Feb 19, 2013

PAS Boneka Liberalisma bukan Parti Pembela Islam


__________________________________

Kenyataan Meragukan Pemimpin PAS
__________________________________

Pas tidak akan gadai prinsip Islam dan orang Melayu
Wartawan Sinar Harian
18 Februari 2013

Tuan Ibrahim Tuan Man


SHAH ALAM – Pas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip Islam dan orang Melayu dalam kerjasama yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bersedia menarik diri dari PR sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP gagal memperjuangkan Islam dan Melayu, seperti yang ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapannya di Kuala Terengganu, kelmarin.

“Kenyataan Hadi menunjukkan keyakinan Pas yang tidak akan menggadaikan hak istimewa Islam dan orang Melayu seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara semua parti PR. Selain itu, kita juga bersetuju untuk mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja Berperlembagaan.

“Bagi Pas, kita mementingkan komitmen. Jika PR menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pas dapati ada antara jaminan itu gagal ditunaikan, kita sedia tarik diri daripada PR,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, setakat ini Pas tidak pernah membangkitkan isu tersebut kerana jaminan perjanjian yang masih berterusan.

“Ada banyak contoh PR sememangnya mengikuti perjanjian itu. Antaranya peruntukan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang telah dinaikkan sekali ganda berbanding zaman BN memerintah,” katanya.

_________________________

PAS telah pun menggadaikan prinsip Islam  

Sukar untuk dipercayai kata-kata tuan. Malah jika tuan berkata " apa sekali pun terjadi Pas tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat", itu lebih mudah untuk kita percayai.

" Track record " yang ada menjurus lebih ke arah itu.

Penghinaan demi penghinaan yang pihak tuan terima sudah cukup untuk membuatkan tuan dapat berfikir di mana letaknya Pas di mata DAP.

Komen Karpal Singh terhadap Tuan Guru Nik Aziz

Kata-kata menghina sudah puas ditujukan oleh pihak DAP kepada tuan-tuan guru pas. Kami yang tidak sehaluan lagi dengan cara pembawakan agama tuan-tuan juga tidak pernah sanggup untuk berkata sedemikian rupa.

Pas Bersungguh-sungguh Dalam Menubuhkan 
Sebuah Negara Islam yang sebenar
Yang di hormati Prof Datuk Dr Harun Din
Alhamdulillah, Gembira kita mendengarnya


Karpal Singh: Wrong for Nik Aziz to suggest something 
which can't be introduce in the country in the first place


Karpal Singh : Apakah yang dimaksudkan dengan Jalan Lama


tidakkah menghinakah namanya dengan ungkapan "jalan lama", 
tentu ini menjelaskan betapa PAS di mata DAP


Akhirnya Prinsip Asal Pas di Gadaikan
selepas berpuluh tahun mewar-warkannya

Pas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip Islam - Tuan Ibrahim Tuan Man
Sengaja bercakap bohong dosa tau ..

PAS pakar dalam mengelirukan umat Islam 
namun kurang berkretampilan sebagai pemikir

Karpal Singh, Pengerusi DAP
Mat Sabu, Orang No 2 PAS


Karpal Singh kafirun pun tahu menilai, kelemahan pemikiran pemimpin PAS
membuatkan mereka mudah ditempelak oleh DAP

 Haji Hadi
hujahnya sering mengelirukan umat Islam


Pertama: Dapat kita rasakan kata-kata tuan itu seperti membawa maksud kepada memutuskan silaturrahim sesama Islam dikalangan Umno

Kedua: Perjuangan Bersama - setahu kita cita-cita DAP PKR ialah perubahan ke arah liberalisma termasuk perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Dan tuan senang-senang hati mengajak orang Islam lain bersama-sama ke arah itu.   

Apakah tergamak kita umat Islam membantu rakan-rakan sepakatan Pas di dalam usaha liberalisma itu. Jawapannya ada di hati masing-masing.

Sudah agak lama kita pelik memikirkan bagaimana tuan-tuan yang mendarjatkan pihak tuan sebagai pewaris Nabi dan pejuang Islam sanggup mengeluarkan hujah-hujah yang tidak benar berkaitan Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. Pelik sungguh kalau difikir-fikirkan

Tidak dapat kita mengerti bagaimana tuan boleh merujuk kepada " dll " (dan lain lainnya) dari kamus dewan demi mebenarkan terjemahan AL-Jabbar seerti dengan perkataan melayu maha samseng.

Sila Rujuk : Tuhan saya tidak samseng

PAS Boneka Liberalisma

Majlis Syura Pas tiada makna di mata pakatan Rakyat


GEORGETOWN - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
seterusnya @ malaysia-chronicle.com

Satu lagi penghinaan jika PAS punya perasaan. Tentunya kita yakin keputusan Majlis Syura PAS bersandarkan ilmu dan ajaran Islam. Jika keputusan Majlis Syura PAS disarankan agar mengkaji semula keputusan fatwanya, ini mungkin terdapat keraguan pada tatacara atau terdapat nas-nas yang telah terlepas pandang.

Namun ianya diminta dikaji semula agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari 2013 sedangkan keputusan yang dibuat oleh haji hadi itu dilakukan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Syura PAS. Pendek cerita haji hadi telah memandai-mandai dan telah membelakangkan Majlis Syura PAS.

Selain Karpal Singh, DAP, PKR yang memandang  Majlis Syura PAS hanya dengan sebelah mata, Haji Hadi juga bolehlah dianggap telah mengambil sikap yang sama dengan tindakan beliau itu.


Kesimpulannya : Fungsi Majlis Syura ibarat "penjaga" terhadap dasar dan hala tuju PAS agar menepati kehendak ajaran Islam  telah dengan sengaja disisihkan oleh orang nombor satu Pas dan kawan sepakatan PAS sendiri. 

Tidakkah ini bermakna terdapat kecenderungan dari dalam PAS dan kawan sepakatannya untuk mengelakkan hukum yang lebih menepati kehendak ajaran Islam menjadi sebahagian dari  sumber dalam pembentukan  dasar dan prinsip Pakatan Rakyat. Andai fatwa isu nama ALLAH oleh Majlis Syura mereka cuba menyangkalnya, bagaimana pula dengan cita-cita melaksanakan hudud dan sistem pentadbiran berasaskan Islam. 

Bukankah sudah terang lagi bersuluh, bahawa PAS sememangnya hampir mustahil untuk melaksanakan apa sahaja yang mereka war-warkan andainya ia bertentangan dengan konsep liberalisma PKR DAP.  Apa lagi tindakan DAP PKR yang PAS nantikan hingga mampu mendatangkan nekad kepada PAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, sedangkan yang telah mereka lakukan sekarang ini pun sudah cukup dasyat jika PAS punya perasaan dan jati diri.

Apakah ini petanda yang masih belum cukup jelas untuk membuktikan terdapat " ulamak liberal " di dalam PAS yang bersungguh-sungguh menyokong fahaman liberal pegangan PKR dan DAP.

Orang Islam secara umumnya menolak fahaman liberal terutamanya yang melibatkan kedaulatan Islam itu sendiri. Jadi bagaimanakah caranya DAP dan PKR untuk menerapkan nilai-nilai liberal di minda orang PAS yang lebih menonjol "alimnya" itu. 

Cara yang mudah ialah melalui tokoh dikalangan orang Islam itu sendiri. Kita tahu menuduh berat dosanya, namun begitu tindakan haji Hadi dengan melakukan pengistiharan pada Jan 08, 2013 itu lebih mirip kepada menyokong kehendak liberalisma Pakatan Rakyat. 

Ini diperkuatkan lagi lagi melalui harapan DAP terhadap Haji Hadi

" dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura " - Karpal Singh

Inilah maksudnya yang dikatakan PAS boneka Liberalisma.


Putar Alam bukan Pilihan kita


Kita bincang boleh tapi ...

Jaminan Karpal Singh (DAP) 
Tentang Hudud


Apa lagi yang PAS harapkan dari Pakatan Rakyat ? 
Apa lagi yang kita boleh harapkan dari PAS ?

Akhir kata ...


Tuan-tuan dari Pas semestinya menerima hakikat, kini tiada kewajaran untuk tuan mendakwa parti tuan parti Islam. Parti tuan tak ubah seperti negara Iran yang mengunakan nama Islam di dalam menyatakan nama negara mereka sedangkan apa yang mereka telah lakukan amat bertentangan dengan kehendak dan hukum Islam.

Tuan tentu tahu apa hukumnya menipu dan mengelirukan umat seperti yang pihak tuan sedang lakukan sekarang.

Kesimpulannya yang pasti berdasarkan rekod yang ada, PAS kini cuma Boneka Liberalisma dan bukan lagi Parti Pembela Islam

Wallahu'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title