Oct 4, 2012

Prophet Muhammad delegation in Eastern Europe - Delegasi Nabi Muhammmad di Eropah Timur

Jejak Rasul
 (Trail of Messenger)
A TV3 Documentary
presented in Bahasa Melayu
with English Subtitles


Prophet Muhammad
 صلى الله عليه وسلم
delegation in Eastern Europe
 Delegasi Nabi Muhammmad 
صلى الله عليه وسلم 
di Eropah Timur

Russian Muslim - Muslim Rusia


 


Uploaded by on Aug 2, 2011
Please visit now and watching more video on
you can start from here
to follow from the Episode 1  
(as the above posting) 
at the bottom of the page to the next Episode.

Following translation done through translate.google.com

About Jejak Rasul 17 - Trail Messenger 17
10.08.2011 

Jejak Rasul (Trail of Messenger) an academic documentary program that is synonymous with TV3 at every time of the arrival of Ramadan al-Mubarak, is back again. After featuring various stories of the Prophets, Apostles and companions, in the series in 17 years this time goes one step further by showing little variation through the display "Muhammad's legacy in Eastern Europe". For the first time introduced in the HD format, series 30 episode invites viewers reveals the rise of Islam in Eastern Europe to explore the culture, customs and history of the past life of Muslims of Slavic descent, Tatar and Caucasus in Russia and Ukraine.

Documentary series that has won several awards this publication will reach audiences throughout the month of Ramadan TV3, beginning August 1, 2011, 6.30 pm for 30 minutes each day. Consequently, the launch of the latest season Trail Messenger 17: Muhammad's Legacy In Eastern Europe these last days and graced with the presence and dif honor as the Honourable Dato 'Sri Anifah Haji Aman, Malaysian Foreign Minister and accompanied by Mr. Ahmad Izham Omar, Chief Operating Officer of Media Prima Television Networks: Her Excellency Lyudmila G Vorobyeva, Russia's ambassador to Malaysia: His Excellency Mr. Ihor V. Humennyi, Ambassador of Ukraine to Malaysia and Tuan Haji Abdul Rani bin Lebai Jaafar, Chief Executive Officer and Managing Director of RHB Islamic Bank Berhad.

According to Mr. Ahmad Izham Omar, Chief Operating Officer, Network Television, Media Prima Berhad, "Messenger Trail Program is synonymous with TV3 and after 16 seasons aired, now become the 'signature' and the pride of television stations in which it has been recognized internationally. Yet others say incomplete Ramadan evening atmosphere in the absence of popular religious program format documentaries like this messenger Trail. For the latest season, trail crew messenger history by once again managed to produce 30 episodes a special focus in order to trace the legacy of the Prophet Muhammad in Eastern Europe. We are very thankful for all things on earth simplified although Russia and Ukraine and the production crew had to deal with the problem of bad weather as winter, when communication problems in foreign land while trying to adjust and new publishing concept of the high-definition format ( HD). "

"Here, on behalf of TV3 and Primeworks Studio, I would like to thank all parties involved especially Russian Ambassador to Malaysia, Ambassador of Ukraine to Malaysia and academics who have good cooperation in order to facilitate the process of filming," added Izham .

Trail Crew Messenger 17 production started filming session in Russia and Ukraine from mid-March to mid-April 2011 in which a group led by Mazlin Nordin as director cum producer recording live in Moscow and Ukraine. Group B run by Wan Farid Wan Mohamed as publishers & journalists at City St. Peterburg & Tatarstan and C group led by Mat Nasir Yusof as publisher and journalist in Dagenstan & Chechnya.

Follow the adventures of Tracks messenger throughout the winter in Moscow, St. Petersburg and Tatarstan in tracing the history of the advent of Islam in the seventh century 10. Embrace findings such as mosques allowed to operate in the Communist era and how the Tatar Muslim traders spread Islam to North Russia. Total of Islam has increased from 12 million people during the Communist era to the 23 million people currently. Number of mosque is also improved from 300 to 8000 units to meet the needs of the Muslim population after Islam would be the second largest religion in Russia.

In addition, traces of the Prophet 17 also brings the audience to enjoy the panoramic view of spring in Dagestan, Chechnya, Kiev and Crimea. Muslim Life at Sea shore of the Caspian Sea and Black are found unravel the early history of Islam into Russia earth of the 8th century by Arab fighters. View Trail travel experiences Messenger 17 with visual quality HD (High Definition) will refresh the audience during Ramadan this year.
The original transcript in Bahasa Melayu (Malay Language)

Jejak Rasul 17
1055327 10/08/2011

Rancangan Jejak Rasul, dokumentari berbentuk ilmiah yang sinonim dengan TV3 setiap kali tibanya bulan Ramadan al–Mubarak, kini kembali lagi. Setelah memaparkan pelbagai kisah para Nabi, Rasul serta sahabat, siri yang masuk tahun ke-17 kali ini melangkah setapak lagi dengan menampilkan sedikit kelainan melalui paparan “Legasi Muhammad S.A.W di Eropah Timur”. Buat pertama kalinya diperkenalkan dalam format HD, siri 30 episod ini mengajak penonton menyingkap kebangkitan Islam di Eropah Timur dengan menyelami budaya, resam hidup dan sejarah lampau penduduk Islam berketurunan Slavic, Tatar serta Caucasus di Russia dan Ukraine.

Siri dokumentari yang pernah memenangi beberapa anugerah penerbitan ini akan menemui penonton TV3 sepanjang bulan Ramadan ini, bermula 1 Ogos 2011, jam 6.30 petang selama 30 minit setiap hari. Sehubungan itu, majlis pelancaran musim terbaru Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur berlangsung hari ini dan diserikan dengan kehadiran tetamu dan dif kehormat seperti Yang Berhormat Dato’ Sri Anifah Haji Aman, Menteri Luar Malaysia dan ditemani oleh En. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad: Puan Yang Terutama Lyudmila G Vorobyeva, Duta Besar Persekutuan Rusia Ke Malaysia; Tuan Yang Terutama Mr. Ihor V. Humennyi, Duta Besar Ukraine Ke Malaysia dan Tuan Haji Abdul Rani Bin Lebai Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad.

Menurut En. Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, “Program Jejak Rasul sudah sinonim dengan TV3 dan setelah 16 musim bersiaran, kini menjadi program ’signature’ dan kebanggaan stesen televisyen di mana ia turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. Malah ada juga yang berkata tidak lengkap suasana petang Ramadan jika tiada program popular keagamaan berformat dokumentari seperti Jejak Rasul ini. Untuk musim terbaru, kru jejak rasul sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan 30 episod yang ditumpukan khas dalam usaha menjejaki legasi Nabi Muhammad S.A.W di Eropah Timur. Kami berasa amat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan di bumi Russia dan Ukraine walaupun kru dan pihak produksi terpaksa berhadapan dengan masalah cuaca buruk kerana musim salji, masalah komunikasi ketika di bumi asing di samping cuba menyesuaikan diri dan konsep penerbitan yang baru iaitu dalam format definisi tinggi (HD).”

“Di sini, bagi pihak TV3 dan Primeworks Studio, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Duta Russia ke Malaysia, Duta Ukraine ke Malaysia dan ahli-ahli akademik yang telah memberikan kerjasama baik bagi memudahkan proses penggambaran,” tambah Izham.

Kru produksi Jejak Rasul 17 telah memulakan sesi penggambaran di Russia dan Ukraine dari pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan April 2011 di mana kumpulan A diketuai oleh Mazlin Nordin selaku penerbit merangkap pengarah menjalani rakaman di Moscow dan Ukraine. Kumpulan B dikendalikan oleh Wan Farid Wan Mohamed selaku penerbit & wartawan di Bandar St. Peterburg & Tatarstan serta kumpulan C yang diketuai oleh Mat Nasir Yusof selaku penerbit dan wartawan di Dagenstan & Chechnya.

Ikuti pengembaraan Jejak Rasul sepanjang musim sejuk di Moscow, St. Petersburg dan Tatarstan dalam mengesan sejarah kemasukan Islam pada kurun ke 10. Hayati penemuan-penemuan seperti Masjid yang dibenarkan beroperasi pada era Komunis dan bagaimana pedagang Islam Tatar mengembangkan Islam ke Utara Russia. Jumlah penganut agama Islam telah bertambah daripada 12 juta orang semasa era Komunis kepada 23 juta orang pada masa kini. Bilangan masjid juga semakin bertambah daripada 300 kepada 8000 buah untuk memenuhi keperluan penduduk Islam setelah agama Islam menjadi agama kedua terbesar di Russia.

Selain itu, Jejak Rasul 17 turut membawa penonton menikmati keindahan panorama musim bunga di Dagestan, Chechnya, Kiev dan Crimea. Kehidupan masyarakat Islam di persisir Laut Caspian dan Laut Hitam yang ditemui membongkar sejarah awal Islam memasuki bumi Russia pada kurun ke 8 oleh pejuang Arab. Paparan pengalaman perjalanan Jejak Rasul 17 dengan kualiti visual HD (High Definition) bakal menyegarkan penonton sepanjang Ramadan tahun ini.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title