Jul 6, 2012

MUZAKARAH MEMPERKUAT KEROHANIAN DAN ASPIRASI GURU UGAMA


Teks Ucapan Tetamu Kehormat 

Muzakarah Memperkuat Kerohanian dan Aspirasi Guru Ugama


DR HAJAH MASNON BINTI HAJI IBRAHIM
RA’ES KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

Sedutan dari ucapan beliau ...


Dengan yang demikian, menurut Prof Hannas al-Zahrani, seorang GURU UGAMA sepatutnya berkeperibadian tertentu yang melayakkannya menjalankan tugasnya dan mencapai kejayaan daam menunaikan misinya sebagai GURU UGAMA, seperti berikut :

1. Al-Rabbaniyyah iaitu sentiasa bersandarkan kepada Allah dalam peribadatan dan penujuannya dengan mentaati perintah Allah Subhanahu wa Ta`ala. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 79 :


مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

Maksudnya:

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

(ayat dan ertinya di tulis semula oleh Islam Browser)

2. Ikhlas iaitu bagi melengkapkan sifat al-Rabbaniyyah. Ia adalah kaedah yang paling Berjaya dalam menyampaikan tujuan-tujuan yang mulia. Allah tidak akan amal ibadat seseorang kecuali ianya dikerjakan dengan sifat ikhlas.

Bersifat ikhlas adalah wajib dalam menuntut ilmu dan dalam mengerjaan sesuatu amal ibadat atau ketaatan kepada Allah. Semua kita di sini percaya tugas GURU UGAMA adalah suatu ibadat dan berbuat ketaatan iaitu menunaikan perintah Allah dalam mengajarkan imu-ilmu UGAMA yang merupakan fardhu `ain. Dalam persediaan untuk menjadi GURU UGAMA itu terlebih dahulu belajar dan menuntut ilmu bagi dicurahkan kepada para pelajar. Ia memerlukan sifat ikhlas semasa menuntut untuk disampaikan kerana menunaikan perintah Allah tersebut. Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam :

"من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة"

Ertinya:

“Barangsiapa yang menuntut ilmu bagi tujuan mendapat keredaan Allah, sedang dia tidak mempelajarinya melainkan untuk urusan mendapatkan bahagian daripada dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya dia tidak akan dapat mencium bau Syurga pada hari Kiamat kelak”.
Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah

3. Al-Sabr iaitu sifat sabar yang memberi kekuatan pada jiwa seseorang. Seorang GURU UGAMA yang bersifat dengan sifat sabar akan sentiasa merasa nikmat pekerjaannya kerana percaya akan masa depan dan cahaya kecemerlangan, kegembiraan balasan yang akan diterimanya dengan bersifat sabar iaitu Syurga Allah sepertimana dalam firman Allah dalam surah Ali `Imran, ayat 142 :


أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Adakah kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang Yang berjihad (yang berjuang Dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang Yang sabar (tabah dan cekal hati Dalam perjuangan)?


4. Al-Hulm iaitu sifat bertimbangrasa yang boleh membantu seorang GURU UGAMA dalam menjayakan perananya sebagai GURU UGAMA dan tanggungjawabnya dalam pendidikan. Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam kepada Ashji `Abd Qays :

“إن فيك خصلتين يحبهما الله : الحلم و الأناة”

Ertinya :
”Sesungguhnya dalam dirimu ada 2 sifat yang mana kedua-duanya disukai oleh Allah : al-hulm (timbangrasa dan tabah atau cekal)”

5. Al-Rifq iaitu sifat baik hati dan penyayang. Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam :

“إن الله رفيق، يحب الرفق ويعطي على الرفق ما لا يعطي على العنف و مالا يعطي على سواه”

Ertinya :

”Sesungguhnya Allah itu baik hati lagi penyayang, suka kepada kebaikan dan Ia member kepada orang yang beik hati dan penyayang apa-apa yang tidak diberikannya kepada orang yang pemarah bahkan tidak diberikannya kepada selain daripadanya”.

6. Al-Tawadu`iaitu sifat rendah diri dan mengetahui kemampuan dirinya serta menjauhi sifat sombong atau angkuh. Sabda Rasulullah sallallahu `alahi wa sallam :

"ليّنوا لمن تعلمون ولمن تتعلمون منه"

Ertinya :

“Berlemah lembautlah kepada siapa yang mengajar kamu dan kepada kamu belajar daripadanya”

"تغفلون عن أعظم العبادة : التواضع"

Ertinya :

“Kamu lalai daripada sebesar-besar ibadat iaitu tawadhu`”

7. Al-Wara`iaitu sifat wara`yang sentiasa berhati-hati menjauhi syubhat dan takut untuk meletakkan dirinya dalam keadaan yang boleh membawa tuhmah (tuduhan) atau menyebabkan timbul buruk sangka.

8. Husn al-Khulq iaitu akhlak yang baik sepertimana dalam misi perutusan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam sebagai Rasul, dalam sabda baginda :

"إنما بعثت لأتمم حسن الخلق"

Ertinya :

”Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”.


Ikutilah ucapan penuh dari posting asal di kupu-sb.edu.bn

 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title