Jun 19, 2012

Infinity Downline ID - Hukumnya oleh Oleh Zaharuddin Abd Rahman


Status Hukum Skim Infinity Downline @
Login Facebook Dapat RM 100

Oleh
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


====================================
Sedikit sedutan dari laman web Ustaz Zaharuddin
====================================

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.



Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.

Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan ....
 ====================================
sila teruskan membaca dari sumber asalnya di

Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100

====================================

Melihat duit yang masuk ke buku akaun memang terasa ralatnyakan.  Namun begitu kita tetap dan mesti bertegas pada diri sendiri untuk "stop".

Kita beria posting pasal ni bermula di facebook sebelum ini disebabkan kita tengok kedapatan yang "involve" tu orang-orang kita yang begitu menjaga perihal agama dari lahiriahnya yang kita nampak.

Kita pernah ada pengalaman tahu tentang skim yang disebut tawoon sebelum ni, kalau tak silap ejaannyalah. 

Kebetulan yang handle tu kita kenal maka sikit sebanyak dapatlah kita fahami perjalanan bisnes ini yang bukan bisnes pada hakikatnya.

Sama sahaja modus operandinya. Salurannya sahaja yang berbeza.

Ada yang pakai money order, wang pos dan ada yang bank-in terus duit yang ada berbagai nama samada disebut yuran keahlian mahu pun yuran pendaftaran.

Sekarang ini mereka beralih ke mukabuku - facebook. Namun itu jugalah caranya. 

Di balik semua ni ada tokei besar yang untung. Orang kita (muslimin dan muslimat) hanya medium mereka dengan sedikit agihan ( yang disebut untung busines ) dari kutipan samada dari kawan-kawan mahu pun saudara mara atas nama yuran daftar.

Akhirkata, orang Islam mesti kuat fikirannya agar dapat menelah mana yang betul mana yang tidak jujur demi kehalalan yang diperjuangankan dalam diri selama ini agar tidak tercemar.

Wallahu 'alam

haticurio

 ====================================

  Surah Adh-Dhāriyāt (The Winnowing Winds)
 سورة الذاريات
 Ayat 55

 بسم الله الرحمن الرحيم

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Sahih International
And remind, for indeed, the reminder benefits the believers.
Muhsin Khan
And remind (by preaching the Quran, O Muhammad SAW) for verily, the reminding profits the believers.
Chinese
你應當教誨眾人,因為教誨對於信士們確是有益的。
Malay
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Tamil 
மேலும், நீர் நல்லுபதேசம் செய்வீராக! ஏனெனில், நிச்சயமாக நல்லுபதேசம் முஃமின்களுக்கு நற்பயனளிக்கும்.

 ====================================






Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title