Oct 23, 2012

Mazhab Al Asy’ariah - Prinsip dan Sejarahnya oleh Prof. dr. Muhammad Al-Zuhaili terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Mazhab Al-Asy’ariah - Prinsip dan Sejarahnya
oleh:
Prof. dr. Muhammad Al-Zuhaili
Terjemahan oleh:
Dr. zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Terbitan:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Mazhab Al-Asy’ariah - Prinsip dan Sejarahnya

Pertama: Kemunculan Mazhab Asy’ariah
Kedua: Prinsip-prinsip Asy’ariah
Ketiga: Cara-cara Perbahasan di Sisi Asy’ariah
Keempat: Perselisihan Antara Golongan Asya’irah dan Maturidiah
Kelima: Antara Permasalahan Khilaf yang Penting
Keenam: Tempat atau Kedudukan Golongan Asya’irah Dalam Masyarakat
Ketujuh: Ulama yang Masyhur di Kalangan Asya’irah
Kesimpulan

Berikut sedutan dari buku berkenaan

1- Sebenarnya saya terpanggil untuk menterjemah buku ini kerana suasana yang berlaku terkadang-kadang membawa kepada salah faham berkenaan dengan mazhab Abi Hasan al-Asy’ari. Tambahan pula, terlalu banyak pendapat dan lontaran pemikiran yang kadang-kadang diambil dari sebelah pihak tanpa mengenali asal usul tokoh seperti Imam Abu Hasan al-Asy’ari ini. Lebih parah lagi, sangkaan berkenaan dengan tokoh ini yang bukan realiti dan sebenarnya. Untuk menambahkan maklumat, kefahaman dan ilmu, saya juga menotakakikan beberapa istilah atau huraian yang dirasakan perlu untuk para pembaca. Di samping itu, sebahagian tokoh diterjemahkan biografinya secara ringkas agar dikenali tokoh yang dibincangkan itu dengan sebaik-baik. Harapan saya buku yang bersaiz kecil ini dapat menyelesaikan permasalahan berkaitan prinsip yang diimani oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari. - Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

2- Mazhab Asy’ariah dinisbahkan kepada pengasasnya dan pemimpin utamanya al-Syeikh Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari yang dilahirkan di Kota Basrah pada tahun 260H dan meninggal dunia di Kota Baghdad
pada tahun 324H.

3- Ketika itu juga muncul seorang lagi imam pembawa petunjuk, iaitu Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi. Beliau dilahirkan pada pertengahan kurun ke-3H dan sempat hidup sezaman dengan Abu Hasan al-Asy’ari tetapi beliau menetap di Samarkand dan juga negeri di belakang sungai (Khurasan).

4- Dua mazhab ini tidak datang untukmembawa akidah Islam yang baru. Mereka tidak melakukan bid’ahdengan menambahkan pendapat, tetapi sebaliknya berusaha menguatkan akidah Islamiah yang sahih yang datang dalam bentuk al-Quran dan al-Sunnah.

5- Ibn al-Subki berkata: Ketahuilah bahawa Abu al-Hasan tidak pernah merekacipta pendapat yang baru dan juga mazhab, tetapi sebenarnya beliau mengikrarkan segala mazhab salaf dan mempertahankan pegangan sahabat Rasulullah SAW. Justeru, menisbahkan kepadanya semata-mata dan beliau mengikat jalan salaf dengan ikatan yang kukuh, berpegang dengannya serta mengemukakan segala hujah dan bukti. Justeru, jadilah orang yang mengikuti beliau, berjalan mengikut hujah dan dalilnya dikenali sebagai al-Asy’ari.

6-  Cara-cara Perbahasan di sisi asy’ariah

Puak Asy’ariah bergantung dalam perbahasan berkenaan isu akidah atas dua perkara:

i. Penggunaan dalil naqli.

Dengan apa yang sabit dalam al-Quran dan hadis yang mulia berkenaan sifat-sifat Allah, Rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan ikrar serta pengakuan berkenaan malaikat, hisab, balasan seksa dan pahala, syurga dan neraka. Mereka berhujahkan kepada semua zahir nas berkenaan ayat-ayat yang disangka membawa kepada
penyerupaan serta membersihkan Allah daie sebarang keserupaan dan perbandingannya. Mengisbatkan semua sifat bagi Allah yang ia sabitkan untuk diri-Nya serta yakin dan jazam bahawa sifat-sifat-Nya bukan seperti sifat makhluk, sekalipun bersamaan pada sudut namanya kadang-kadang. Ini kerana firman Allah SWT: Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Untuk membacanya bolehlah di download dari link berikut

 Mazhab Al-Asy'ariah Prinsip & Sejarahnya
Terbitan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia











Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title