Oct 25, 2012

Pusat Pendidikan Al Barakah

Info Islam Browser 


Sejak dibangunkan hampir 6 tahun lalu, Pusat Pendidikan Al Barakah kini semakin dikenali oleh semua dan terus berkembang dengan pesatnya. Banyak tanah dan kawasan persekitaran yang sekarang menjadi hak milik Al Barakah dan diatasnya terdapat pondok-pondok wakaf dan juga prasarana lain seperti asrama anak yatim dan juga asrama untuk pelajar Maahad Tahfiz.


 
Terdapat juga kawasan yang agak jauh dari Ipoh yang telah dijadikan sebuah sekolah dan juga asrama Maahad Tahfiz seperti Maahad Tahfiz Al Barakah (Cawangan Kota Pagar) di Parit Perak yang terletak kira-kira 40 kilometre dari Bandaraya Ipoh. Pusat ini menempatkan kira-kira 20 orang pelajar rendah dan juga beberapa kakitangan termasuk guru.

Pembinaan dan kerja baik pulih bangunan kolej Maahad Tahfiz Al Barakah di sebuah tanah berdekatan Al barakah juga hampir siap. Hampir 70% struktur dalamannya sudah dinaik taraf dan diubah suai mengikut keperluan penghuninya. Rumah banglo besar itu yang dahulu tidak berpenghuni dan usang, kini sudah diberi wajah baru dan akan dapat beroperasi tidak lama lagi. Bangunan itu merupakan pejabat dan sekolah Maahad Tahfiz yang bakal digunakan apabila siap nanti. Bangunan asrama pelajar lelaki juga akan dibangunkan di atas tapak yang sama selepas projek yang lain selesai

Manakala di kawasan utama Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu lokasi yang ada sekarang, beberapa projek pembinaan dan proses ubahsuai juga masih berjalan atau sudah sempurna. Di antaranya adalah projek membesarkan Dewan Al Ghazali yang sebelum ini agak sempit apabila jumlah pelajar dewasa yang mengikuti kelas pengajian di sini bertambah. Jubin berkualiti tinggi juga telah dipasang di luar bahagian dewan untuk memeudahkan kerja-kerja pembersihan disamping mencantikkan sekiranya terdapat majlis-majlis tertentu.

Untuk Sekolah Agama Rakyat Al Barakah, Al Barakah telah memperuntukkan sedikit sebanyak belanjawan tahun ini kepada projek menaik taraf kelas sedia ada. Jubin telah dipasang di lantai dan juga di dinding di dalam dan juga diluar bangunan kelas untuk menyejukkan lagi kelas-kelas tersebut demi keselesaan pelajar-pelajar pagi dan petang

Tahun ini juga menyaksikan peningkatan asset infrastruktur utama Al Barakah iaitu pondok moden. Tanah-tanah baru yang dibeli telah dbangunkan pondok di atas secepat mungkin. Namun kebanyakan pondok ini terletak tidak jauh dari kawasan pusat. Tahun ini juga Al Barakah memperkenalkan pondok yang berkonsepkan rumah (lengkap dengan bilik tidur dan ruang tamu).

Apa pun ini adalah merupakan hasil usaha Ustaz Kazim dan juga kakitangan Al Barakah yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi pusat ini. Walaupun terdapat pelbagai rintangan namun usaha sebegini bukan sahaja memuaskan namun ianya adalah satu tanggungjawab yang sangat penting bagi Ustaz yang tidak cukup tidur kesana-kemari mengumpulkan dana pembangunan pusatini. 
Diharap peminat dan warga Islam Malaysia dapatlah sedikit sebanyak membantu usaha murni ini untuk sama-sama meraih keuntungan di dunia dan di akhirat nanti. 
Maklumat Terperinci
@

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title