Nov 15, 2012

Doa Haikal دعا هيكل dan Hukum Membaca

Ketiga-tiga posting berikut berkaitan antara satu sama lain


************

دعا هيكل
 Doa Haikal
 Hukum Membaca akan dia
Ustaz Azhar Idrus
   

 
 Doa Haikal دعا هيكل

هيكل اول

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ


اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
 هيكل ثاني
 
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

 إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 Quran 3:35
سُنَّةَ مَن قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِن رُّسُلِنَا ۖ وَلَا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلًا
  أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
 وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
Quran 17:77 hingga 80

 هيكل ثالث
 
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Quran 2:285 hingga 286
 هيكل رابع
 
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ ۖ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Quran 17:81 hingga 85
هيكل خامس
 
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُن بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِن وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا
يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
 Quran 19:04 hingga 06
 لَّقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا
 Quran 48:27

هيكل سادس
 
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

 قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا
 يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا
وَأَنَّهُ تَعَالَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا
وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا
 Quran- 72:01 hingga 04

هيكل سابع
 
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ
وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ
 Quran 68:51 hingga 52

Ringkasan Susunan Doa Haikal

Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4
Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Diselangi antaranya dengan

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  

dan doa 

اُعِيْذُ نَفْسِىْ بِاللّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Aku memohon perlindungan diriku dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar

Nota :
Doa Haikal di atas mengikut susunan dari  buku Risalah Amal رسالة عمل, susunan Matlub مطلوب, terbitan Pustaka Muda, Ipoh, Perak. Cetakan ke 08 Tahun 1980

Persoalan dan Kenyataan Berkaitan Doa Haikal dan ayat Quran buat amalan seperti yang terdapat di dalam buku Majmuk Syarif

1- Tiada Fatwa Rasmi ditemui sehingga ayat ini ditulis samada di Indonesia, Malaysia, Brunei mahu pun dari laman web Jabatan Agama atau Mufti di Singapura.

2- Boleh didapati hampir di mana-mana surau mahu pun Masjid di Malaysia. ( Di Singapura, Indonesia dan Brunei tidak dapat dipastikan)

3- Terdapat terbitan yang telah membuang keterangan tentang fadhilat amalan sesuatu doa atau ayat yang dikatakan bersandarkan hadis palsu. Contohnya terbitan seperti butiran di bawah ini

Majmuk Syarif مجموع شريف

Terjemahan oleh Drs Abu Taufiqurrahman
Mei 2004 M
Penerbit dan Percetakan PT Karya Toha
Putra Semarang, Indonesia

Tidak dinyatakan tahun diterbitkan dan edisi keberapa










4- Buat yang tidak mengamalkan atau pun pernah mengunakan buku ini, tentulah tiada apa-apa masalah. Namun bagi mereka yang telah mengamalkan doa-doa dari Majmuk Syarif ini tentu ada keresahan yang melanda dan tentunya inginkan kepastian akan apa yang wajar dilakukan.

Diharapkan akan ada fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh majlis fatwa. Ini kerana fatwa biasanya menarik perhatian masyarakat terhadap sesuatu isu.

Islam Browser telah berusaha mencarinya diruang siber dari laman-laman web Jabatan Agama atau Mufti di Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia, sayangnya hingga ke saat posting ini dibuat tidak juga ditemui. Mungkin ada, cuma Islam Browser belum berjaya menemukannya.

5- Bagi orang biasa seperti Islam Browser, terdapat lagi beberapa persoalan di benak memerlukan kepada jawapan yang pasti dan lebih detail selain dari yang telah terjawap di vedio klip di atas agar nanti boleh pula menerangkan kepada anak, cucu dan cicit (jika sempat) akan duduk perkara sebenar tentang buku Majmuk Syarif ini.

Amalan-amalan doa yang disebut di dalamnya tentunya boleh juga kita jumpa di buku-buku atau kitab amalan berjenama lain yang mungkin ditulis tanpa disertakan sandaran palsu. Maka persoalan sebenar bukanlah tentang buku Majmuk Syarif ini tetapi lebih kepada doa-doa yang ditulis di dalamnya.

Persoalannya:

- Apakah hukum membaca dan mengamalkan ayat atau doa yang dicantum-cantum dari ayat-ayat Quran dari surah-surah yang berlainan dalam keadaan kita sedar ianya bukan dari yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w

- Jika diamati tiada apa salahnya tentang doa haikal seperti posting di atas malah kelihatan amat molek untuk diamalkan. Bermula dengan nama Allah diikuti doa memohon diri dilindungi oleh Allah, kemudiannya ada ayat Qursi dan seterusnya petikan dari ayat-ayat Quran.

Berkaitan sandaran palsu yang menceritakan tentang fadhilat doa haikal, mudah saja, kita jangan hiraukan, jangan percaya dan hilangkan terus dari niat membaca doa ini atas tujuan dan tarikan dari fadhilat-fadhilat tersebut seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Azhar di atas.

Niat membacanya kerana Allah, sebabnya doa itu adalah dari ayat-ayat Quran. Cuma seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, apakah hukumnya membaca ayat-ayat Quran yang dicantum-cantum sebegitu sedangkan ianya bukan dari amalan Nabi

Apakah benar kita yakin bahawa kita membacanya benar-benar kerana Allah, tiada sedikit pun kesan dari kenyataan tentang kelebihan yang ada dari penerangan yang ada di dalam buku tersebut. Andai kita seorang yang sememangnya rajin membaca Quran tentu mudah untuk kita memastikan ketulusan niat kita itu. Namun andai kita agak jarang membaca Quran, tentunya kita sendiri tertanya-tanya, kalau benar kerana Allah, kenapa agak begitu beria-ia untuk mengamalkan doa haikal atau yang lain-lainnya. Kenapa tidak dibaca sahaja mana-mana surah sepenuhnya sedangkan membaca Quran itu sendiri kita tahu amat besar ganjarannya di sisi Tuhan.

Maka tentunya kita juga ingin tahu apakah hukumnya mengamalkan ayat-ayat Quran yang di rasakan penting dan ada keperluan untuk kita amalkan, di saat yang sama tidak pula tertarik atau berminat untuk membaca Quran jika tidak kita tahu akan kelebihan ayat atau surah tersebut. Tidakkah kita nanti akan tergolong dalam golongan yang mengamalkan ayat Quran semata-mata untuk keperluan dan penting diri; tidak setulus hati membacanya kerana Allah dan mengikut cara yang di ajar oleh Nabi.

Ada waktunya tertanya juga di benak sewaktu melihat panorama-panorama pelik di depan mata. Apakah akan ada kesan sampingan jika mengamalkan ayat-ayat Quran yang dicantum-cantum dengan niat untuk mendapatkan kelebihan dari mengamalkannya.

Ada kita terdengar cerita orang menjadi panas baran, ada "sheikh" dan berketap-ketap gigi menahan marah selepas beberapa waktu mengamalkan amalan-amalan tertentu yang berasaskan ayat-ayat Quran yang telah diolah susunan dan cara mengunakannya. Sedangkan di lojik akal mahu pun bersandarkan ilmu agama yang kita pernah belajar, sepatutnya kesan membaca atau mengamalkan ayat-ayat Quran tentu akan mendamaikan jiwa.

Mungkin perkongsian pengalaman berikut lebih menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan.


السلام عليكم

saya ingin berkongsi tentang doa haikal. saya pernah mengamalkannya sejak zaman sekolah dulu. xpernah tinggal doa haikal, ke mana saja saya pergi. memang dalam hafalan saya. semasa itu saya tidak tahu maksud dan maknanya. tujuan saya mengamalkannya ialah memohon kekuatan drpd Allah kerana saya ini seorang yang lemah semangat. Dan apabila saya semakin dewasa dan memasuki universiti, saya telah meninggalkan doa ini..

Saya tidak tahu sejak bila, saya telah mengalami penyakit yang sukar utk diungkapkan.sakit saya bukan sakit fizikal.tapi sakit saya,saya tidak tenang jiwa.solat sangat susah.xdapat ambil wudhuk.setiap kali ambil wudhuk batal kerana saya rasa saya terkeluar angin. dan saya rasa terlalu was-was ketika solat. dan saya akan solat dengan bertawakal sahaja. xpernah yakin langsung. Hari2 menangis. Malam saya tak dapat tidur. Apajua saya lakukan saya tidak pernah yakin. Telekung pakai berlapis-lapis. Sehingga habis waktu solat pun saya tak mampu bersolat. saya alaminya lebih drpd 4 tahun. saya tidak tahu apa puncanya...saya dah banyak berubat..dan macam2lah telahan yang saya dapat...hakikatnya keyakinan dalam diri saya hilang...saya dah cuba bermacam cara...

Dua tahun lepas saya berubat lagi dgn seorang ustaz. Memang saya ada gangguan jin. Dan selepas itu, 60% drpd penyakit saya dahulu hilang. Saya bertambah yakin utk solat. Tetapi lagi 40% itu masih menghantui saya. Mungkin jg kerana saya sakit dulu lama dan sukar utk saya kembali seperti sediakala dlm masa yg singkat. Saya masih berubat dan berubat di samping menguatkan keyakinan saya yang telah lama hilang.

Dan satu hari,saya pergi berubat dgn seorang ustaz. Die bertanya kpd saya, "Apa amalan yang kamu amalkan sebelum ini?" dan saya menjawab "Dulu zaman sekolah, saya pengamal doa haikal,ayat 7 dan ayat 5". Dan dia berkata: "Kamu dah lama tinggalkannya?" Saya jawab ya. "Tahukah maksudnya?" dan saya menjawab tidak tahu. Ustaz itu memberitahu saya, dia pernah mengalami perkara yang saya alami (sukar solat). Dia juga pengamal doa haikal. Dan dia menasihati saya, boleh amalkan doa haikal, syaratnya mesti tahu maknanya dan mesti ada niat krn Allah, bukan main baca shj... Saya kurang pasti, tapi saya rasa ada kate2 ustaz itu seperti menyebut ayat2 itu tinggi martabatnya dan hanya orang mampu yang boleh mengamalkannya. Saya jg perlu menjaga hafalan itu..

Pada pendapat saya, bukanlah kita tidak boleh mengamalkannya. Ia adalah ayat quran. Tetapi, apa jua yang kita baca,sebagai doa atau pendinding, kita mesti tahu maksudnya,dan niat semata2 meminta perlindungan kpd Allah...saya dah faham sekarang...Itulah kesilapan saya dulu. Kesilapan terbesar saya juga ialah saya tidak menjaga hafalan saya...sepertimana penghafaz quran,dia perlu menjaga hafalannya bukan..(hukum menjaga hafalan) virtualfriends.net

Saya bermohon kpd Allah untuk mengampunkan dosa2 saya selama ini..Saya berterima kasih kpd saudara hasin krn meletakkan maksud2 ayat2 al-quran drpd doa haikal ini di sini..Saya masih mengumpul kekuatan utk beribadah seperti pd zaman2 sekolah dulu...

wasallam
halaqah.net

Kesimpulan

Islam Browser merasakan dengan mengetahui akan hukum sebenar membaca atau mengamalkan doa atau ayat-ayat Quran yang dipetik dari beberapa surah kemudian dicantum dan ianya pula bukan dari amalan Nabi Muhamamad, tentunya akan  memberi keyakinan kepada kita untuk terus mengamalkannya jika kita berada dalam keraguan disebabkan oleh beberapa tulisan yang meragui amalan dari ayat-ayat dan doa yang telah diolah dengan cara tersebut.
 
Buat mengakhiri posting ini, suka dinyatakan, selain dari ulasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar seperti di video klip di atas, bolehlah juga merujuk video klip di posting Majmuk Syarif مجموع شريف Majmu Syarif. 
السلام عليكم





Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title