Jan 26, 2013

Isu Nama Allah - Dr Asri Khutbah Jakim Pas The Malaysian Insider Pemimpin Gereja Pkr Dap kumpulan Buddha



==================


Isu Kalimah Allah

Dr Asri
Huraian dan Hujah




 =====================

PAS: Friday sermon an attempt to spread religious hatred
By Md Izwan 

KUALA LUMPUR, Jan 26 - Several PAS leaders have blasted Malaysia’s Islamic authorities for allegedly stoking religious hatred during yesterday’s Friday prayers for Muslim by calling labeling those who insist on using “Allah” to describe their God as “enemies of Islam”.

According to the few leaders contacted by The Malaysian Insider, the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), which had prepared the sermon, had failed to portray Islam as a religion of peace and understanding, and had instead shown intolerance.

“Jakim’s move was an attempt to incite the sentiment of hatred towards the Christians.

“This attitude is inappropriate and irresponsible,” Shah Alam MP Khalid Samad said.

In Jakim’s Friday sermon yesterday, the religious authority had warned Muslims nationwide of attempts by “enemies of Islam” to confuse them into believing that all religions are the same.

Muslims here were also told that being too open-minded and allowing Islamic rights to be abused by other religions was a “dangerous” act.

“It is very clear that today, enemies of Islam are seeking to divert and undermine the Muslim community’s faith.

“They are united among themselves and are attempting, with their many tricks and ways, to stake their claim on the usage of ‘Allah’ in their scriptures,” the sermon said.

Jakim insisted that “Allah”, a word that millions of Arab Christians and those in non-Arabic-speaking lands use to describe their God, belongs to Muslims and is an exclusive right to those who profess Islam as it is clearly to prevent Muslims from becoming confused, doubtful and mistaken over the true identity of the Muslim God.

Citing an unnamed academic research, Jakim said that the word “Allah” was never found in the Bible as God, to these users of the holy book, exists in the Trinity concept as “God the Father, God the Son and God the Holy Spirit.

The general term for the Holy Trinity, said the religious department, is “The Lord”.

As such, Jakim insisted that the National Fatwa Council’s 2008 decision on the matter was accurate in stating that “Allah” cannot be used by those of other religions and cannot be likened to the Gods of others.

The authority also warned that painful punishment would await disbelievers in the afterlife, noting that these “symptoms” if Islam’s collapse would only destroy the glory and prestige of Muslims here.

But Khalid said Jakim had not furnished proof to back its claims and was merely pointing fingers to drive a deeper wedge between the country’s Muslims and Christians.

“But why speak ill of the Christians, not all of them are bad. In fact, Islam is no advocate of this prejudiced behaviour to those of other faiths,” he added.

Instead, the lawmaker accused Jakim of being the reason why some Muslims are confused over their religious beliefs, arguing that the authority had failed to strengthen the faith of Muslims here.

He said if Jakim believed that the faith of Muslim here has weakened, it should have used the sermon to differentiate between Islamic and Christian teachings, instead of condemning followers of the latter faith.

PAS vice-president Salahuddin Ayub agreed with his party colleague’s views, adding that JAKIM had become Barisan Nasional’s (BN) tool to flare hatred at a time when religions tension was already at a high.

“I’d like to ask, what is Jakim’s role and responsibility when preaching to Muslims?

“Jakim has become BN’s tool... in fact, they had also twisted he statement made by the PAS Syura Council earlier this month,” he added.

The Kubang Kerian MP agreed with Khalid that Jakim should have sought to resolve the polemic over the usage of “Allah” by explaining to the non-Muslims the importance of the word.

He said that instead, Jakim had chosen to spread a sense of uneasiness and hatred between both sides, even giving a false impression of Islam to the non-Muslims.

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali, when contacted by The Malaysian Insider, refused to comment on the issue as he said he had not personally heard the sermon.

“No comment, I did not hear the sermon” he told this news portal in an SMS statement.

The “Allah” dispute, which first erupted after the watershed 2008 Elections, remains a hot-button topic in the run-up to this year’s polls.

Debate resurfaced last month after DAP secretary-general Lim Guan Eng, who is also the Penang Chief Minister, called on Putrajaya in his Christmas message to lift a ban on Malay-language bibles in Borneo Malaysia.

Hot on the heels of the DAP leader’s remarks, several state Rulers and Islamic religious authorities reminded non-Muslims of state laws banning use of the word, despite conflicting with a 2009 High Court judgment that ruled “Allah” was not exclusive to Islam.

In his defence of the issue, ulama Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin said in a recent lecture that Muslims who dispute the use of “Allah” by non-Muslims are those confused about their own faith.

In a 14-minute video clip posted on YouTube (as shown above), the former Perlis mufti explained that while the government has a right to restrict usage of the Arabic word for God, it should not use religion as an excuse because Islam allows for followers of other faiths the right to call their God.
my.news.yahoo.com

Teks khutbah Jumaat adalah percubaan 
wujudkan kebencian agama, kata pemimpin PAS

Teks khutbah Jumaat adalah percubaan wujudkan kebencian agama, kata pemimpin PAS
Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa orang pemimpin PAS membidas penguatkuasa Islam Malaysia kerana pertuduhan menwujudkan kebencian agama semasa solat Jumaat semalam bagi umat Islam dengan menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai “musuh Islam”.

Pemimpin PAS yang dihubungi The Malaysian Insider berkata tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyediakan teks khutbah Jumaat tersebut tidak mencerminkan imej Islam sebagai sebuah agama keamanan dan memahami sebaliknya menggambarkannya sebagai tidak bertolak ansur.

“Langkah Jakim ini cubaan untuk mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.

“Sikap adu-domba mereka ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Dalam teks khutbah Jakim semalam, penguatkuasa agama tersebut memberi amaran kepada umat Islam diseluruh negara tentang percubaan “musuh Islam” untuk menyesatkan mereka dengan memberi gambaran semua agama adalah sama.

Umat Islam juga diberitahu terlalu berminda terbuka dan membenarkan hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah tindakan “merbahaya”.

“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.

“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka,” tulis teks tersebut.

Jakim semalam menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.

“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord),” tulis Jakim lagi.

Khalid juga menyelar Jakim kerana sikap melulu menunding jari dan berprasangka buruk kepada penganut Kristian seolah-olah agama tersebut mempunyai niat untuk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

“Tuduhan Jakim ini tanpa bukti, mereka hanya menuduh sahaja.

“Kenapa nak burukkan semua orang Kristian, bukan semua penganut Kristian tidak baik. Malahan Islam tidak menganjurkan sikap berprasangka buruk kepada agama lain,” tambah beliau.

Khalid sebaliknya menuduh Jakim sebagai punca umat Islam berada dalam keadaan keliru kerana gagal memainkan peranan dalam memantapkan fahaman Muslim di dalam negara.

“Merekalah (Jakim) punca umat Islam lemah kefahaman dan akidah.

“Sepatutnya Jakim melaksanakan tanggungjawab dan tugas memantapkan umat Islam di Malaysia, tapi apa yang saya lihat setakat ini mereka gagal lakukannya,” kata Khalid lagi.

Dalam pada itu, Khalid juga berkata tidak bersetuju dengan Jakim yang mengatakan tuntutan bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” adalah bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam.

“Kalau Jakim berkata demikian, maka terbuktilah Jakim yang selama ini tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik.

“Lebih baik khutbah itu menerangkan tentang perbezaan akidah umat Islam dan bukan Islam, supaya Muslim lebih memahami tentang Islam yang sebenarnya,” ujar beliau lagi.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mendakwa tindakan Jakim tersebut hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang ketika ini serta membidas agensi tersebut sebagai menjadi “alat” kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebelum itu saya mahu tanya, apakah peranan dan tanggungjawab Jakim dalam berdakwah kepada umat Islam.

“Jakim jangan jadi alat kepada BN, malahan mereka juga memutar-belit kenyataan yang diputuskan semasa Majlis Syura Ulama PAS pada awal Januari lalu,” katanya.

Salahuddin menentang tindakan Jakim yang mengeluarkan khutbah menyerang penganut Kristian sebaliknya agensi tersebut perlu menerangkan dan menjelaskan kepada bukan Islam tentang kemelut penggunaan kalimah suci tersebut.

Menurut Salahuddin, tindakan Jakim tersebut hanya mengundang rasa tidak puas hati dan rasa benci bukan Islam kepada orang Muslim kerana seolah-olah memberi gambaran yang tidak baik kepada bukan Islam di Malaysia.

“Jakim sepatutnya memainkan peranan proaktif dalam menerangkan dan menghuraikan dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.

“Tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya langkah Jakim mengeluarkan teks khutbah ini hanya menambah rasa tidak puas hati dan benci bukan Islam kepada Muslim,” terang MP Kubang Kerian tersebut lagi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dihubungi The Malaysian Insider enggan memberikan komen berkenaan teks khutbah dikeluarkan Jakim itu.

“Tiada komen, saya tidak dengar khutbah tersebut,” tulis Mustafa dalam satu teks pesanan ringkas.

Isu kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena Hari Natal menuntut agar Putrajaya membenarkan penggunaan kaimah Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube.
- photo dan berita my.news.yahoo.com

Teks khutbah cetus rasa kurang senang pemimpin gereja, isu kalimah ‘Allah’ berlarutan
Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Paderi tempatan kurang senang dengan penguatkuasa Islam yang “mengapikan-apikan” perbalahan antara masyarakat Muslim dengan penganut agama Kristian dalam kemelut penggunaan kalimah “Allah” bagi bukan Islam sebagai rujukan Tuhan mereka.

Ketika dihubungi bagi mendapatkan pandangan tentang khubat Jumaat semalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pemimpin gereja melahirkan rasa kecewa dengan penguatkuasa agama tersebut yang dilihat sengaja mewujudkan rasa curiga dan tidak toleransi antara dua agama besar di negara ini.

Namun, mereka enggan mengecam JAKIM sambil mengakui agensi penguatkuasa tersebut mempunyai hak untuk berdakwah kepada semua penganut Islam sama seperti gereja menyampaikan dakwah kepada penganut Kristian dan berharap perkara tersebut tidak perlu dibangkitkan lagi.

“Penekanannya tidak selari, kerana semua agama di dunia sewajarnya mengajar orang ramai supaya hidup secara aman dan harmoni, bukan sebaliknya menyemai budaya rasa curiga,” kata Setiausaha Agung Christian Federation of Malaysia, Rev. Dr. Hermen Shastri.

Secara berhati-hati, pemimpin tersebut berkata semua agama sepatutnya menganjurkan kebersamaan dan penerimaan, serta mengelak daripada mewujudkan satu masyarakat yang taksub.

“Ketika ini, itu sahaja yang dapat saya katakan,” tambah beliau.

Paderi Katolik Rev Fr Simon Labrooy lebih jelas memberikan pendapatnya dengan menyoal samada individu tersebut atau individu yang menulis khutbah kepada JAKIM mempunyai niat penyatuan atau perpecahan.

Beliau berkata bukan rakyat Muslim Malaysia yang “mengapi-apikan perang” semasa Hari Natal, tetapi mencadangkan perkara tersebut dicetuskan oleh individu yang menulis khutbah tersebut yang wajar disiasat tujuannya.

“Tidak pernah Muslim yang disalahkan ke atas perkara ini. Tapi siapa yang berhak untuk menulis ini? Dia perlu disiasat kerana ia menunjukkan di mindanya, dia telah mewujudkan ketegangan antara agama.

“Selepas ini, kami sudah memberikan pelbagai fakta atau alasan kenapa ‘Allah’ pernah digunakan oleh Kristian... kenapa kamu melibatkan diri dalam pembohongan yang nyata seperti ini?

“Bagaimana kamu boleh menilai dengan bahasa Arab, terutamanya penganut Kristian yang menggunakan ‘Allah’ disana?” tambah beliau.

Apabila ditanya samada penganut Kristian di kawasannya di Subang Jaya merasai kesan atau timbul rasa permusuhan terhadap Muslim ekoran polemik yang masih berterusan tersebut, Labrooy berkata masyarakat Kristian menyedari bahawa Muslim yang sederhana tidak wajar dipersalahkan keatas perdebatan tersebut.

“Muslim juga tidak mahu ketegangan atau masalah... ini adalah kerja beberapa orang yang busuk hati,” tambah beliau.

Paderi Our Lady of Lourdes Church Rev Fr Michael Chua berkata khutbah Jumaat yang terbaru itu akan menyebabkan satu lagi perbincangan akan diadakan dikalangan ahli CFM bagi melihat sama ada mereka perlu memberikan reaksi terhadap isu itu ataupun tidak.

“Ini bukan kali pertama... sudah banyak kali ia berlaku dan kami tidak boleh memberikan reaksi kepada setiap perkara.

“Labih baik kami kekal dengan pendirian terakhir kami dalam isu ini... demi untuk tidak memanjangkannya lagi,” kata beliau merujuk kepada kenyataan CFM terhadap ugutan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Injil berbahasa Melayu.

Dalam kenyataan tiga hari lepas, CFM meluahkan rasa kesal dengan ugutan tersebut dan mengingatkan sesiapa yang berniat untuk menyertainya bahawa tulisan keagamaan tersebut merupakan kandungan dalam kitab suci.

“Kristian sebuah agama cintakan keamanan yang akan sentiasa mencari keamanan dan harmoni merentasi semua kumpulan agama dan semua orang di dalam negara yang tercinta ini.

“Kami gesa sesiapa yang berniat untuk membangkitkan kebencian demi kepentingan politik supaya berhenti dan menjauhi diri daripada sebarang perbuatan keji kerana ia tidak mencerminkan kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang memegang Rukunegara yang mana kuncinya adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’,” kata CFM dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh presiden Uskup Datuk Ng Moon Hing.

Dalam teks khutbah Jumaat oleh JAKIM semalam, agensi agama tersebut memberikan amaran kepada umat Islam seluruh negara supaya berhati-hati dengan “musuh Islam” yang cuba mengelirukan mereka dengan mengatakan semua agama adalah sama.

Teks khutbah semalam mendakwa tujuan penganut Kristian membuat tuntutan kalimah “Allah” adalah untuk menyebabkan umat Islam berpecah-belah serta tidak bersatu-padu.

“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah,” tulis teks yang dikeluarkan JAKIM untuk dibacakan dalam khutbah Jumaat semalam.

“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka.”

Malahan teks khutbah itu turut berkata kitab Injil yang menjadi rujukan kepada penganut Kristian tidak pernah merujuk tuhan mereka sebagai “Allah” sebaliknya menggunakan kata “The Lord”.

“Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible,” tulis teks tersebut lagi.

Isu kalimah “Allah” tersebut berlanjutan dan paling terkini melibatkan ugutan Perkasa yang turut menggesa umat Islam untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu. Namun begitu, gesaan mereka telah mengundang pelbagai kritikan daripada pemimpin politik Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, aktivis serta pengamal undang-undang.

Kemuncak isu tentang kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Komen

Orang Islam bercakap dengan orang Islam di dalam Masjid pun jadi masalah kepada bukan Islam dan sesetengah orang Islam.

========================
******************
Khutbah disediakan oleh JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH”

(25 JANUARI 2013 / 13 RABIUL AWWAL 1434H)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Semalam pada 12 Rabiul Awal setiap tahun adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam yang disambut meriah di negara ini. Walaupun Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita, namun kekasih Allah ini tetap berada di dalam sanubari dan hati umatnya sekiranya kita seorang hamba yang beriman. Baginda SAW telah membawa kepada kita risalah Allah dengan dua cara. Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qur’ani; dan Kedua, menghidupkan wahyu-wahyu Allah dengan sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau apa yang dinamakan sebagai sunnah nabawiyah. Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sebagaimana yang dicerminkan di dalam al-Quran, wajib diambil tauladan secara mutlak dan di taati oleh manusia sepanjang kehidupan ini. Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 12:


Maksudnya:“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.”

Bukti penegasan ‘taat kepada Rasulullah’ ini terdapat di dalam kalimah Lailahaillaah dan Muhammadur Rasulullah yang menunjukkan bahawa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan dan Nabi kita. Penggunaan kalimah La adalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan Allah dan menafikan tuhan-tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya Tuhan dalam Islam selain mengarah kepada meng-Esakan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakin dan percayalah, antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi Rasulullah SAW menyebarkan Islam ialah dengan memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui konsep tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu, Baginda juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan, diantaranya menggunakan isu agama sebagai alat untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menghasut sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang intergriti untuk melanggari ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

Oleh itu, tidak menghairankan ada di kalangan umat Islam pada hari ini yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya perbuatan tersebut kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan ini terbukti apabila mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Sedarlah, inilah masanya untuk umat Islam bersatu bagi memelihara kesucian agama Islam dan mempertahankan akidah umat Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ternyata sekali lagi, hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah. Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka. Wal hal telah jelas kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam serta satu ketetapan yang begitu nyata bagi mengelakkan umat Islam menjadi keliru, ragu-ragu, dan tersilap mengenal identiti Allah SWT.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible dan mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Begitu juga dengan pegangan seluruh umat Islam di Indonesia yang bersepakat kalimah Allah hanya diguna pakai oleh orang Islam sahaja.

Mimbar ingin menyatakan sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka menjadi kewajipan kita menjaga kesucian kalimah Allah serta mempertahankannya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Umat Islam mesti tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama. Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya, kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama. Ingatlah bahawa semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:


Bermaksud:“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Janganlah ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam namun dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri. Lebih menyedihkan lagi ada di kalangan umat Islam hari ini yang langsung tidak sensitif dan sanggup menggadaikan akidah dan masa depan ummah demi kepentingan diri sendiri. Bayangkan akibatnya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakinlah, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mimbar ingin mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaualatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:


Yang bermaksud:“Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan Rasulullah SAW dari sebarang penghinaan, memberikan penghormatan sewajarnya kepada Rasulullah SAW dalam tindak tanduk kita seharian dan mencontohi akhlak, keperibadian dan teladan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam setiap tindakan.

Program Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah. Ia bertujuan untuk mentarbiyah, membimbing dan memperingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pesuruh Allah yang paling berjaya menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragong sepanjang abad di dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah seluruh juzuk hidup manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah SAW masih dikagumi musuh-musuh Islam. Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak, marilah sama-sama kita menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai amalan hidup dan mengelakkan diri dari perbuatan yang menyimpang dari sifat Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Dengan demikian sambutan Maulidur Rasul yang diberi liputan meluas dalam media cetak dan media elektronik memberi peluang kepada rakyat pelbagai agama di negara ini memperingati seorang insan terpilih, memahami gaya kepimpinan, memahami akhlaknya dan memahami dasar politik, ekonomi dan sosial untuk kita teruskan dan hayati. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 31:


Maksudnya: “Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”


****************
* untuk melihat teks asal islam.gov.my


===================


===================

Tuan Ibrahim
Pas anggap isu kalimah ALLAH selesai
FARAH SHAZWANI ALI
26 Januari 2013

Pesuruhjaya Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA TERENGGANU - Pas menganggap isu berkaitan kalimah ALLAH sudah selesai dan mengharap ia tidak diperbesarkan lagi kerana boleh menggugat keamanan dan keharmonian di negara ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana pihak yang memperbesarkan isu itu dilihat hanya kerana ingin mengalih isu lain.

Menurutnya apabila keputusan sudah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas, pimpinan parti mesti mendokongi keputusan yang dibuat dan tidak boleh bercanggah dengan Majlis Syura.

“Kita tidak mencampuri agama lain, bahkan kita mempertahankan prinsip beragama. Macam orang yang bernama Ali, orang Melayu akan panggil Ali, orang lain pun tetap panggil Ali. Begitu juga kalimah ALLAH.

“Kalau nama kita tidak diterjemah, bagaimana pula dengan nama ALLAH? Kita harus sensitif dengan agama dan kita pertahankan prinsip beragama, kita tidak akan ganggu agama mereka, sebagaimana kita minta mereka tidak ganggu agama kita.

“Prinsip agama kita kena pelihara kerana ia teras keamanan. Kita kena fikir tiga perkara iaitu isu agama, bangsa dan isu hak. Sepertimana kita pelihara dan pertahan orang Melayu, jaminan orang Melayu dan sebagainya isu bangsa,” katanya ketika ditemui di Markas Pas Kuala Ibai.

Menurutnya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini, tidak spesifik menyebabkan wujud banyak salah faham dan tafsiran dan dalam keputusan Majlis Syura, ia dispesifikkan.

Jelasnya, Pas berpegang bahawa orang bukan Islam boleh menyebut kalimah ALLAH, tetapi tidak boleh menterjemahkan God atau Lord kepada Allah.

“Kita tidak bersetuju kerana kalimah ALLAH tidak boleh diterjemah. Tiada satupun bahasa di dunia ini yang boleh terjemah kalimah ALLAH. Kalau mereka nak sebut, terpulang pada mereka.

“Tetapi apabila mereka nak terjemah, tidak boleh. Seperti dalam lagu negeri, kebanyakannya ada nama ALLAH. Kalau kita larang, mereka tidak boleh menyanyi lagu negeri. Kita tidak ada kuasa untuk melarang, kalau mereka nak sebut, kita tidak ada kuasa nak menghalang,” katanya.

sinarharian.com.my

Ulama Pas minta henti polemik kalimah ALLAH
Wartawan Sinar Harian
4 Januari 2013

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan semua pihak perlu saling hormat menghormati termasuk dalam kalangan penganut agama yang berbeza.

Nik Muhammad Zawawi bagaimana pun mengingatkan bahawa dalam isu gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH, hanya golongan yang arif dalam bidang agama sahaja membincangkan perkara itu.

"Janganlah diperbesar-besarkan perkara ini kerana bimbang ia akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Perbincangan dan pandangan secara terbuka termasuk dalam media tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul," katanya yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.

Nik Muhammad Zawawi berkata, orang ramai tidak mampu untuk memahami hal itu secara mendalam.

"Kalau buat kenyataan walaupun sedikit, takut mereka akan jadi lebih keliru. Jadi, perlu berhenti dan tidak perlu bercakap masalah ini. Isu ini perlu diserahkan kepada alim ulama," katanya.

"Kerana itu sebaiknya kita hentikanlah polemik ini," katanya

===========================
Kalimah ALLAH
PR tidak pernah setuju, cuma perakui
HASLINA KAMALUDIN
25 Januari 2013

Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif 
di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.

Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.

"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR, di sini, semalam.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika ditanya mengenai kesediaan PKR untuk menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, Anwar menjelaskan perkara itu tidak berlaku.

"Mengapa SPRM tak kaji isu Scorpène? Sedangkan isu lembu boleh lepas, ambil tanah boleh lepas tetapi, ada masa nak kaji kita (PKR). Nanti, Permatang Pauh tak lepas sebab masih dalam kajian," katanya.

sinarharian.com.my

Komen skek, baca berita atas ni pun payah nak faham ..  
Saya tidak kata tidak bersetuju
PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.
aha..lagu ni, Haji Hadi sorang je la selama ni yang setuju tapi  Saya tidak kata tidak bersetuju

Baca paper ni pun kadang-kadang memang mengelirukan sebab yang kita baca tu ulasan, bukan teks ucapan.. maka molek juga kalau kita dengar ucapan sebenar yang diucapkan ...

klpos msia

I see..barulah faham..
Saya tidak kata tidak bersetuju ( keputusan Majlis Syura Pas ). Pakatan rakyat berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentang dalam mesyuarat majlis pakatan rakyat.

Kenyataan Majlis Syurah merujuk kepada memberikan laluan pengunaan dengan beberapa syarat tidak dibentangkan kepada mesyuarat majlis pakatan rakyat. Saya hanya mengikut keputusan dan memperakui kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas.

 Kenyataan Presiden Pas yang dibentang 
dalam mesyuarat majlis pakatan rakyat.

Dari semua-semua, Lim Guan Eng ( DAP) juga yang "safe" walau pun yang mulakan gelombang isu Kalimah Allah kali ni dia.

Kalimah ALLAH: Guan Eng tetap enggan ulas
Wartawan Sinar Harian
27 Januari 2013

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap tidak mahu memberi reaksi berhubung isu kalimah ALLAH yang dibangkitkannya, walaupun sebelum ini beberapa kali wartawan cuba mendapatkan maklum balas daripadanya.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak mahu mengulas isu berkenaan buat masa ini dan hanya akan menjawab melalui kenyataan bertulis.

“Saya tak nak buat sebarang kenyataan lagi buat masa ini dan saya hanya akan jawab isu ini melalui kenyataan bertulis.

“Saya bimbang bila saya ulas sekarang kenyataan itu ia akan diputarbelitkan media,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan majlis pembukaan Kompleks Pasar Sri Aman di Relau di sini, semalam.

Guan Eng sebelum ini dikatakan cuba melarikan diri daripada wartawan yang mahu mendapatkan reaksinya dan menolak untuk bercakap dengan media mesra Barisan Nasional (BN) berkenaan isu itu.

Sementara itu, beliau diminta mengulas mengenai tindakannya itu yang seolah-olah baling batu sembunyi tangan berkata, “biarlah orang nak kata apa pun dan saya tetap tidak mahu menjawab lagi,” katanya.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan Guan Eng dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu menunjukkan beliau masih dengan pendirian yang sama.

“Bukan dia tak mahu jawab tetapi saya rasa dia masih lagi tetap dengan pendiriannya yang mahukan kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada orang bukan Islam.

“Di Sabah dan Sarawak, ia telah diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah dan tentangan, jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di semenanjung kerana ia tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.

sinarharian.com.my
 
Komen

Mungkin idea belum mari atau mungkin tengah fikir siapa yang sesuai untuk jawab on behalf
 Tak elok desak-desak sangat, adalah tu nanti cara mana dia nak jawab

======================


Buddhist group wants Putrajaya to end ‘Allah’ row
By Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, Jan 27 ― A Buddhist group today urged the federal government to resolve the drawn-out dispute over the usage of “Allah”, which has caused division and anxiety between Muslims and Christians here.

In a press statement, the Malaysian Network of Engaged Buddhists (MNEB) said the National Unity and Integration Department (JPNIN), which comes under purview of the Prime Minister’s Department, should step into the fray and end the hostility once and for all.

“We call upon the Malaysian government to positively and proactively engage through the JPNIN or other related agencies to participate in resolving this matter with the greatest urgency in accordance to the laws and the Constitution of Malaysia,” said MNEB said in the statement signed off by co-ordinators Soon Koi Voon, Liau Kok Meng and Wong Choon Tat.

“As concerned citizens of this nation and spiritual practitioners, we humbly urge all parties concerned to cease the animosity, refrain from carrying out the so-called ‘burning festivities’ and come together to seek amicable solutions,” added MNEB.

Muslim and Christian leaders here have been at loggerheads over usage of the Arabic word “Allah”, with the former claiming that it refers exclusively to the Islamic God.
continue @ my.news.yahoo.com

Komen

Aiit... last min keluar suara. You olang mahu sebut Tuhan Al la, sebut la. Kita orang tak de hal punya, asal jangan translate God atau Tuhan to the word "Allah". Kita orang Islam mana ada gaduh sama siapa-siapa.

Dulu pun you orang selalu cakap "itu Tuhan Al la punya kuasa" kita orang tarak marah pun. Sikalang pun siapa ada marah. Siapa ada mahu kasi pecah belah masyarakat.

Harap awak olang kasi faham la ini isu sebelum cakap atau tuduh bukan-bukan. Kita tak terima perkataan ALLAH disahkan di sisi undang-undang untuk mengantikan perkataan God atau Tuhan. Itu pun salah ke.

Jangan sebut la itu perkataan pecah belah.. mana ada pecah belah. Kita sama orang Kristian, Hindu, Singh dan Buddha masih kawan baik apa, masih seperti dulu.. Ramai orang awam yang faham akan isu ini. Yang tidak mahu faham itu politik intelest punya olang. Pilihan raya sudah dekat maa..

===================

JAKIM sermon to unite Muslims
not spark hatred, Islamic leader says
By Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, Jan 27 — The federal Islamic authority’s sermon last Friday was not meant to incite hatred against the Christians but to remind Muslims of the sanctity of Islam, a Muslim leader has said amid the ongoing “Allah” row.

In the sermon, the Malaysian Islamic Development Department (JAKIM) had labelled non-Muslims who use the word “Allah” to describe their God as “enemies of Islam” and warned that this was an attempt to confuse Muslims into thinking all religions share the same God.

“Why is it lately that we are too afraid of the non-Muslims, too apologetic, and too humble when facing the non-Muslims?” Islamic Da’wah Foundation Malaysia (Yadim) founder Datuk Dusuki Ahmad was quoted as saying today by Malay-language daily Berita Harian.

“The Muslims need to believe that Islam is the highest religion, true, and accepted by Allah. Lack of confidence in JAKIM’s actions as a religious authority will split apart values and create confusion in the Muslim community,” he added.
continue @ my.news.yahoo.com

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title