dengan data-data dari orang sendiri dan janganlah pula asyik menempelak data-data yang cuba diunjuk kepada pas oleh orang di luar Pas. Pas patut menerima hakikat unggul pas di kelantan bukan semata-mata disebabkan oleh pembawakan Islam Pas, malah banyak dibantu oleh semangat kenegerian yang ada waktunya begitu ampuh di jiwa segelintir orang kelantan yang mana ada waktunya ianya melebihi keadilan persaudaraan di dalam Islam itu sendiri. (pastinya tidak semua, namun segelintir memang begitu).

Hakikatnya Pas memang tidak langsung mempertahankan 
pengunaan nama Allah oleh bukan Islam malah merestuinya
sedangkan nama Allah itu untuk Tuhan yang satu yang tiada sekutu bagiNya.
Bila Tuhan melalui khutbah terakhir Rasullullah hanya mengiktiraf 
Islam sebagai agama untuk dianuti oleh manusia dan jin, 
bagaimana pula para ulamak Pas merelakan/mengiktiraf nama Tuhannya 
digunakan oleh penganut agama lain. 
Tiada perasaan agaknya mereka (tuan-tuan guru Pas) ini !!
Ooohh.. ada yang berhujah pula arab kristian mengunakan nama Allah
sejak dulu, itu buktinya tiada salah orang kristian di sini mengunakannya.
Bukankah kita semua tahu semua ajaran agama yang diturunkan
sejak dulu dari Nabi Adam a.s hingga ke Nabi Muhammad s.a.w
adalah agama Islam. Tentunya nama Tuhan yang disebut juga Allah
kerana sememangnya hanya Allah sahaja yang mengutuskan mereka
sebagai Nabi atau sebagai Nabi dan Rasul 
kerana pada hakkatnya memang tidak ujud Tuhan selain Allah.
Lantaran bila mana dari masa yang berlalu, ada antara mereka kembali jahil
namun nama Allah masih mereka gunakan sebagai pengertian kepada maksud Tuhan
Orang melayu sendiri satu waktu dulu sering menyebut "colgate"
walau pun sebenarnya yang hendak dibelinya ubat gigi jenama lain.
Begitu sinonimnya ubat gigi dan "colgate" satu waktu dulu
di minda orang melayu. Begitulah orang arab terhadap kalimah Allah yang
dikaitkan dengan maksud Tuhan tanpa mengira agama apa yang mereka anuti
lantaran nama Allah itu seolah-olah sebahagian dari perbendaharan kata di kamus
minda mereka sejak dulukala. 
Budaya diminda arab tentunya bukan bukti mengiyakan kebenaran
terjemahan perkataan Tuhan kepada kalimah Allah 
sedangkan di dalam bible asal sebelum diterjemah ke bahasa english dan melayu
tiada satu perkataan nama Allah pun tertulis di dalamnya
Ustaz Kazim Ellias

Jika disebabkan pembawakan Islam Pas dapat dijiwai oleh rakyat seluruhnya, tentu tidak akan terpalit disejarah Pas tumbang sepenuhnya selepas hanya bertahan untuk satu penggal di Terengganu. Kita percaya orang Terengganu sayangkan Islam walau pun mereka menurunkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Haji Hadi. Tentu ada sebab mereka melakukan begitu dan tentunya sebabnya itu berpunca dari sikap pemimpin Pas sendiri.

Kembalilah ke jalan asal, itu rasanya lagi molek buat Pas. Tinggalkanlah ambiga dan anwar. Hiduplah dengan cara pas yang tersendiri dan pilihlah mereka yang berwibawa seperti Prof harun Din dan ramai lagi intelek islam untuk menerajui Pas. Berhempas pulaslah untuk memancing hati orang di sini. Itu lebih bijak buat Pas rasanya.

Jangan nanti bila Anwar tiada, pas juga hilang semula dari arus perdana politik di minda melayu selatan negara seperti dulu semula. Mungkin akan kedengaran  di waktu itu, Pas dan Dap kini tak sebulu seperti dulu-dulu.




Ajk Bersih 2.0 ( Untuk Bersih 3.0 belum jumpa lagi )

Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Natijah dari Bersih 3.0 dan wajah-wajah di belakang tabirnya
Mereka yang beria di dalam kes murtad lina joy, mereka juga yang mengimpikan pluralisma dalam agama. terbarunya mereka promo Seksualiti Merdeka




Inikah mereka-mereka yang harus kita sokong. inikah mereka yang bakal memperjuangkan Islam bersama Tuan Guru Haji Hadi dan Nik Aziz dan juga parti Pas nanti setelah mereka berjaya dengan apa yang mereka impikan. Atau mereka lebih selesa bersama Parti Pkr dan Anwar lantas mengenepikan Parti Pas yang katanya bertunjangkan Islam dan Quran itu

Sampai hati tok guru sudi "join" dia org ni..

Ambiga dengan komplek dalamannya

dipetik dari thenutgraph.com

Kita sering mendengar nama ambiga disebut-sebut. Mungkin molek juga jika kita mengetahui serba sedikit tentang emosi dan pemikiran beliau 

 ==============
 

Ambiga between Hillary Clinton and Michelle Obama
US first lady Michelle Obama (right) and US Secretary of State Hillary Clinton hand Ambiga the Secretary of State's Award for International Women of Courage, on 11 March 2009 (Photo by Win McNamee/Getty Images North America, Source: Zimbio)

DATUK Ambiga Sreenevasan’s reference point for how aware Malaysians are about issues is the taxi driver. The respected lawyer and former Malaysian Bar president is no stranger to being scolded by taxi drivers while she is dressed up in her courtroom garb.

“‘Aiya, this judiciary, can buy,’ one told me,” Ambiga says. “They are very critical, and are very clear on what is right and wrong.”

The Malaysian taxi driver is one of her gauges of public awareness, and the senior lawyer is convinced that nobody should underestimate the Malaysian public’s understanding of issues.

Indeed, Ambiga’s seen quite a lot in her own life. The Nut Graph talked to her on 26 May 2009 at her office in Kuala Lumpur about growing up through 13 May 1969, watching the 1988 judicial crisis unfold, and the changing attitudes of Malaysians.

We are all pendatangs. Where are you from?

My father was born and bred in Malaysia. My mother was from South India, and my father married her and brought her to Malaysia.

My paternal grandfather was also from South India. I think it was a question of looking for opportunities, for him. He was an assistant commissioner for labour.

My parents have three children. I was born in Seremban, on 13 November 1956; my father, who was a doctor, was posted there.

My father, Datuk Dr G Sreenevasan, was one of our pioneer urologists. He was the main person behind the Institute of Urology and Nephrology in Hospital Kuala Lumpur. I remember him spending longs days and nights planning this.

Growing up, I remember that my father was very inspired by Tunku Abdul Rahman, and his call for all races to unite. My father had many opportunities abroad, but he decided to stay here; he wanted to build something up in Malaysia. And he did.

All my father’s friends and colleagues were like that. Those people who lived through independence really had the spirit of nationalism in them. The drive that they had — unfortunately we’ve lost that now. Comparing them with Malaysians today, I understand when people of that generation tell me: you don’t know what it is to want to build up our country.

What was school like?

I went to Convent Bukit Nenas from Form One to Upper Six. I remember that my friends and I had a strong sense of “Malaysianism”.

This was after 1969. It’s true that 13 May destroyed a lot of trust. But then there was the Rukunegara, which we all had to learn — seemingly real attempts to bring people together. We were happy to strengthen our command of Bahasa (Malaysia), for example.
It felt as if — in my school, at least, where the student body was mixed — there was a coming together of the races. It was a healing period.

Let’s backtrack. What was 13 May like?

I was 13 at the time. On the day it happened, we got a message from the school authorities: Go home early. My mother came to pick me up.

Well, we lived in Kampung Baru, at the time. On Jalan Putra — now Jalan Raja Muda 1. This was not far from the then-Selangor menteri besar’s home. We were there because it was close to the General Hospital, so it was easy for my father to get to work. Ours was the last house on the row. My father was overseas at the time, so it was just mother and us children, my uncle and aunt, and the household cook.

At 6pm we saw people running past, wearing headbands. Soon after, we heard screams. Later, there were cars being burnt in the field. The house behind us was burnt. We were always safe, though. I don’t know why. Maybe it was because we had lived there so long, so everyone knew us. Or maybe it was because we were Indian [Malaysian].

When my father got back, about a week after 13 May, he helped out at the hospital, treating people with injuries. He said: “I read about the riots, but I never imagined it would be this bad.”
It was bad. We had never before seen anything like that. For a long time after, whenever I heard fireworks going off, I would feel nervous.

What was university like?

When I went to university in the UK, my horizons expanded and I learnt about freedom of thought and speech — and what these concepts meant in real terms. When I visited the Bar there, I saw how a functioning democracy operated. This time was a very important part in moulding my views on human rights and fundamental freedoms.

I came back and joined the Malaysian Bar in 1982. It was a wonderful organisation, even then. Being a young lawyer, I remember being petrified to appear before people like Tan Sri Eusoffe Abdoolcader — he would chew you up if you didn’t know your brief. He was so respected because he knew your brief, and the law, and was of the highest integrity and intellect.

In fact, I’d appeared before all the judges who were later suspended in the judicial crisis.

What was it like, being a young lawyer during the 1988 judicial crisis?

It was a real shock to the system. Our first three prime ministers never touched the judiciary; probably this was because they were lawyers themselves. Our judiciary was a very respected institution.
I remember, as the tribunals were in progress, a group of us lawyers sitting at the back of the courtroom and watching. To see these men, who had so much self-respect, to be treated in that shabby way — we couldn’t believe it.

I remember going home and bursting into tears. It was like someone demolishing your house while you’re standing in it.

Things are getting better since those dark times. But, ultimately, when it comes to the judiciary, it is up to the judges themselves to act courageously, now.

When did you become aware about race?

Race was always there. We were always aware of it, but it wasn’t as divisive as it is today. The New Economic Policy worked quite well, initially.

Then the abuses started: the enrichment of a few at the expense of the many who actually needed it. And these few became arrogant. Playing the race card suited them, because it solidified their positions.
I think, very frankly, that politicians are responsible for bringing so much racism into our society. I think it suited the politicians to play on our differences instead of what unites us.

But the arrogance that grew with this has been rejected by the people. I’m talking about the March 2008 elections. What we saw was a rejection of racist rhetoric. People were fed up. Previously, the 13 May bogey used to work — but that’s not working any more.

Where do you think we are going, now?

I like to think of Malaysian history as being divided into three phases.

The initial years, during my father’s time, when there was this nationalistic feeling, this drive to show the world that we could be an independent and united nation.

Then a long period, during which things became more divisive. A time when we appeared to have economic prosperity, but also had so much corruption and racism.
And now, a third phase: the push for change.

Correct me if I’m wrong, but a lot of young Malaysians now feel no connection with 13 May. They don’t come from that past. There is a disconnect between the youth, and old politics.
My father’s generation adored Tunku. I don’t know whether we will get that feeling again. But you need this generation saying: the world has moved on, so let me move on, too.

==============

- Apakah sebahagian dari perasaan yang dirasai oleh ambiga berpunca dari sikap kita orang melayu dan Islam di waktu itu...

Wahai Tuan guru, Orang Melayu dan Islam seluruhnya !!

Jangan diganti ketidakadilan dengan ketidakadilan yang lebih tidak adil




Parti Umno memang banyak melakukan perkara-perkara yang meragukan sejak dulu. Jika tidak tentu keadaan tidak seperti sekarang, di saat mereka diberi kuasa penuh oleh Tuhan banyak penyelewengan berlaku.

Tidak berpaksi pada realiti ? Realiti yang macam mana tu ..
Cakap lagu tu pasal mca dan mic tak setuju kan..kan.. kan..

Namun ingin ditegaskan berdemontrasi bukanlah jalannya. Kalau benar bagai dikata ikut Nabi ikutlah betul-betul dari mula sampai hujungnya, sampai bila-bila.


Dalam banyak perkara, Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dijadikan contoh oleh parti Pas, kenapa tidak diberikan contoh nabi dan para sahabat dalam hal berdemontrasi ini.

Apakah tuan-tuan guru terlupa mencari contoh dari zaman Nabi lantaran itu memberi alasan yang tidak releven demi membenarkan tindakan demontrasi itu asalkan dapat bersama-sama kawan-kawan sealiran politik dari Pkr dan Dap




Mungkin ada baiknya ahli pas yang turun demonstrasi untuk mengesa kepimpinan negara berlaku adil di dalam pilihanraya, berdemontrasi saja di markas Pas meminta kepimpinan Tuan Guru memastikan sesiapa yang memberi hujah yang bersandarkan agama agar tepat berdasarkan nas yang pasti. Mungkin juga sekali gus menyuarakan kepada seluruh ahli agar memilih pemimpin yang lebih karisma dan ketegasan agamanya seperti Datuk prof Harun Din dan ramai lagi yang berilmu agama, tegas dan bijak sana sini.

Maaf, terkeluar dari tajuk tadi

Demontrasi dan Natijahnya

Orang-orang syiah dan orang-orang arab gemar sekali berdemo. Namun apakah mereka lebih sejahtera dan beroleh hajat hasil dari demo itu. Libya, Iraq dan terkini Syria berhadapan dengan keadaannya tidak menentu hasil dari demontrasi, malah keadaan kini lebih parah dari sebelumnya. Orang luar suka-suka hati campur tangan di dalam urusan pemerintahan. Itukah yang tuan-tuan guru dan orang melayu mahukan..

Jangan diikutkan kata anak muda yang seronok dengan keadaan kecoh sebegitu, tuan-tuan orang lama, tentu lebih bijak dalam mencari jalan penyelesaian yang lebih sejahtera.

Jangan sekali-kali ketidak adilan diganti dengan ketidakadilan yang lebih tidak adil, seruan buat tuan guru dan orang melayu dan orang Islam seluruhnya...


Akhir kata tidak adil bila orang menolak pas secara lembut, pas terus saja menganggap orang itu menolak Islam.

Ini sebetulnya merupakan fitnah dan tentunya pucuk pimpinan pas tidak menyedari ungkapan yang keluar dari bibir pemimpin Pas berasaskan anggapan tersebut adalah fitnah pada hakikatnya.  

Akhir kata (berapa punya banyak akhir kata daa !!) eloklah pemimpin Pas renung-renungkan kata-kata Dato Seri Anwar Ibrahim yang diungkapkannya pada tahun 1987, mentelah pula kata-kata ini datangnya dari sahabat sepakatan Pas masakini (kalau betullah Anwar memang ada cakap)

Para pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkas yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedang mereka hanyut dalam tepukan. 
PAS kini telah bersedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan.
- Anwar Ibrahim - sewaktu perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Parit di Perak pada 22 Mar 1987.
Renung-renungkan dan selamat beramal. 


Ingat tadi nak fullstop, ada sikit lagi lak. Sambungsikitlagi la ek...

Terdapat kekotoran yang perlu disaksikan sendiri biar pun nama Bersih yang mereka gunakan. Hakikatnya sememangnya tidak semua yang bersih itu suci, hanya tatacara yang mengikuti kehendak agama sahaja yang dapat mensucikannya.



Wallahu'alam



apa yang ditulis di posting ini sekadar ekpressi dari hati, bukan menidakkan atau mengiyakan sesiapa, bukan juga ingin berdebat gegak gempita, dalam senyum kita bersuara, idea kawan kita dengar semua, idea kita sekadar ekpressi saja..kebenaran yang hakiki tentu Tuhan saja yang maha mengetahuinya

Pandangan Ulama dunia berkenaan demontrasi

Klik di sini andai sudi untuk mendengarnya


Protests and Demonstrations - Pandangan Ulamak Islam Scholar View


Posting Update

Updated on May 16, 2012

Wajah sebetul Majlis Peguam & Ambiga

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title