Jan 29, 2013

Pilihan Raya - Apakah Asas Pilihan kita umat Islam

Pas

Persetujuan Bersama 
vs 
Menegakkan Cita-cita Islam oleh Pas 

===========

Pakatan Rakyat Terikat 
Dengan Dasar Bersama atau Disebut juga 
Persetujuan Bersama
Maka dasar-dasar yang akan dilaksanakan 
di dalam " Pemerintahan Pakatan Rakyat " 
adalah dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama 
di dalam mesyuarat 
Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Azmin

Pakatan Rakyat terikat dengan Dasar Bersama
Majlis Syura Pas terikat dengan ahli-ahli Pas, kata Azmin 
Namun kita percaya tentulah semestinya Majlis Syura Pas
terikat dengan hukum Tuhan

=====================

Pakatan Rakyat Terikat 
Dengan Dasar Bersama atau Disebut juga 
Persetujuan Bersama

Anwar Ibrahim

Must be Subjected to the Spirit of Consensus and the Spirit of Federal constitution
Mesti Tertakluk kepada semangat kesepakatan bersama dan semangat Perlembagaan Persekutuan

Karpal Singh

This is not an Islamic Country

Haji Hadi

Hasil dari Persetujuan Bersama
Perjuangan Pas bagi mendirikan Negara Islam
ditukar kepada jenama baru Negara Berkebajikan
dengan alasan yang diberikan

Majlis Syura Pas

“Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam,” kata Majlis Syura.

“Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.” 

“Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan,” kata satu kenyataan Majlis Syura.

“Ini kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.”

Dalam kenyataan itu lagi, Majlis Syura berharap ia dapat menjelaskan maksud kenyataan oleh Presiden PAS tersebut dan seluruh kepimpinan PAS. 

Anwar Ibrahim & Kenyataan Presiden Pas
selepas keputusan Majlis Syura Pas

======================

Diperingkat Majlis Syura Pas agak "detail" namun penyampaian hasil dari persetujuan bersama, pengunaan nama Allah oleh bukan Islam menjadi " general " semula. Tidak dinyatakan apakah dibenarkan atau tidak nama Allah dijadikan terjemahan kepada perkataan God atau Tuhan.

Kesimpulan berupa Persoalan

- Apakah penentu sebenar keputusan Pas, Presidennya kah atau Majlis Syuranya. Yang kita tahu keputusan Presiden yang diistiharkan kepada umum tentunya adalah juga keputusan Parti.

- Apakah Pas boleh melaksanakan impian Negara Berkebajikannya itu di negeri-negeri yang di kuasai Pas andai Kerajaan Persekutuan berjaya diperintah oleh Pakatan Rakyat. ( Diperingkat persekutuan rasanya tak bolehlah andai Pkr dan Dap tidak setuju 1:2 )

Sebelum ini, Pas ada berkata kegagalan perlaksanaan hudud di Kelantan disebabkan oleh kekangan dari Kerajaan BN yang menguasai kerajaan Persekutuan.

- Sejauh mana kredibilti Majlis Syura Pas dalam memastikan syiar Islam tertegak setelah Pas berjaya memerintah sedangkan Majlis Syura Pas bukanlah sebahagian dari Pakatan Rakyat berdasarkan video klip di atas sekali.

- Apakah jaminannya kini apabila Pas dengan nama dan penonjolan imej Islamnya itu dapat memelihara kepentingan Islam dan umah andai Pas sendiri mengikat dirinya dengan persetujuan bersama melebihi dari cita-cita atau kehendaknya dalam menegakkan hukum Islam dan beragama seperti yang Pas sendiri sering war-warkan selama ini. 

Mereka yang taksub tentu terus berkata no problem punya. Mereka yang terbuka fikirannya tentu sedang terfikir-fikir sambil menganalisa "track record" Pas selama ini. Mereka yang tidak pernah bersetuju tentu berkata cakap boleh lah..

Bagi rakyat yang politiknya lebih kepada hari memangkah dari bercakap meraban-raban tanpa bukti, tentunya ingin kepastian yang lebih detail dan jawapan yang tidak berputar belit dan lari dari tajuk.

Visi Dap cum Pakatan Rakyat

Lim Guan Eng


Sebarang cadangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara teokratik samada Negara Islam bertentangan dengan Visi kami ( Pakatan Rakyat)

Karpal Singh


Pas tak kan mengadakan negara Islam dalam Malaysia. Saya ( karpal singh) memberi jaminan tidak boleh ada satu negara Islam dalam Malaysia. ( bermakna hukum dan pentadbiran mengikut lunas-lunas Islam tidak boleh ditegakkan )

Siapa yang tepuk tangan tu agaknya, gelap tak nampak siapa orangnya, orang Islam kah atau bukan Islam. Namun tidak mustahil orang Islam yang terpedaya dengan ungkapan " persetujuan bersama " akan tepuk tangan sama-sama.

Anwar Ibrahim  


 Kita sudah membina satu pakatan yang hebat dan kita telah rangka agendanya. Tiada isu berkaitan menukar Malaysia menjadi sesuatu yang lain dari negara demokratik dan liberal dengan jaminan perlembangaan, keselamatan ...

Apakah kita orang Islam masih tidak faham akan maksud liberal, Malaysia yang demokratik dan liberal.

Apakah ini yang dimaksudkan dengan liberal oleh Anwar
Wallahu'alam

Maksud awak, Lina Joy memang patut diberi kebenaran menukar agamanya..
It's her right ( itu hak dia )

Pemikiran Anwar



- Soalan terakhir, Di mana hati dan perasaan kita umat Islam yang cintakan agamanya. Apakah kita yakin Pakatan Rakyat akan terlebih baik dalam menegakkan syiar Islam berbanding barisan Nasional yang kita tahu tidak sempurna namun beria secara tidak menonjol mempertahankan isu nama Allah dan lain-lain usaha menjaga seperti masih mempertahankan Islam di dalam perlembagaan biar pun menyatakan hudud masih belum sesuai.

Tuan Haji Naser Disa
Bekas Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara

Akhir kata, dalam kehanyutan dan keasyikan mendengar suara-suara bicara para-para ahlul politik tak kira dari kumpulan mana, sentakkan hati dan berfikirlah kerana kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindakan dan keputusan kita akan kesannya nanti oleh Allah.

Antara penyelewengan yang dikatakan ujud di hari ini dengan nasib tidak menentu syiar Islam di masa akan datang. Yang dikendong mungkin mendirgahayukan namun apakah kita tidak akan sayu pilu dan dilanda sesal tak sudah andai perlembangaan di suatu hari nanti tidak lagi menyebelahi agama Islam dan kita umatnya.

Buta mata terang hatinya, membutakan hati kesannya tak tertanggung dikemudian hari. Sedangkan kita masih ada cara untuk berusaha agar kerajaan yang ada merubah paradigmanya agar menepati kehendak dan hukum Ilahi.

Mungkin tajuk dan cerita tidak seiring, namun inilah sedikit usaha kita agar dapat kita bersama memikirkan realiti yang ujud di hari ini dengan nasib Islam tercinta di suatu hari nanti kesan dari pangkah kita di hari mengundi nanti.

Wallahu 'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title