Aug 31, 2012

Merdeka !! Merdeka !!


Selepas 340 tahun dijajah, setelah menikmati kegemilangan di kota Melaka yang amat masyhur itu, gerbang kota A famosa akhirnya menjadi bukti kesatuan umat ini pernah digugat oleh orangnya sendiri oleh keinginan meluap dan kemahakkan kuasa.


Kini sejarah seolah ingin diulangi ... jangan biarkan fitnah yang lebih besar menguasai suasana hanya kerana bencikan fitnah yang sememangnya sedang melanda ...



Merdeka !! Merdeka !! jeritan merdeka ! merdeka ! hanya retorik minda dan rasa sedangkan kita masih lagi menjadi bangsa dan umat yang mudah sekali dipergunakan emosinya untuk orang berkepentingan melempiaskan hajat mereka ..


tiada merdekanya kita andai fikiran dan hati dibelenggu ketaksuban, kemalasan memfokus dan berterusan merajakan keegoan dalam tindakan.


kita bukan bodoh ..cuma kita mudah diperdaya, dilekakan dan kerap hanyut dalam emosi angkara tiada keinginan untuk membina kekuatan fikiran.


Jangan pandang siapa mereka tapi pandanglah apa yang mereka buat dan kesannya.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title