Jun 2, 2012

Pengistiharan Prinsip Islam Browser terhadap PAS dan Tuan Guru

Tafsir Surah Al Ikhlas 
oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz 

 

   

   

 Koleksi Tafsir Surah Dari Juz'Amma
 

Tafsir Surah Al Ikhlas
disampaikan oleh 


================

Pengistiharan Prinsip Islam Browser
terhadap
PAS dan Tuan Guru

Di pentas politik kita mungkin berbeza pendapat 
namun di persada ilmu kita saling hormat menghormati 
dan mengutip ilmu dari bicaranya yang benar

 Menyatakan Tuan Guru sebagai bapa iblis dan seumpamanya
itu melampau batas dan keji sifatnya
Islam Browser menolak sebarang penghinaan sesama manusia

Kita bicara dengan hujah dan kita tidak sependapat juga berasaskan hujah 
Kita mungkin bersependapat semula juga dengan hujah
Itu tanda kita orang yang bijak mengunakan akal dan memanafaatkan ilmu


Segala posting berkaitan Tuan Guru dan PAS yang diposting di Islam Browser
sekadar melahirkan pandangan dan mempertahankan apa yang kita rasakan 
menjadi hak kita sebagai mahkluk dicipta Tuhan dan sebagai umat yang kasihkan Nabi


Jauh di sudut hati kita tidak memandang rendah atau mencebik Tuan-tuan Guru yang amat
kita hormati dan kasihi. Kita bercakap bersandarkan hujah dan pemikiran kita.
Tentunya yang benar di benak kita tidak semestinya benar disisi Tuhan
Hakikatnya hanya Tuhan yang tahu. Kita hanya melahirkan pandangan dan bicara hati


Yang mesti dan pasti kita muslim mesti memelihara persaudaraan seagama
 Mendarjatkan Tuan-tuan guru sekeliannya ketahap sebegitu hina
seperti yang terdapat di Youtube dan blog-blog politik
bukanlah cara kita di Islam Browser.


Semoga Tuhan melimpahkan kurnianya
terhadap kita muslim sekeliannya
agar kesatuan kita terpelihara








Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title