Feb 9, 2013

Amanat Haji Hadi featuring Pakatan Rakyat versi Feb 2013




Amanat Haji Hadi featuring Pakatan Rakyat 
versi Feb 2013

===========================================================

Amanat Asal Haji Hadi


   


Transkripnya

“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'” - amanat haji hadi

Amanat Haji Hadi
Wajar diberi nafas baru

Melihat situasi terkini, sudah tiba masanya ucapan Haji Hadi yang di " tag" kan sebagai Amanat Haji Hadi diberi nafas baru agar lebih releven dengan panorama politik semasa.


Lantaran tiada usaha yang dilakukan untuk menghasilkan amanat versi terkini, melalui imaginasi bersandarkan realiti dari ucapan yang pernah dibuat oleh mereka dari pakatan rakyat, maka diolah amanat versi terkini. 

Lalu dinamakan dengan judul namanya yang baru


Amanat Haji Hadi featuring Pakatan Rakyat
Versi Feb 2013

“Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana nama dia Pakatan Rakyat. Kita menentang PKR bukan kerana usaha reformasi yang mereka laksanakan. Kita menentang dia ialah kerana dia telah memperlihatkan kesungguhan untuk mengekalkan perlembagaan penjajah,

Anwar Ibrahim Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan 



( We must hold fast to Article 11 of the Federal Constitution which guarantees freedom of religion and the right of religious groups to manage their own affairs )

di waktu yang sama mereka seolah-olah berusaha menolak tertegaknya sistem pemerintahan Islam


dan perundangan Islam


Any proposal to turn malaysia into a theocratic state whether Islamic state contrary to our vision of a civil society ... Lim Guan Eng

Kita juga se "wajib" nya menentang mereka disebabkan usaha mereka meliberalkan ayat Quran ( merujuk kepada Surah Al Baqarah ayat 256, tiada paksaan dalam agama ..) dengan meng "equal" kan sasaran asal ayat tersebut iaitu digunapakai secara sama rata terhadap orang Islam. Sesungguhnya usaha mereka itu bertentangan dengan sasaran dan tujuan asal ayat tersebut diturunkan oleh Allah


( Nurul Izzah: Yes, umm, but the idea itself, I think, goes back. And when you ask me, there is no compulsion in religion, even Dr (Ahmad) Farouk (Musa) quoted that verse in the Quran. Dan bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama, malah Dr Farouk telah memetik ayat tersebut dari Al Quran. How can you ask me or anyone, how can anyone really say, 'Sorry, this only apply to non-Malays.' It has to apply equally. Bagaimana anda boleh bertanya kepada saya atau sesiapa saja, bagaimana seseorang boleh berkata dengan pasti, Maaf, ini hanya terpakai untuk orang bukan Melayu. Ianya mesti digunapakai secara sama rata ) - Pkr- kebebasan beragama

Kita menolak mereka kerana ternyata mereka mengutamakan Persetujuan bersama mengatasi usaha mulia mendaulatkan sistem perundangan Islam. Walau pun mereka tidak mengaku bila ditanya namun perbuatan mereka seolah-olah menolak tertegaknya daulah Islamiyyah



Kita menentang mereka kerana mereka gemar mengunakan ungkapan yang tidak benar terhadap hakikat kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w di sisi Allah.

* telah di edit
Pengkhianat bangsa
* penuh tanpa "editing "

Kita menentang dan menolak kerana mereka gemar menyeret sama pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w demi menutup kelemahan atau kekurangan yang mereka ada.

Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui. ..Jika begitu, terlaksanakah atau berjayakah amar makruf dan nahi mungkar di Kota Madinah? Jangan berkata tidak! - Detailnya di korapsi pencemaran ilmu agama

Kita menentang dan me "reject" mereka kerana mereka sangat seronok berceramah, berhujah karut marut dan mengada-adakan cerita yang sangat daif jika dilihat dari sudut Ilmu Islam.


Benarkah Tuhan menentukan namaNya dan nama Rasullulah untuk tujuan seperti yang dia hujahkan itu.

Kita menentang mereka kerana mereka sendiri memperlihatkan unsur yang nyata dalam ucapan mereka berhubung Plularisma dalam beragama. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. 

 

Kita juga menentang mereka kerana mereka amat gemar dan mengambil mudah dalam menghukum terutamanya dalam hal-hal berkaitan Aqedah umat Islam yang berlainan haluan politik. Kita menolak mereka kerana mereka mengambil mudah akan peringatan dari Nabi Muhammad s.a.w iaitu :
 “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."


Apa pun hujahnya menjatuhkan hukum murtad di atas pentas politik oleh cuma seorang individu amatlah tidak wajar dan ianya bersifat kurang ajar dari segi adabnya.- korapsi pencemaran ilmu agama

Kita perlu menolak mereka kerana mereka dengan rela mendedahkan diri kepada pengaruh syiah


dan berkeberangkalian menjadi pintu yang mudah untuk syiah menyerap masuk ke Malaysia



Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad walau pun kita telah mengubah konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, 


ucapan kita adalah jihad walau pun terdapat dikalangan kekawan kita yang menyamakan darjat demontrasi dan ibadah haji,

 

derma kita adalah jihad walau pun ada kalangan kita mungkin tanpa sedar telah menyamakan perbuatan Allah di dalam pemilihan Nabi Muhammad sebagai Rasul dengan kaedah pemilihan ketua darjah bagi murid tahun satu. 

 
( Rasulullah s.a.w adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ni entah berapa ribu juta trillion manusia ni, ada sorang atas dunia ni namanya Muhamamd bin Abdullah s.a.w, beliau telah di lantik menjadi nabi bila umurnya 40 tahun.

Waktu dia beranak, jadi 40 tahun sebelum pada jadi nabi ni, dia beranak, bonda dia mak dia siti aminah pun tak tahu anak dia ni akan di lantik menjadi nabi. ...

Kalau Nabi Muhammad waktu ia beranak tu serupa Muhammad-muhammad lain. Orang kampung kita ada muhammad, situ ada muhammad, ada mat, orang melayu kelantan panggil mat.
 Mat anak kita, Mat budak kampung kita, dengan Mat bin Abdullah di tanah Arab tanah tu waktu dia beranak tu serupa ye ) - mat budak kampung

Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini walau pun kita menyokong terjemahan Al Jabbar sebagai maha samseng kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. 

 

Kamus Dewan samseng ialah ...
 
Samseng C , bp ark melawat orang mati
Samseng C penjahat ( suka merompak, menyamun, dll ): lagaknya persis seorang samseng yang ganas; kesamsengan hal (sifat, perilaku dsb) yg berkaitan dgn samseng: ada juga yg menunjukkan kebiadapan dan kesamsengan mereka dlm bilik darjah. - kamus dewan edisi ke empat ms 1383 - Tuhan saya tidak samseng


Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan menyamakan Tuhan pada zat, sifat dan perbuatanNya dengan makhluk dan mengubah hukum Tuhan berkaitan kebebasan menukar agama bagi umat Islam dan lain-lain yang telah di tetapkan oleh Tuhan.

 
It's her right
Itu Hak dia, sedangkan hukum disisi Tuhan tidak begitu


Menyatakan bahawa Tuhan semua agama adalah sama.

Uhh banyak lagi dalam youtube tu.. tak larat hendak diangkut semua ke sini,

Mungkin akan dimuatkan ke dalam amanat versi lain nanti andai ada keperluan buat kesejahteraan umat Islam

============================

Buat mengakhiri amanat "imagination" ini, Sama-samalah kita umat Islam tidak kira dari parti mana pun dia, berdoa semoga pas beroleh pemimpin yang dapat menyatukan umat Islam seluruhnya dengan jalan yang lurus di sisi Tuhan.

Kita tidak pernah berharap pas dirobohkan seperti mana yang berlaku kepada semangat 46 dahulu. Apa yang kita harapkan akar umbi pas yang dapat "melihat", bersatu dan berusaha dengan cara yang mulia agar kepimpinan pas dapat diterima oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Insya Allah, andai semua umat Islam jatuh hati lalu menyokong pas, tentu pas dengan izin Allah dapat memerintah negeri-negeri dalam jumlah yang lebih banyak, atau setidak-tidaknya memiliki pengaruh yang kuat dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara ini dalam suasana yang lebih mulia iaitu tanpa perlu mengekori jejak langkah Dap dan Pkr.

Kita tentu sedar bagaimana Umno masih memerintah sedangkan Mic dan Mca kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu. Jika tidak bersebabkan undi orang Islam, tentu Umno juga sudah senasib dengan Mic dan Mca di pilihanraya yang lalu. Wallahu'alam

Pas itu parti mengunakan nama Islam di dalam nama partinya. Iran juga mengunakan nama Islam sebagai nama negara mereka. Umat Islam mengharapkan Aqidah umat terpelihara, mengharapkan intelektual yang bersandarkan ajaran Islam dibangunkan semula. Umat Islam juga amat selesa jika sistem perekonomian mereka berasakan lunas-lunas yang diizinkan agama. Tentunya umat Islam sangat berharap agar syariat Islam dimuliakan dan terpelihara untuk selama-lamanya.

Ini semua akan membawa kepada kesejahteraan ke dalam jiwa-jiwa umat Islam.

Dari sudut pandangan yang lain pula, Pas pada hakikatnya dimajoriti oleh umat Melayu. Kita menolak Pas tidak bermakna kita menolak Islam. Menyatakan umat Islam yang menolak pas sebagai menolak Islam itu suatu fitnah yang nyata.

Umat Islam di wilayah Xian di negara China juga hidup dan menikmati kesejahteraan dalam hubungan sesama muslim disamping mampu menegakkan syariat Islam dalam kehidupan mereka.

Kita cuma menolak sikap buruk orang melayu yang diperlihatkan sebagai " Islamik". Kita cuma menolak tafsiran dan hujah mengarut Pas, kita menolak sikap tidak menjaga silaturrahim sesama Islam sedangkan kita semua tahu menjaga silaturrahim itu adalah tuntutan agama.

Setiap bangsa ada kelemahan ada kekurangannya. Kita harus belajar dan mentarbiyahkan diri umat Melayu dan umat Islam tidak kira apa bangsanya agar kita orang Islam tanpa sempadan warna kulit dan budaya bangsanya mampu kembali menjadi pemimpin umat yang boleh di contohi oleh umat dari penganut agama yang lain.

Fikir-fikirkanlah. Tidak semua yang benar mampu kita nyatakan kerana ada waktu kebenaran mampu buat orang berasa hati apatah lagi jika mereka tidak gemar berfikir untuk melihat kebenaran.

Hari ini umat Islam menikmati bantuan terutamanya bagi mereka yang agak kekurangan.Agak baik jika melihat ini sebagai satu rahmat dari Tuhan buat kita yang serba kekurangan terutama buat anak melayu dari kawasan luar bandar.

Jangan hanya terpesona dengan kalimat kesamaan dan sebagainya, Kemungkinan ramai dari anak umat Islam bakal kehilangan bantuan untuk meneruskan pelajaran ke pusat pengajian yang diasaskan untuk membantu mereka yang lemah. kemungkinan itu ada berdasrkan keghairahan dan pesona kita tehadap ungkapan kesaksamaan seperti yang dilaung-laungkan oleh pakatan.

Ada orang berkata kenapa "reject" Dap, Mca tu pun lebih kurang juga penolakan mereka terhadap sistem perundangan Islam. Jawapan yang mudah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ialah kekuatan yang ada pada Umno itu sendiri.

Kita boleh melihat keujudan Uitm, Felda, Felcra, institusi keagamaan dan lain-lain usaha yang majoritinya disi dan diperuntukan buat orang Melayu dan Islam yang memerlukan bantuan untuk bangkit dari kesukaran. Tanpa toleransi dan kesefahaman dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan, apakah usaha mulia ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan jayanya. Inilah yang kita maksudkan dengan kekuatan yang ujud di dalam Umno dalam memelihara bangsa melayu dan umat Islam khususnya. Kesilapan manusia dan kelemahan mengawal nafsu kebendaan memang ujud dan ianya mesti diperbetulkan dengan cara yang dibenarkan oleh Islam.

Jika sudi direnungkan, ingin kita tegaskan bahawa keadilan bukanlah pada jumlah yang sama kerana jika beranggapan sedemikan rupa tentunya golongan hawa akan merasakan sistem faraid itu tidak adil buat mereka.

Keadilan mesti dilihat di sisi Tuhan. Maha Adil Tuhan yang melaknati Iblis yang enggan sujud kepada jasad Nabi Adam a.s sedangkan manusia yang menyatakan Tuhan itu ada anak dan sebagainya tidak pula dilaknat.seperti yang berlaku kepada iblis.

Tuhan yang maha tahu akan segalanya. Kita cuma tahu apa yang kita telah diberitahu. Tentunya kejahilan dan anggapan bukanlah bukti kebenaran.

Kita juga semestinya sentiasa beringat. Terdapat beberapa perkara yang tidak semestinya memerlukan kepada niat untuk kita menanggung akibat buruk kesan dari perbuatan atau percakapan yang tanpa berhati-hati. Antaranya perceraian dan perkara-perkara yang membawa kepada syirik tidak semestinya memerlukan kepada niat.

Lain orang lain pandangannya. Lain hati lain hajatnya. Apa yang dicari itu yang penting. Pak kadok tergadai kampungnya dalam sorak sorai dan pujian orang. Mat Jenin pula asyik dengan impiannya dibuai angin segar dipuncak pohon kelapa. Tak sedar jatuh terjelopok dek lenguh tangan menahan.

Semoga kita semua memahami dan benar-benar mengerti apa yang sedang kita lakukan. Jangan dibiarkan tiupan semangat buat kita berkobar sedang di benak kita alfa dari memikir kesan dan akibat perbuatan kita hari ini.

Kerajaan telah berjaya dijatuhkan tapi derita umat di bumi arab makin menyayat hati mata yang melihat.

Demontrasi bukanlah cara kita. Namun andai ianya perlu, bertanyalah pada diri, jika kita mampu berdemo sebagai musuh yang membantah kenapa kita tidak mampu berdemo sebagai kawan yang bertegas.

Wallahu'alam.

Skian.


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title