Aug 12, 2012

Sketsa : Pra Raya di hujung Ramadhan - Setan dibelenggu Aku masih serupa dulu

Melihat dari mata dan rasa.

Raya makin dekat. Suasana ramadhan pula makin terurai, makin teruap.

Terurai teruap dek langsir raya yang baru siap, kueh raya dan lagu raya di pasaraya cina, kesibukan artis memerdukan suara berlagu raya di kaca TV di corong FM pilihan kita

Maka hati makin teruja menghayati suasana pra raya

Orang sedang teraweh terkata-kata dalam hati, adalah sorang yang terleka tentunya bukan saudara dan saudari yang sedang membaca. Siapalah mangkok ayun ni, di sebalik suasana teraweh sendiri yang makin mengurang safnya, makin kurang kemeriahannya disengaja uraikan dek mercun macam bom, dek meneman ke pasaraya mencari keperluan dan aksesori raya

Lumrah ramadhan dunia melayu agaknya. Hati makin tak larat rasanya meneguhkan impian dan harapan semalam.

Oh Ramadhan !! kita jumpa lagi tahun depan kalau masih sempat ... dalam lesu hati sedih rasa melepaskan impian bertarai di lantai kereta.

Melihat ke dalam mata dan rasa pula.

Walau pun ramadahan belum berakhir, ini tahun memang fel, memang jelas gagalnya macam yang dulu-dulu juga. Impian tinggal kenangan. Impian tempohari dikira jari, gagal mencecah hari seperti diharap hati sendiri. Taatnya sehari dua, lepas tu balik macam biasa.

Harapan masih ada, positif thinking kata hati, namun hingga malam tadi hati termenung seketika seraya berkata, rasanya masih tiada beranjak paradigma sikap dan kebiasaan perangai aku ni, masih sama keinginan hati seperti sebelum ramadhan bertandang datang jee ni .. uhh !!



Terngiang di telinga Ustaz kata


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekonyong-konyong fikiran mendatangkan pertanyaan di hati, begitu kalu, kenapa gagal, kenapa aku ni payah sangat mencapai impian.. uhh kenapa.. kenapa ?? Tengok yang rajin ke surau, yang rajin mengaji, bestnya dia orang nih.. untungnya .. tapi kenapa aku payah sangat nih..bulan ramadhan pun payah juga..tu yang pelik .. benak dipalu soalan dari hati yang mula sayu ...

Melihat berbayang tergambar depan mata

Lalu mencari di dalam Quran. Pheh !! lega akhirnya jumpa. Di mulakan dengan nama Allah di dalam bahasa Al Quran ...

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
Muhsin Khan
And so We have appointed for every Prophet enemies - Shayatin (devils) among mankind and jinns, inspiring one another with adorned speech as a delusion (or by way of deception). If your Lord had so willed, they would not have done it, so leave them alone with their fabrications. (Tafseer Qurtubi, Vol.7, Page 67)
Malay
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. 
Surah الأنعام   ayatnya 112

Setan terdiri dari manusia dan jin kata Tuhan di dalam Quran. Setan telah di rantai di ramadhan, ustaz ustazah time ceramah jarang miss ayat ni, namun tak perasan agaknya selama ini, yang di rantai bukanlah setan dari golongan manusia.. I see.. apakah ini sebabnya aku masih begini.. semanjang gagal...

Entahlah ..hari ini kan ku cuba lagi ... putus asa tidak sekali, akan ku cuba menganjakkan diri menjadi manusia di kasihi Ilahi..

==============================

Di atas cuma sketsa, 
tiada jawapan
hanya keresahan orang yang malang 
dek tangannya sendiri.

Syaitan telah di rantai kenapa masih gagal
Mungkin jawapannya ada di sini, silalah klik

==============================

Sabtu, 30 Julai 2011


Syaitan dirantai tetapi umat masih buat dosa

Syaitan dikatakan dirantai sepanjang bulan Ramadan tetapi kenapa masih ada umat Islam melakukan dosa. Apakah peranan syaitan masih ada?

Jawapan: Memang ada hadis yang menyebut bahawa syaitan dirantai dalam bulan Ramadan. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Hadis yang pendek ini memberi maksud bahawa peluang untuk umat Islam meraih pahala dibuka seluasnya dalam bulan Ramadan. Umat Islam boleh lakukan sebanyak mungkin ibadah tanpa gangguan syaitan. Hadis ini juga memberi maksud bahawa peluang untuk melakukan dosa sudah ditutup.

tanyamasalah.blogspot.com 


Ust Azhar Idrus- [ Puas Nafsu ] Ramadhan  






Ustaz Ismail Kamus [ Kenapa Allah Cipta Syaitan ]



Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title