May 17, 2012

Amanat Tuan Guru Haji Hadi - Kesimpulannya

Amanat
Tuan Guru Haji Hadi


Kesimpulannya

===============

Kita dengar dahulu

Amanat Tuan Guru Haji Hadi
 





Transkripnya : 
 
“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'” 

Kerap didengar orang menyimpulkan Amanat Tuan Guru ini sebagai mengkafirkan UMNO yang majoriti ahlinya orang Islam. Kala didengar tiada satu pun ayat terus dari Tuan Guru yang menyatakan UMNO kafir. Maka terus diamati kerana sedar diri memfitnah itu dosanya berat. Lalu terus diamati hinggalah terhenti di ayat  
 kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid

Lalu terus dicari apakah kategori orang yang bila matinya di kira syahid.
Orang Yang Mati Syahid
Hadith :
Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.
(Abu Daud dan at-Tirmidzi) 

Ayat dari hadis di atas,  dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid. 

Pertanyaan di benak, mempertahankan agama dari apa, siapa dan perbuatan yang macam mana ?

Ayat dari amanat Tuan Guru Haji Hadi, Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Pertanyaan di benak, sejauh mana perbuatan yang dinyatakan oleh Tuan Guru dikira salah di sisi agama Islam hingga boleh dianggap menentangnya dikatogerikan sebagai mempertahankan agama seperti dinyatakan di dalam hadis Nabi s.a.w tadi

Perbuatan seperti dinyatakan Tuan Guru
1- mengekalkan perlembagaan penjajah - contohnya ? mungkin Hak Istimewa orang-orang melayu
2- mengekalkan undang-undang kafir - contohnya ? antara boleh difikirkan, berzina dikenakan denda
3- mengekalkan peraturan jahiliyah - contohnya ? peraturan yang macam mana agaknya, peraturan untuk mengadakan ceramah umum perlu kepada permit

Mungkin ada yang lebih berat dipandangan Tuan Guru dari yang terlintas difikiran yang menulis ini di saat ini..

Uhh tak dapatlah nak buat kesimpulan lagu ni, hadis pun baru satu jumpa. 

Kesimpulannya disaat ini,  nampaknya terpaksa di K.I.V dululah kesimpulannya. Elok "proceed"  ke tajuk berikutnya. Mungkin ada baiknya ditambah sikit input data dari sudut pandangan yang lain pula berkaitan penentangan terhadap pemimpin Islam yang dikatakan menyeleweng.

Adakah ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi itu berbeza dengan ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem khilafah ?

Ustaz Abdul Hakim B. Amir Abdat, seorang pendakwah terkenal dari Indonesia menjelaskan sama ada dibenarkan berdemonstrasi terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi atau tidak? Dan adakah ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi itu berbeza dengan ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem khilafah ?

posting asal @


Bolehkah Menetapkan Seseorang Sebagai Syahid ?

Mungkin kita pernah mendengar seseorang yang telah meninggal dunia disebut namanya dengan gelaran “asy-Syahid fulan...” atau mungkin pernah kita diberitahu bahawa, “Si fulan telah Syahid...”.

Maka, ini kita letakkan sebagai perkataan kategori pertama.

Dengan itu, adakah ia bermakna si fulan telah dipastikan masuk Syurga dan diampuni segala dosa-dosanya?

Kemudiannya, terdapat satu lagi ungkapan yang sekali imbas hampir sama, tetapi hakikatnya berbeza iaitu,

“Sesiapa yang mati di medan perang di jalan Allah, maka dia mati syahid.”

Walau bagaimana pun, dua ungkapan di atas adalah berbeza sama sekali. Jenis perkataan dari kategori pertama, menjelaskan soal kesyahidan seseorang individu dengan khusus. Manakala perkataan kedua, menjelaskan hanya secara umum bahawa sesiapa sahaja yang benar-benar berjihad di jalan Allah dan terbunuh maka dialah yang mati syahid dan dijamin masuk syurga tanpa merujuk kepada mana-mana individu tertentu.

Berkenaan perkataan kategori yang pertama, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

...Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.” (Surah an-Najm, 53: 32)

Ini adalah disebabkan persoalan niat merupakan persoalan hati. Tidak ada yang mengetahui hati seseorang melainkan Allah. Dan dialah yang maha mengetahui tentang kedudukan seseorang itu secara jelas.

Rasulullah Shallallahu ‘alahi wa Sallam juga bersabda:

“Demi Zat yang diriku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang terluka di jalan Allah, dan hanya Allah yang maha Mengetahui siapa yang terluka di jalan-Nya. Pasti akan datang pada hari kiamat (luka tersebut) warnanya darah, tetapi baunya bau minyak kasturi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2803)

Dengan penjelasan bahawa “... hanya Allah yang maha Mengetahui siapa yang terluka di jalan-Nya...” menunjukkan bahawa kita tidak mengetahui niat seseorang yang berjihad.

Imam al-Bukhari juga telah meletakkan bab di dalam Shahihnya dengan judul “Tidak Boleh Disebut Si Fulan Mati Syahid”.

Perbuatan menetapkan seseorang sebagai mati syahid bukanlah tugas manusia melainkan melalui ketetapan yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan juga Rasul-Nya melalui wahyu yang diterimanya.

Umar Radhiyallahu ‘anhu berkata di dalam khutbahnya:

“Kamu mengatakan di dalam peperangan kamu bahawa si fulan dan si fulan mati syahid. Namun, boleh jadi dia (mati) kerana terjatuh dari kenderaannya. Maka janganlah kamu berkata begitu tetapi katakanlah seperti yang dikatakan oleh Rasulullah, iaitu: “Sesiapa yang mati di jalan Allah atau terbunuh maka dia mati Syahid...”.” (Hadis Riwayat Ahmad. Hasan menurut Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, jil. 9, m/s. 48)



Kafir mengkafir bukan ajaran Nabi Muhammad s.a.w

Kemusyrikan atau kekufuran merupakan sebuah dosa yang tidak terampuni kecuali dengan kembali memeluk Islam dan meng-Esa-kan Allah Swt. Penyakit yang berbahaya ini tentunya harus kita kenal dan kita hindari, agar kita selamat dari siksa pedih yang abadi. 

Sayangnya, tidak banyak orang yang benar-benar mempelajari permasalahan ini dengan tuntas. Akibatnya, hanya karena memiliki perbedaan pemahaman dalam tata cara beribadah, tidak sedikit orang yang terlalu mudah melontarkan kalimat, “Kamu Musyrik” atau “Kamu Kafir”, “itu perbuatan syirik” dan sejenisnya kepada sesama Muslim yang taat beribadah dan beriman kepada Allah. 

Padahal dalam sebuah Hadis Rasulullah Saw bersabda:

إِذَا كَفَّرَ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

“Jika seseorang mengkafirkan saudaranya (sesama muslim), 
maka salah satu di antara keduanya akan menjadi kufur” (HR. Muslim).


إِذَا قَالَ الرَّجُلُ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهِ أَحَدُهُمَا

“Jika seseorang berkata kepada saudaranya (sesama muslim) ‘Hai Kafir’, 
maka salah satu di antara keduanya akan menjadi kufur” (HR. Bukhori).

Bahkan Rasulullah telah mendidik para sahabat untuk tidak menuduh seseorang sebagai kafir dan tidak pula melaknat seorang muslim yang bermaksiat. Rasulullah Saw bersabda: 


ثَلَاثٌ مِنْ أَصْلِ الْإِيمَانِ الْكَفُّ عَمَّنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نُكَفِّرُهُ بِذَنْبٍ وَلَا نُخْرِجُهُ مِنْ الْإِسْلَامِ بِعَمَلٍ وَالْجِهَادُ مَاضٍ مُنْذُ بَعَثَنِي اللَّهُ إِلَى أَنْ يُقَاتِلَ آخِرُ أُمَّتِي الدَّجَّالَ لَا يُبْطِلُهُ جَوْرُ جَائِرٍ وَلَا عَدْلُ عَادِلٍ وَالْإِيمَانُ بِالْأَقْدَارِ

“Tiga hal yang menjadi dasar Iman, pertama, adalah mencegah diri untuk tidak menyakiti orang yang telah mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah (Tiada tuhan selain Allah), kita tidak mengkafirkannya karena sebuah dosa dan tidak mengeluarkannya dari Islam karena sebuah perbuatan (amal). Kedua, Jihad telah berlaku sejak Allah mengutusku hingga nanti umatku yang terakhir memerangi Dajjal. Kedzaliman orang yang paling dzalim maupun keadilan orang yang adil tidak akan menghalanginya. Ketiga, Iman kepada berbagai takdir.” (HR. Abu Dawud).

Sayyidina Umar bin Khattab Ra. menceritakan bahwa di zaman Nabi Saw ada seorang lelaki bernama Abdullah yang suka menghibur Nabi Saw. Ia adalah orang yang kecanduan minuman keras dan sudah beberapa kali dihukum cambuk. Suatu hari, ketika sedang menjalani hukuman cambuk, seseorang berkata. “Ya Allah, laknatlah dia, betapa sering ia menjalani hukuman cambuk ini.” Mendengar laknat tersebut, 

Rasulullah Saw segera bersabda:

لَا تَلْعَنُوهُ فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ إِنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

“Jangan kalian melaknatnya. Demi Allah, sepengetahuanku dia adalah seorang 
yang mencintai Allah dan Rasul-Nya”. (HR. Bukhari).

Kita tentunya masih ingat kisah Usamah bin zaid yang ditegur Rasulullah Saw karena membunuh seseorang yang mengucapkan syahadat. Pada saat itu Usamah bin Zaid dan sejumlah sahabat lainnya diutus Rasulullah Saw menuju sebuah daerah. Di sana terjadilah peperangan. Ketika peperangan sedang berkecamuk, Usamah dan seorang sahabat Anshar berhasil mengepung seorang musuh. 

Ketika akan dibunuh, tiba-tiba orang tersebut mengucapkan dua kalimat syahadat. Mendengar kalimat itu, sahabat Anshar tidak jadi membunuhnya, tetapi Usamah bin Zaid menikamnya hingga tewas dengan ujung tombaknya. 

Ketika mendengar peristiwa itu, Rasulullah Saw bertanya kepada Usamah, “Apakah kau membunuhnya setelah dia mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah?”. Usamah menyampaikan alasannya kepada Rasulullah Saw mengapa ia membunuh orang tersebut. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, ia ucapkan kalimat itu hanya untuk melindungi dirinya dariku.” Tetapi, Rasulullah Saw tetap mengulang-ulangi pertanyaannya berikut:


أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ مَا قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

“Apakah kau membunuhnya setelah dia mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah?”.

Bahkan dalam riwayat lain Rasulullah Saw bertanya kepada Usamah, “Apakah kau telah membelah dadanya sehingga kau tahu dia telah mengucapkan kalimat itu atau tidak?”. (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad).

Setelah menyimak keterangan di atas, maka hendaknya kita tidak terlalu mudah menyebut atau menuduh seorang Muslim sebagai Musyrik atau Kafir. Kita harus mempelajari dulu kedudukan perbuatannya dalam syariat, sehingga tidak terjerumus dalam kekufuran karena mengkafirkan atau memusyrikkan Muslim yang lain.

Saudaraku, sebenarnya Rasulullah Saw tidak pernah khawatir umatnya akan menjadi musyrik. Yang beliau khawatirkan adalah kita akan terlalu mencintai dunia dan berlomba-lomba untuk memperebutkannya. Rasulullah Saw bersabda:

إِنِّي لَسْتُ أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا وَلَكِنِّي أَخْشَى عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا أَنْ تَنَافَسُوهَا

“Sesugguhnya aku tidak takut (tidak khawatir) kalian akan menjadi musyrik (menyekutukan Allah), akan tetapi aku takut (khawatir) kalian akan berlomba-lomba memperebutkan dunia”. (HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).

di edit dari petikan posting di lenterahadis.net
dengan tajuk asal 
  Hukum mengkafirkan/menuduh bid'ah seseorang 

Sasaran Amanat Tuan Guru Haji Hadi

Sebelum diakhiri dengan kesimpulan, tertanya pula di benak,  adakah amanat Tuan Guru hanya tertumpu kepada UMNO sahaja atas faktor seperti yang dinyatakan di dalam amanat tersebut.


( Ternyata UMNO tidak berminat dengan hudud. Mungkin belum sesuai untuk dilaksanakan namun sampai bila ? Sampai kiamatkah ianya tidak sesuai di mata Umno. Apakah persediaan UMNO untuk melihat hukum berasaskan Islam ini ditegakkan di Malaysia. Jika tidak hukum hudud pun, bagaimana Umno memartabatkan mahkamah Syariah mungkin sebagai permulaan ke arah itu. Sampai bila mahkamah syariah harus dipandang rendah dengan hukuman berzinanya cuma dikenakan denda. Langgar lampu merah trafik pun hukumannya denda/kompaun. Pernah terdengar di kedai kopi denda buang sampah lagi mahal dari denda dikenakan ke atas mereka yang berzina. Kelakarkan Umno bila beria menyatakan mereka pembela agama Islam sedangkan mahkamah syariah pun mereka tidak terbela kemuliaannya.)

Berbalik kepada sasaran amanat Tuan Guru Haji hadi tadi, bagaimana dengan kafirun ini yang terangan-terangan menolak Islam.


DAP terang-terangan menolak Negara Islam dan tentunya hukum-hukum yang terdapat di dalam agama Islam itu sendiri. Apakah mereka ini tidak perlu ditentang oleh PAS, tidak perlu diperangi oleh PAS juga ?

Generasi keduanya juga begitu, menolak Islam dan peraturannya


Adakah amanat Tuan Guru tidak terpakai untuk mereka para-para kafir yang terangan menentang Islam dan hukumnya.

Oh ya kawan sepakatan PAS yang juga seorang Islam ini pun menolak tertegaknya hukum Islam


Bagaimana sekarang, ingin kita tahu apakah amanat Tuan Guru Haji Hadi tidak terpakai untuk mereka sedangkan Umno cuma belum sudi untuk berhukum dengan hukum Islam sedangkan mereka DAP dan PKR menolak Islam secara keseluruhannya.


Antara yang berani untuk disimpulkan 

Tadinya kita meng" K.I.V" kesimpulan, rasanya sekarang ini bolehlah kita membuat kesimpulannya. Sedikit sahaja yang boleh kita simpulkan kerana ada beberapa fakta yang Tuan Guru nyatakan itu tidaklah kita dapat menangkapnya kerana tiada contoh nyata yang diberikan.

Sedikit kesimpulan kita:

1- Jangan mudah dan suka-suka secara individu mengkafirkan orang lain.
2- Dalam hal-hal melibatkan akidah dan hukum, ayat berbentuk umum tentunya tidak sesuai digunakan.  Terlebih elok malah mesti diberi contoh atau huraian mengapa dan apakah perkara dibuat bagi menyokong sesuatu dakwaan terutamanya dalam hal berkaitan menghukum kafir terhadap orang lain.
3- Kepastian tentang syahid  seseorang hanya Allah yang terlebih tahu.
4- Keadilan dalam menghukum. Perbuatan yang sama atau lebih teruk lagi mesti juga diambil perhatian. Jangan hanya kerana mereka kawan kita, mereka terlepas pula dari  "amanat "

Jika tidak dakwaan demi dakwaan akan terus diutarakan sedangkan hakikatnya bukan kita yang terlebih tahu.

Murtad Sheikh !! kata dia

Kita tak nampak jika guru kencing berdiri di dalam tandas, tapi andai anak murid kencing berlari, tentu satu sekolah boleh nampak. Inilah kot kesimpulan yang mampu kita yang kurang arif ini simpulkan..

======================

Mudah-mudahan Tuan Guru 
Diberi Peluang Satu Jam


Tapi macamana kalau gomen tak beri peluang, sementara menunggu peluang yang rasanya boleh dikategorikan sebagai "mission imposible" tu, bolehlah juga Tuan Guru menerangkannya melalui TV Pas di YouTube..Insya Allah rasanya TVPAS tak edit punya. Dapatlah kita orang dengar dan memahami maksud sebenar Amanat Tuan Guru itu. Amat baik sekali jika Tuan Guru mencuba altenatif lain seperti di TVPas sementara menunggu bulan jatuh ke riba.

Surat khabar dan media kerajaan mungkin akan mengedit, tapi tak mungkin TVPAS atau Harakah akan mengeditnya juga.  

Amat perlu Tuan menerangkannya agar kami yang tak reti na selok belok agama dan mungkin juga Cikgu ABC dapat memahami maksud sebenar amanat Tuan itu

**********
Fatwa
Amanat Haji Abdul Hadi

Akidah

Tarikh Keputusan: 24 Jul, 2002

Keputusan:

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -

(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;

(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan

(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan

(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 25 Jul, 2002
Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen: M.P.U. 13
Negeri/Group: Melaka

==================================

Nasihat dari
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan






Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan kerana tidak sah sembelihannya.

3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
( dengan orang bukan Barisan
 4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan .
6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan diperkuburan Islam.

7). Orang Barisan mati tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas.

8). Orang Barisan tak payah sembahyang, puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh Tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff -
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -
Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -
Iman Besat Masjid Muhammadi.
8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan, Kota Baru, Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

========================


Pelbagai Pandangan

Tuan Ibrahim Tuan Man
 

Prof Dr Nasoha



Unknown

 
DR ASRI


Mufti syor Majlis Fatwa jemput Hadi
Wartawan Sinar Harian
7 Januari 2013

SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.

"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.

Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.

Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.

Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.

“Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja,” katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu.
Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.

Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.

Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.

“Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, fatwa yang dikeluarkan oleh negeri tertentu terhad kepada negeri berkenaan sahaja, sementara negeri yang mempunyai raja atau sultan perlu mendapat perkenan raja atau sultan masing-masing.

"(Untuk) isu yang berlaku di negeri tertentu, hanya negeri (yang terlibat) itu patut mengeluarkan fatwa mengenainya,” katanya.

sinarharian.com.my

**********

bila diri merenung diri sendiri

Di setiap kemuncak Ego, kebenaran pasti disurok
Di setiap terasa diri pandai, pasti di mata terlihat jahilnya orang
Di setiap pesona diri, pasti tak nampak lagi keburukan hati sendiri

**********

Buat mengakhiri posting ini yang telah pun di "update" beberapa kali, disertakan sepotong hadis dengan terjemahannya buat renungan kita semua agar kita lebih berhati-hati dalam membuat kesimpulan terhadap orang lain


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏

 Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation 

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Terjemahan melayunya
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” --
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.
psikologihadith.com

========================================================

Tajuk yang Berkaitan

Amanat Haji Hadi featuring Pakatan Rakyat versi Feb 2013

Isu Nama ALLAH - Syabas TG Nik Abdul Aziz, Dr Haron Din dan Majlis Syura Ulamak PAS
Isu Nama Allah - Fatwa Pujanga Pakatan Rakyat dan Bukti Dari Quran
Doa Pas buat Umno Hujah Tok Guru dan Hukum Agama
Fatwa Pluralisma, Liberalisma, dan Sekulerisma Agama
Allah is the Name of God رب Tuhan Not a Pronouns
Nama Allah, Tuhan, God dan Bible Bahasa Melayu
Terjemah God Tuhan kepada Allah - Isu Utama !!!
Pluralism in Islam - Pluralisma di dalam Islam
Isu Nama Allah - Orang Islam Wajib Bersatu
Mengkafirkan Orang - Hukum dan Fatwa
Say Someone Kafir - Hukum and Fatwa
Tuhan saya tidak samseng

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title