Feb 16, 2013

PAS DOA UMNO KO - KESANNYA - Pandangan oleh Dato` Fadzilah Kamsah

PAS DOA UMNO KO - KESANNYA 
Pandangan oleh Yang Berbahagia
Dato` Fadzilah Kamsah

________________________________


Tak Tumbuh Padi Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata Tapi Tengoklah Siapa Orangnya. Andai Dia Memang Suka Mengata, Janganlah pula Kita Mudah Percaya

Islam Bukan Sekadar Pada Kata-kata, Amalan Bukti Penghayatan Sefaham Mana. Iman Mudah Dilafaz Bicara, Diuji Tuhan Baru Tahu Keteguhannya. Apa yang Kita Buat itulah Kita Sebenarnya.



Mengimbas Kembali Majlis PAS
Mendoakan Kehancuran UMNO



___________________________________________

Mendoakan dan mengaminkan 
kehancuran saudara sesama Islam 
Perbuatan Bidaah dan Hukumnya Haram

Mendoakan dan mengaminkan kehancuran saudara sesama Islam adalah perbuatan bidaah yang hukumnya haram.

Justeru, menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria mereka yang melakukannya perlu bertaubat.
Beliau menegaskan dakwaan UMNO murtad adalah tuduhan bersifat fitnah yang tidak mempunyai asas jelas dari segi hukum syarak.


Jika orang itu tidak kafir, tetapi dia menuduh kafir... jadi dia kafir. Justeru, orang itu kena bertaubat. Selain itu, tuduhan mengatakan murtad terhadap orang Islam lain tanpa asas kukuh adalah fitnah.

Selagi kita mengucap syahadah, kita menyampaikan pendapat dan mempertahankan Islam... bagaimana kita boleh menjatuhkan hukuman murtad (kepada orang lain).

Saya takut orang yang menghukum orang lain murtad akan berbalik kepada diri sendiri, katanya selepas perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, di sini semalam. Perasmian disempurnakan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Harussani berkata, perbuatan itu juga dibimbangi menyebabkan penyelewengan di kalangan umat Islam kerana ia dilakukan seorang pemimpin berpengaruh.
Dalam hadis membincangkan mengenai penyelewengan orang alim... kerana dia ada pengaruh dan mempunyai pengikut. Kalau itu (perbuatan mendoakan kehancuran dan menuduh orang lain murtad) dibuat secara penyelewengan, kaki (ahli) yang memuja dia mesti menyokong.

Apatah lagi perbuatan mendoakan kehancuran orang Islam adalah salah dan bertentangan dengan syariat Islam. Setiap Islam bersaudara dan wajib dilindungi serta dinasihati jika melakukan perbuatan tidak betul, katanya.

Beliau juga kesal PAS menjadikan perbezaan pendapat politik sebagai suatu kebencian sehingga bertindak melampau dan menuduh pihak lain. 
 Yang Di Hormati

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title