Feb 18, 2013

FItnah Politik - Niat tidak menghalalkan cara

Fitnah Politik
Niat tidak menghalalkan cara
________________________

Ini videoklipnya

... Tok Guru Nik Aziz !! Tok Guru Nik Aziz tadak (tidak) faham Islam sekarang ... Ustaz Hadi Awang dia pun dah tak tau (tahu) dia ikut saja .. - Anwar Ibrahim





Ceramah Anwar Ibrahim di majlis makan malam tahun 
baru Cina 2013 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah


dan ini beritanya ( di dalam bahasa melayu belum jumpa lagi )

Anwar caught in another video controversy



Petaling Jaya (the Star/ANN) - A new controversy is swirling over Datuk Seri Anwar Ibrahim's recent trip to Sabah to woo voters there, this time for remarks he is claimed to have made against leaders of the Pan-Islamic Malaysian (PAS) party.

A video of his speech, being circulated by pro-Barisan Nasional bloggers, seems to show him belittling the PAS leadership to stress that Pakatan Rakyat had not changed its stand on the use of the word "Allah" by non-Muslims.

Among the remarks heard in the one-minute clip are his accusations that PAS mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat no longer understands Islam and his description of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang as a mere follower. - seterusnya @ my.news.yahoo.com

Komen

Kita sememangnya tidak menerima beberapa perkara yang telah PKR, PAS dan DAP telah lakukan terutamanya yang berkaitan dengan kedaulatan agama Islam di negara tercinta ini, namun bagi kita mengada-adakan cerita juga bukanlah jalan yang lurus.

Berdasarkan pengamatan, videoklip di atas di "edit" dengan meninggalkan bahagian sebelumnya. Berkemungkinan bertujuan untuk mengelirukan pendengar dari tujuan asal ucapan yang disampaikan oleh Anwar Ibrahim.
Amatlah diharapkan para pejuang yang ingin memperjuangkan kebenaran mengikuti jalan yang benar dan lurus lagi diredhai oleh Tuhan.
Fitnah, memutarbelitkan fakta dan mengada-adakan cerita tetap satu kesalahan biar pun dengan niat yang baik. 
Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang lurus. Setiap kali Al-Fatihah dibaca yang dipohon petunjuk Tuhan buat kita berada di jalan yang lurus. Mengapa pula bila berada di pentas politik kita dengan rela mencari jalan yang menyesatkan.

Perjuangan hanyalah usaha, keberkatan dan "makbul"nya bukanlah milik kita. Hanya dengan rahmat Allah kita akan berjaya. 

Akhir kata semoga kita selalu ingat, niat tidak menghalalkan cara

==========================

Niat tidak menghalalkan cara 
Habib Ali Zaenal Abidin


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title