Jul 13, 2012

Jawapan kenapa Islam sepenuhnya tidak dapat di tegakkan di Malaysia

Kawan baik PAS
 
Cinema ruling against Muslim couples revoked

11 Jul – Kuala Selangor's District Council (MDKS) has been ordered to revoke its ruling that unmarried Muslim couples are banned from sitting together inside the cinema halls in the district with immediate effect, after preliminary investigations into its origins. 

According to Selangor's State Executive Councillor Ronnie Liu, the ban that was proposed by a PAS councillor during the MDKS full board meeting in May was not consulted with the state government before its implementation, and that they were not aware that such a ruling had been passed at all.
"I only found out from the press. In other local councils, there is no such ruling. So I will ask the MDKS president to delay the ruling and bring it to the full board for further discussions," said Liu at a press conference. 

The story printed in Chinese newspapers goes that cinemas in the district were made to put up notices informing patrons of the new ruling. If they did not do so, their commercial licenses would not be renewed.
"This ruling has caused fear among Muslims and deterred them from coming to our cinema, which is also bad for business," remarked a source from the cinema chain Lotus Five Star. 

Currently, there is only one Lotus Five Star cinema operating in the 1 Plaza district.


Soalannya: Muslim mana yang takut tu ..atau sebetulnya hendak beritahu kalau Islam sepenuhnya ditegakkan kita olang manyak lugi. Kita olang punya busines macam itu pub, kabaret, judi ,minuman keras, pelempuan muleh bayar punye akan kehilangan separuh keuntungan akibat ketidak dapat hadiran pelangan dari kalangan orang Islam yang tidak takut kepada Tuhannya.

Sebetulnya kawan Umno pun senada dalam hal berkaitan menegakkan syiar Islam. MCA pun tak suka kalau hudud atau sistem perundangan dan pemerintahan Islam sebenanrya ditegakkan. Busines mereka akan kehilangan banyak pelangan dari orang Islam yang tidak takutkan Tuhan.
 
Takut di sini maksudnya tiada iman sewaktu melakukan maksiat seperti dinyatakan oleh hadis.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

 حِيْنَ يَزْنِيْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِيْنَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَسْرِقُ حِيْنَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيْهَا أَبْصَارُهُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ 

Ertinya: “Tidak akan berzina orang yang berzina semasa dia melakukan zina, dalam keadaan dia beriman. Dan tidak akan minum arak (orang yang meminumnya) dalam keadaan dia beriman, dan tidak akan merompak ( si perompak) yang menyebabkan orang hanya (mampu) melihat rompakan itu (dan tidak mampu menghalangnya) dalam keadaan dia beriman”.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
tasekpauh.blogspot.com



Kawan baik UMNO

MCA keluar dari BN jika hudud dilaksana

Oleh MOHD FAZIL
fazil@themalaysiantimes.com.my

KUALA LUMPUR : Parti Malaysian Chinese Association (MCA) kekal dengan pendirian mereka iaitu akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya UMNO menguatkuasakan undang-undang Islam iaitu Hudud.

Datuk Chua Tee Yong selaku Pengerusi Biro Professional Muda MCA berkata, pendirian MCA berkenaan perlaksanaan hukum Hudud tidak pernah berubah dan tidak akan teragak-agak untuk keluar dari menjadi parti komponen BN sekiranya ia dilaksanakan.

“MCA menolak sama-sekali cadangan perlaksanaan hukum hudud yang dibangkitkan oleh salah seorang wakil rakyat UMNO di Johor. Kami mengulangi pendirian bahawa MCA akan keluar dari BN sekiranya ianya dilaksanakan” tegas beliau pada majlis sidang media berkenaan skandal RM392 juta Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini.

Tee Yong berkata, isu pelaksanaan hukum Hudud mungkin merupakan pendapat peribadi yang dibangkitkan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat namun ia bukan pandangan yang dipegang oleh parti menempelak idea tersebut dan menganggap Ayub sebagai kekeringan idea hingga timbul cadangan perlaksanaan hudud di negeri Johor. Perkara ini disebut beliau di dalam entri twitter beliau “The johor umno adun must have run out of idea n out of his mind 2propose hudud in johor including non-Muslims. MCA will definitely object it” – TMT

Sebenarnya ...

Sebenarnya banyak lagi kenyataan-kenyataan dari pemimpin DAP dan MCA berkaitan menegakkan syiar Islam di Malaysia ni. Cuma kalau MCA yang cakap, kawan dia UMNO tutup mulut begitu juga ulamak PAS akan tutup mulut apabila yang bercakap tu kawan dia dari DAP.

Maka kalau dihalusi tampak jelas kelemahan orang melayu Islam dan orang Islam tak kira apa bangsanya dalam hal mempertahankan usaha menegakkan sistem dan perundangan Islam di negara ini. Kelemahan ini ditutup dengan ulasan-ulasan yang dipenuhi dengan berbagai alasan menutup kelemahan diri yang ada.

Mungkin penguasaan ekonomi DAP dan MCA menjadi punca PAS dan UMNO kengerian untuk bertegas dalam mempertahankan usaha menegakkan sistem Islam yang sebenarnya. UMNO sejak dulu mewar-warkan menerapkan nilai-nilai Islam dan PAS pula sibuk dengan hudud. Antara keduanya pula asyik cabar mencabar sesama sendiri menampak kehebatan masing-masing yang sebenarnya tidak berkemampuan menegak Sistem pemerintahan dan perundangan Islam.

Kita bicara melalui pemerhatian dan apa yang kita baca samada di media milik UMNO mahu pun milik Pas atau pun milik mereka yang bebas.

Di saat ini wajib bagi PAS dan UMNO bersatu..demi Tuhan agar kekuatan umat Islam tak kira apa bangsa dapat dibina semula. Orang-orang Islam di PKR wajib juga menyeberang ke UMNO atau pun PAS. Jangan biarkan orang Islam hidup bertompok-tompok, berlonggong-longgong berasingan yang mana akan menghilangkan kekuatan dan kesatuan umah.

Bak kata orang lama, kalau tiada yang makan rasuah tentu tiada golongan yang berani angkat muka lebih-lebih. Andai peerima rasuah bersatu dan berhenti menerima rasuah tentunya pemberi rasuah akan terkedu tidak boleh buat apa.

Maka ingin disimpulkan samada yang berserban mahu pun bersongkok, disebabkan kamu meminta diri kamu di pertanggungjawabkan dalam menegakkan syiar Islam di negara ini, maka jangan tunggu lama-lama bersatulah. Terlambat nanti, kamu juga akan menjawab di depan Tuhan tak kiralah kamu ulamak PAS atau pun bijak pandai UMNO.

Melalui sistem demokrasi, tidak boleh dinafikan bahawa kamu-kamu yang meminta diri kamu dipilih untuk menjadi pemimpin kami. Kamu-kamu yang berkempen agar kamu dan parti kamu dipilih. Namun mesti dingat, tanggungjawab yang lebih besar yang mesti dijawab adalah kepada Tuhan, bukan kami rakyat yang mudah dikelirukan ini.

UMNO PAS mesti tulus dan telus dalam ikhlas kepada Tuhan. Langkah awal, bersatulah demi persaudaraan Se Islam yang bakal diikuti dengan usaha bersepadu dalam menegakkan Islam di Malaysia ini tanpa ragu dan gayat lagi setiap kali DAP dan MCA bersuara.

UMNO PAS mesti bersama mempertahankan Islam dari golongan yang tidak suka tertegaknya Islam. Bukan MCA dan DAP sahaja, malah mereka yang suka berkuasa dan bermaksiat juga tidak suka hukum Islam ditegakkan, tanpa mengira didarjat mana mereka berada di mata dunia..



Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title