Dec 8, 2012

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA - Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara
_____________________________________________________________________________________________
Jabatan Agama Islam Selangor

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA
Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

1.0 MUQADDIMAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.”1

Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang dikenali dengan gerakan Ibnu Saba‟ telah berjaya memecahbelahkan perpaduan Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orangorang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota
masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orangorang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.

1 Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah dimuat turun dalam bentuk PDF di google.com  atau di jais.gov.my








Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title