Sep 5, 2012

Hati Nan Suci - Sincere Heart


Andai perasaan kita baik, tentu semuanya akan nampak baik kerana yang mempengaruhi pemandangan, pemikiran dan hati adalah perasaan. Yang paling teruk menerima kesan dari perasaan adalah hati. 


Kesiankan kita andai hati tidak berjaya disucikan dari perasaan yang buruk apatah lagi keji.

Ada orang yang takdir hidupnya tidak memiliki banyak perkara yang diimpikan oleh manusia lainnya, namun dia bahagia dan sejahtera. Hatinya yang suci dari perasaan keji, berhiasa pula keindahan budi, bahagia dia.


Pelik juga memikirkan bagaimana hati mereka boleh sebegitu rupa. Antara yang dapat dikenal pasti penyebab utamanya ... ikhlas kepada Tuhan telah berjaya dihampar ke dasar dan di permukaan hati mereka. Bila ikhlas menguasai hati, terbitlah pemikiran dan pandangan hidup yang murni dan redha.


Maka berjalanlah mereka ke mana saja, lapang dada tenang jiwanya kerana tiada syaitan yang bisa menguasai hati dan pemikirannya lagi.


Janji Tuhan pada iblis, ....
tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (yang beriman dengan ikhlas) ... 

Terjemahan Melayu dari ayat di Quran


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).


Indeed, over My [believing] servants there is for you no authority. And sufficient is your Lord as Disposer of affairs. 
Al-Quran 17:65 

wallahu'alam

Sincerity إخلاص Ikhlas Towards Allah 

Ikhlas beginning for all

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title