Jul 18, 2012

Peraturan Agama di atas Semua


Anda seorang Ulama, Ustaz, Ustazah, Pensyarah, Penceramah, Cikgu atau Guru, percayalah anda hanya seorang Ulama, Ustaz, Ustazah, Pensyarah, Penceramah, Cikgu atau Guru di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi seorang yang bertitle Ulama, Ustaz, Ustazah, Pensyarah, Penceramah, Cikgu atau Guru, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.

Anda seorang raja, percayalah anda hanya seorang raja di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi raja, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.

Anda seorang perdana menteri, percayalah anda hanya seorang perdana menteri di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi perdana menteri, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia. 

Anda seorang wakil rakyat, percayalah anda hanya seorang wakil rakyat di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi seorang wakil rakyat, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia. 

Anda seorang ketua kampung atau penghulu, percayalah anda hanya seorang ketua kampung atau penghulu di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi ketua kampung atau penghulu, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.  

Anda seorang tuan DO, percayalah anda hanya seorang tuan DO di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi tuan DO, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.

Anda seorang penjawat awam di jabatan kerjaan, percayalah anda hanya seorang penjawat awam di jabatan kerjaan di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi penjawat awam di jabatan kerjaan, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.

Anda seorang anggota polis, askar, pegawai kastam, staff di pejabat tanah dan lain-lain jabatan yang memikul amanah besar yang diberi oleh kerajaan percayalah anda hanya seorang anggota polis, askar, pegawai kastam, staff di pejabat tanah dan lain-lain jabatan yang memikul amanah besar yang diberi oleh kerajaan di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi anggota polis, askar, pegawai kastam, staff di pejabat tanah dan lain-lain jabatan yang memikul amanah besar yang diberi oleh kerajaan, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.

Anda seorang pekerja di syarikat swasta, percayalah anda hanya seorang pekerja di syarikat swasta di dunia ini sebelum anda mati. Di alam barzah nanti anda bukan lagi pekerja di syarikat swasta, anda cuma seorang hamba yang bakal dihakimi amanah dan tanggung jawab sewaktu di dunia.

Anda seorang Islam atau Muslim, percayalah anda bakal dihakimi atas semua perkara di dunia. Amanah terhadap agama, ibu bapa, anak-anak, masyarakat, haiwan peliharaan, rezeki diperolehi, hasil seni, penulisan dan dan segala yang telah ditentukan Tuhan untuk anda.

Kita dan saya bertanggungjawab atas apa kita dan saya cakap dan buat akan kesannya kepada orang lain.Itu hakikatnya ...









Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title