Nov 22, 2012

Hebat Bangsa

ekspressi
======

Hebat Bangsa

Hebat melayu pada ceritanya
Hebat cina pada hajatnya
Hebat india pada ramainya


Percaya melayu silatnya mengalahkan semua
Tak ada untung cina jarang nampak muka
Sekumpulan india hilang semua suara

Tanya melayu tanah ini milik siapa
Tanya cina apa yang tidak dijualnya
Tanya india semalam gaduhnya dengan siapa

Dulu melayu macam tuan lagaknya
Dulu cina cari melayu kemudahan berniaga
Dulu india jalan selalu goyang-goyang saja

Itu dulu ...

Sekarang cina menentukan harga
Sekarang india banyak berniaga
Sekarang melayu merunggut saja kerjanya

Sehingga kini ...

Hebat cina menguasai ekonomi negara penentu harga
Hebat india bangkit membina kaum berniaga makin kerap terjumpa
Hebat melayu bersatu payah kepentingan diri lebih utama

Sampai bila ...

Anak-anak kita bagaimana nanti agaknya ...



kata-kata ingatan dari M.Nasir

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title