Sep 1, 2012

Utamakan Kesatuan Umat Islam Lebih Dari Semangat Politik


Orang Kurdis tiada bernegara hingga kini walhal Salahuddin Al Ayubi yang berbangsa kurdis adalah panglima besar di dalam sejarah Islam dan menjadi kebanggaan kita semua hingga kini. Di mana silapnya umat, di mana salahnya kita yang dahulu.

Jangan diremehkan kemerdekaan yang dinikmati, jangan tidak diendahkan kesatuan umat Islam tak kira apa bangsanya. Hanya di suatu titik kesilapan yang kita buat kesannya berkurun lama nak ditanggung.

Jangan kerana politik mereka kita berpecah belah, jangan kerana mereka yang pelik dan pening nak berkuasa kita melarah.

Jangan kerana title ulama kita percaya dan angguk saja. Jangan kerana bijak menjana ekonomi kita jadik pak turut pula.

Jangan percaya pemimpin kafir biar pun mereka kelihatan tulus dan ikhlas kerana kita dilarang Tuhan untuk mempercayai orang-orang kafir seperti yang boleh kita baca dari ayat berikut. Terjemahan melayunya ..

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. 
-Al imran ayat 118

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

- Al Imran ayat 119

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.

- Al Imran ayat 120

Ayat di atas mungkin tuan guru pas dan ustaz umno elak nak baca sewaktu ceramah pilihanraya atau kalau dibaca pun, tentu ada tapinya ... Cuma agakkan saya. Wallahu'alam.
Cuba kita amati apa yang keluar dari mulut pemimpin Dap dan Mca apabila disebut tentang negara Islam dan hudud. mereka semua sama sahaja pada prinsipnya. Menentang secara terangan, menentang habis habisan malah bicaranya tak segan silu. Malah kita pula di minta lepaskan itu dan ini hak yang telah ditentukan Tuhan untuk kita umat Islam. Terbukti di depan mata, sohih di cuping telinga dan kita semua boleh mendengar samada di youtube atau membacanya di muka akhbar. 

Apa yang dikatakan oleh Tuhan yang maha tahu isi hati manusia ciptaanNya itu, buktinya ada di depan mata melainkan kita ini taksub atau sengaja pekakan telinga kerana telah terjuzuk di dalam himpunan yang disebut sebagai para taksuban tegar.

.... malangnya segelintir dari kita percaya pula apa yang mereka katakan dan mengutamakan pakatan sesama manusia dari arahan Tuhan. Malah yang menambah pelik tok guru pun ikut percaya dan ada pemimpin samada dari Umno mahu pun Pas atau Pkr yang terpaksa pula menafikan ada menyebut tentang penubuhan negara Islam dan menegakkan perundangan Islam di dalam ceramah atau kenyataan yang mereka buat. Dijerkah sikit oleh Dap dan Mca kalut tak menentu pula mereka yang kononnya alim co'ot dan bersemangat waja itu tadi.

Ingatlah, bukan mudah untuk mencari seumpama Salahuddin yang pernah berjaya merampas kembali baitulmugaddis. Oleh itu jagalah apa yang kita ada. Jangan sampai jadi seperti orang kurdis yang hilang negara. Jangan sampai jadi umat Islam di sesetengah negara, azan pun kena perlahankan suara. Jangan biarkan kebaikan yang di kurnia Tuhan selama ini bertarai dek emosi dan hasutan ahli politik samada mereka Pas, Umno mau pun Pkr. Elakan sengketa sesama Islam malah wajib kita bersatu kerana itu perintah Tuhan biar pun tok guru kata tok sei lagu tu..

Orang cina juga berpolitik namun kesatuan dan semangat one china tetap mereka utamakan.. Kenapa kita umat Islam tak kiralah samada dia bersongkok atau berserban atau kepalanya togel memandang remeh perihal kesatuan umah dengan membiarkan perasaan dan pemikiran dikuasai oleh mereka yang pandai bermain kata. Sedangkan kita umat Islam percaya perintah Tuhan agar kita bersatu itu benar dan mesti.

pelikan kita ni ... wallahu'alam
Akhirkata ...

Merdeka !! Merdeka !!

Selepas 340 tahun dijajah, setelah menikmati kegemilangan di kota Melaka yang amat masyhur itu, gerbang kota A famosa akhirnya menjadi bukti kesatuan umat ini pernah digugat oleh orangnya sendiri oleh keinginan meluap dan kemahakkan kuasa.

Kini sejarah seolah ingin diulangi ... jangan dibiarkan fitnah yang lebih besar menguasai suasana dan diri kita hanya kerana bencikan fitnah yang sememangnya sedang melanda ...sedangkan masih ada caranya untuk merundingkannya asal saja kita umat Islam bersatu hati dan mengutamakan perintah Tuhan melebihi "fatwa" ahli politik.


Prinsipnya Mereka Serupa

Karpal akan saman Nasharuddin

Oleh Lisa J. Ariffin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.
Pengerusi DAP Nasional itu (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.”

Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.
“Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik,” tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan “kafir harbi” dan mengelarkan haram menyokong DAP.

Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud.

Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan “memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam.”

Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.

“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi.

Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.

“Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya.”

Nasharuddin sebelum ini berkata “saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.”

“Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.
“Pelaksanaan hudud memerlukan standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf ‘beyond any shadow of doubt’ iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam,” kata Nasharuddin.

Kenyataan Nasharuddin yang mendesak PAS agar segera keluar dari PR di TV3 juga menarik perhatian banyak pihak.

Kemudian ia ditambah lagi apabila gambar beliau di Mekah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ulama Mekah disebarkan, dan timbul spekulasi yang mengatakan beliau telah meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Bagaimanapun, Nasharuddin menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyertai Umno.

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” katanya lagi.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title