Jun 3, 2012

DAP - Mana Mungkin Pilihan Kita Muslimin dan Muslimat sekeliannya

Mana mungkin kita menyokong Dap dan bersetuju dengan mereka hanya kerana Guru kita berkenan pada wadah perjuangan mereka itu yang terangan menolak Islam dan hukum-hukum bersandarkan Islam.

Saksikan sendiri dan dengarkanlah sendiri apa prinsip perjuangan mereka dari kata bicara yang mereka sendiri lontarkan. Dari ayah hingga ke anaknya, dari dalam diri hingga ke sahabat karib mereka.. 
                                                ... cerita dan prinsipnya mantap dan sama.

   

Dari ayahnya hingga ke anak

   

dan sahabat mereka

   

dan sahabat mereka

   

dan sebahagian dari kita menerimanya dengan hati terbuka 

 

Apa kata kita perhatikan petikan dari ayat Quran berikut, terjemahan melayunya


" Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” - Surah Al-Baqarah: 120

Tentu mereka amat gumbira kini dengan pengistiharaan Tuan, walau pun ianya tidak bermakna sebahagian kita mengikuti mereka namun melepaskan apa yang menjadi impian kita selama ini tentunya kemenangan besar buat mereka. Tak gitu...

Satu pertanyaan berkaitan Persetujuan Bersama

Pertanyaan yang ingin ditanya, apakah persetujuan bersama itu bermakna perjuangan Islam akan lebih mudah buat kita atau perjuangan Islam itu martabatnya sudah jadi nombor dua selepas persetujuan bersama. Jawablah dengan ikhlas dan sempurna apa maksud tersirat disebalik kata bicara, apakah itu sekadar cubaan mengoda hati agar lupakan prinsip asal perjuangan agama yang di canang sekian lama.

Janganlah sampai pula kita seolah-olah bersikap munafik, menonjolkan sifat mulia agama di setiap bicara namun di saat yang sama memberi kekuatan kepada mereka yang menolak mentah-mentah tertegaknya pentadbiran bersandarkan agama Islam di bumi kelahiran sebelum kita pergi buat selamanya meninggalkan noda yang pastinya cela.

Andai guru kencingnya berdiri, wajarkah muridnya yang berperadaban mulia meneruskan perjuangan Guru dengan kencing berlari.

Apakah kita sudah hilang perasaan. Apakah sudah hilang naluri umat yang sayangkan Islam ? Apakah kasih sayang terhadap guru boleh dibenarkan melampaui kebenaran Ilmu dan kasih kita kepada Islam.

Mereka orang bijak dan mereka juga orang prejudis. Mereka boleh kasihkan sebahagian dari kita bila ada kepentingan untuk diri mereka. Mereka juga boleh membuang malah menganjingkan kita jika mereka fikir tiada keperluan untuk mereka berbaik dengan kita. Pandanglah mata mereka dan tanya diri siapakah kita di mata mereka.

Darah kita pernah mengalir bukan kerana berjuang tetapi mengalir kerana disembelih oleh orang seumpama mereka sewaktu komunis berjaya menguasai negara buat beberapa detik cuma. Kita sudah lupa agaknya atau kita sendiri tidak pernah bertanya dari orang tua tentang nenek moyang kita bagaimana sengsaranya mereka suatu masa.

Kita semua faham maksud prejudis malangnya taksuban dan penghormatan terhadap guru telah kita lampaukan batasnya. Guru insan mulia di sisi Tuhan itu sememangnya satu kepastian. Namun bila jalannya mengelirukan kita, patutlah kita berhati-hati dan mengkaji.

Beringat dulu tentu bukan sesal namanya. Beringat kemudian itulah terngadah seperti yang selalu disebut orang akan peribahasa tentangnya.

Jangan kita berkepala dunga sedang ilmu sudah tersediakan di dada. Layarkan akal berpedomankan ilmu agama, pasti haluan lebih jelas di mata.


Yang ada bukanlah sempurna namun yang diitatang balanya bukan kepalang. 


p/s : Soalan cepumas, hari ini mereka menolak malah tidak sudi sama sekali untuk membicarakan tentang Negara Islam atau hudud yang di utarakan oleh PAS dan kepimpinan PAS pula menerimanya atas dasar Persetujuan Bersama.

Tidakkah PAS dapat rasakan yang mereka itu sebenarnya penghadang kepada matlamat DAP dan PKR. Bayangkan Islam dan Hukumnya ditolak, apalah sangat PAS jika nak dibandingkan dengan kemulian dan kesempurnaan Agama Islam itu sendiri. Sedangkan Islam dan hukumnya ditolak oleh mereka dari DAP dan PKR, kenapa tidak nanti mereka menolak PAS apabila pakatan sekufu DAP PKR benar-benar berada ditampuk kuasa ( andai berjaya apa yang mereka citakan)

Apakah agaknya pemimpin PAS akan kata jika satu hari nanti mereka ditolak oleh pakatan DAP dan PKR ketika itu. Apakah PAS akan berkata kita tetap berdiri di atas Persetujuan Bersama. 

Kelakarkan PAS sama seperti umno yang juga kelakar sewaktu berkata mereka memelihara kemuliaan Islam sedangkan kemuliaan mahkamah Syariah itu sendiri tidak mampu mereka martabatkan.

=========================

Sorotan Sejarah
(manusia boleh berbelit kata namun tidak dengan sejarah)

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]

Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. 

Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. 

Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
  

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. 

Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. 

Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. 

Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. 

Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. 

Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan Thai.

Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.
  
Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. 

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.

Artikel di atas dipetik dan diedit dari wikipedia.org-Peristiwa 13 Mei

Posting ini tiada kaitan dengan perkauman, 
ianya cuma penceritaan semula dari sejarah

=========================

Wallahu'alam, hanya Tuhan yang lebih mengetahui akan kebenaran dari setiap cerita terutamanya yang dipanjangkan dari mulut ke mulut. Cuma pada kenyataannya, peristiwa itu memang benar telah berlaku dan menjadi sebahagian dari sejarah hitam di Malaysia. 

Hakikat DAP

 
DAP's uneasiness with Islamic state doctrine


Muslimin & muslimat sekeliannya !!  
Sudah terang tak perlulah bersuluh

Wahai orang-orang yang beriman! 
Janganlah Lupa Pesanan ini

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ
Sahih International
O you who have believed, do not take as intimates those other than yourselves, for they will not spare you [any] ruin. They wish you would have hardship. Hatred has already appeared from their mouths, and what their breasts conceal is greater. We have certainly made clear to you the signs, if you will use reason.
Muhsin Khan
O you who believe! Take not as (your) Bitanah (advisors, consultants, protectors, helpers, friends, etc.) those outside your religion (pagans, Jews, Christians, and hypocrites) since they will not fail to do their best to corrupt you. They desire to harm you severely. Hatred has already appeared from their mouths, but what their breasts conceal is far worse. Indeed We have made plain to you the Ayat (proofs, evidences, verses) if you understand.
Chinese
信道的人們啊!你們不要以不同教的人為心腹,他們不遺餘力謀害你們,他們希望你們遭難,他們的口中已吐露怨恨,他們的胸中所隱諱的,尤為惡毒。我確已為你們闡明許多蹟象,如果你們是能了解的。
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
هَا أَنتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Sahih International
Here you are loving them but they are not loving you, while you believe in the Scripture - all of it. And when they meet you, they say, "We believe." But when they are alone, they bite their fingertips at you in rage. Say, "Die in your rage. Indeed, Allah is Knowing of that within the breasts."
Muhsin Khan
Lo! You are the ones who love them but they love you not, and you believe in all the Scriptures [i.e. you believe in the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel), while they disbelieve in your Book, the Quran]. And when they meet you, they say, "We believe". But when they are alone, they bite the tips of their fingers at you in rage. Say: "Perish in your rage. Certainly, Allah knows what is in the breasts (all the secrets)."
Chinese
你們喜愛他們,他們卻不喜愛你們,你們確信一切天經,而他們遇見你們就說:「我們已信道了。」他們私相聚會的時候,為怨恨你們而咬自己的指頭。你說:「你們為怨恨而死亡吧!」真主確是全知心事的。
Malay
Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

إِن تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِن تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا ۖ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ
Sahih International
If good touches you, it distresses them; but if harm strikes you, they rejoice at it. And if you are patient and fear Allah , their plot will not harm you at all. Indeed, Allah is encompassing of what they do.
Muhsin Khan
If a good befalls you, it grieves them, but if some evil overtakes you, they rejoice at it. But if you remain patient and become Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2), not the least harm will their cunning do to you. Surely, Allah surrounds all that they do.
Chinese
你們獲得福利,他們就憂愁,你們遭遇禍患,他們就快樂。如果你們堅忍而且敬畏,那末,他們的計謀就不能傷你們一絲毫。真主確是周知他們的行為的。
Malay
Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

Fikir Kita

Keadilan cuma dapat ditegakkan melalui kepimpinan yang mengambil ajaran Islam sebagai cara dan prinsip pemerintahannya. Pemimpinnya pula semestinya memiliki Taqwa , bijak dan sentiasa merujuk kepada prinsip ajaran Islam dalam diri dan pentadbirannya.

Rakyat pula semestinya melihat kaum-kaum yang ujud sebagai satu limpah kurniaan Tuhan yang mesti dilihat dari sudut ajaran Islam seperti termaktub di dalam ayat berikut


بسم الله الرحمن الرحيم

القرآن الكريم

Surah Al-Hujurat
(The Rooms)
  سورة الحجرات
Ayat 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted.
 
Akhir kata, kita tidak berkata DAP akan mengulangi kesilapan pengikutnya itu, cuma kita fikir memilih pemimpin semestinya dari mereka yang memahami Islam dan bersungguh melaksanakannya. Bilamana dianya seorang muslim dan bertaqwa tentulah dia memastikan dirinya menuruti segala kehendak Tuhan dalam pentadbiran dan perlaksanaan keadilan itu sendiri. 


Alangkah bertuahnya kita yang bergelar rakyat jika memiliki pemimpin yang bertaqwa kerana dikalangan orang Islam sendiri sememangnya terdapat perbezaan antara orang Islam, Muslim dan Orang-orang yang bertaqwa dari segi penghayatan dan perlaksanaan ajaran islam itu sendiri. Tentunya yang terbaik mereka yang bertaqwa. Kita sendiri dapat melihat kesan taqwa itu dalam kepimpinan para sahabat Nabi yang 4 itu dan di dalam pentadbiran Khalifah Umar abdul Aziz


Dalam waktu kita tercari-cari kepimpinan yang bersifat mulia itu, tiba-tiba kita beralih pula kepada mereka yang terangan menolak Islam dan hukumnya dalam pentadbiran mereka. Tentu kita sendiri pelik memikirkan pemikiran yang ada di benak kita saat itu. Di jalan luruskah diri kitaini atau mungkinkah telah terpedaya dengan mulut manis berulamkan sepatah dua kata bicara Khalifah Umar Abdul Aziz yang mereka lontarkan.


Orang Islam mesti kuat fikirannya jika tidak terpedaya bukanlah pelik dan mustahil untuk berlaku ke atas diri kita semua kerana setinggi mana ilmu agama kita tetap seorang manusia juga yang bersifat lemah dan mudah terpesona.

Hanya Islam yang dapat menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua kaum dan pihak. Kita juga tidak menyatakan pemimpin itu mestinya melayu, yang penting dia semestinya seorang Muslim yang ada Taqwa dalam hatinya.

Pisang berbuah dua kali untung sebenarnya namun membiarkan sejarah hitam berkemungkinan berulang buat kali kedua menjadi tanda kita tidak mengambil pengajaran dari sejarah.


          Wallahu'alam.
















 






Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title