Jan 20, 2013

Pas Dap - Siapa "Dakwah" Siapa

Karpal harap Majlis Syura kaji semula pendirian
MOHD ISKANDAR OTHMAN
19 Januari 2013


GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.

"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.

Semalam, Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura Ulama, Nik Aziz berkata, itu terpulang kepada mereka untuk membuat dakwaan.

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Abdul Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu.

Abdul Hadi dipetik berkata, Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata:

“Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas.”

Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan. "Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak," katanya.
Komen

Menhina tu. Andai minta kaji semula kalau-kalau tersilap berfatwa okey la, Ini minta kaji pendirian. Jika tidak tetap pendirian tak kan lah Majils Syura keluarkan fatwa. Tuan-tuan Guru patut balun je karpal ni...acah je.. Mungkin elok terangkan kat lawyer tu, Ini fatwalah, bukan loya buruk punya kes..

============

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud,
Tajuk video oleh malaysiakini

lantaran itu berhujahlah insan mengunakan ayat Quran dan hadis yang bersesuaian dengan kepentingan dan keperluannya disamping menempelak lawannya yang majoritinya orang Islam,. Sedangkan hakikat yang semua orang boleh lihat melainkan para taksuban ialah penukaran konsep Negara Islam kepada negara berkebajikan adalah berpunca dari kejayaan Dap dalam "dakwah" mereka terhadap Pas.

Dap sememangnya bersungguh dalam usaha "dakwah" mereka itu kerana mereka rata-rata dari

Dap Menolak Negara Islam

lalu tanpa rasa terkedu, diumumkanlah hasil dari Persetujuan Bersama


iaitu dalam Quran tak sebut pun Negara Islam, dulu tak perasan, la ni baru perasan

Sememangnya terlalu banyak ucapan yang sengaja dibuat agar orang Islam terkeliru



hingga membuatkan sesetengah dari kita tidak perasan siapa sebenarnya yang
berjaya di dalam usaha "dakwah" atau mengajak kawan sekomponen mengikut prinsip
sistem pentadbiran negara seperti yang masing-masing inginkan.



Pastinya di mata kita yang melihat tanpa kacamata politik
DAP menolak Sistem Perundangan Islam secara keseluruhannya dan di saat yang sama
berusaha menjadi Hero dikalangan bukan Islam melalui Isu Kalimah nama Allah
demi kesinambungan politik mereka yang kian merapuh nilainya di mata umat Islam.

=============

Karpal akan saman Nasharuddin

Oleh Lisa J. Ariffin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.
Pengerusi DAP Nasional itu (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.”
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular.
“Sejak dulu lagi saya menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apa yang DAP katakan adalah kita bukan negara Islam. Ia hanya konsep politik,” tambahnya lagi.
Pemimpin Umno dan lidah rasminya, Utusan Malaysia sejak minggu lalu menuduh DAP dengan panggilan “kafir harbi” dan mengelarkan haram menyokong DAP.
Karpal menjadi serangan Umno kerana tentangan kerasnya terhadap hudud.
Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan “memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam.”
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.
“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi.
Karpal percaya Nasharuddin hanya menyuarakan pendapat peribadi beliau berhubung perkara itu dan tidak bercakap bagi pihak parti.
“Atas memandang serius kenyataannya itu, saya akan memfailkan saman terhadapnya.”
Nasharuddin sebelum ini berkata “saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.”
“Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.
“Pelaksanaan hudud memerlukan standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf ‘beyond any shadow of doubt’ iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam,” kata Nasharuddin.
Kenyataan Nasharuddin yang mendesak PAS agar segera keluar dari PR di TV3 juga menarik perhatian banyak pihak.
Kemudian ia ditambah lagi apabila gambar beliau di Mekah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ulama Mekah disebarkan, dan timbul spekulasi yang mengatakan beliau telah meninggalkan PAS dan menyertai Umno.
Bagaimanapun, Nasharuddin menepis dakwaan tersebut dengan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyertai Umno.
“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” katanya lagi.
Komen

Hal kita orang Islam sesama Islam, biarlah kita sesama kita selesaikan. Apa hal bagi orang lain buat bahan loyar buruk dia orang.

Pemimpin veteran DAP itu juga berkata, beliau berharap Nasharuddin akan “memahami perbezaan Islam sebagai agama dan negara Islam.”

Tuan Guru tanyalah lawyer tu, dia faham betul ke tentang Islam, kalau tak faham jangan cakaplah. Ini bukan court punya dalam mahu cakap itu macam. 

========


Kesimpulan

Bukan niat nak kata ke Pas cuma terfikir dari Majlis Syura Pas kaji semula pendirian fatwa isu Kalimah ALLAH tu, molek sangatlah dikaji semula untung rugi kepada umat dan kepentingan Islam dengan meneruskan berkawan dengan Dap tu

===========================

بسم الله الرحمن الرحيم

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

===========================

Keberangkalian Hudud menjadi nyata di negara tercinta

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title