Feb 24, 2013

PAS - Jenama Islam PAS tiada Faedah


Parti Islam SeMalaysia

Jenama Islam PAS


tiada faedah

_____________________

Yang ini dikatakan oleh Islam PAS 
sebagai menolak Islam

 


Bagaimana pula dengan yang ini






dan ini



Kadang-kadang kalau difikir-fikirkan ada betulnya juga cakap tuan guru. "Apa yang penting perlaksanaan. Kalau letak jenama saja, tak laksana tak dak faedah" . Betul cakap tuan guru tu. 

Parti PAS ada perkataan Islam pada namanya tetapi semua yang hendak dilaksanakan ditangguh dahulu demi Persetujuan Bersama. Jenama Islam pada nama PAS kalau merujuk pada hujah tuan guru sendiri seperti di atas memang tiada faedah. Kita bukan nak merendah-rendahkan kemampuan parti tuan, sekadar terfikir ada benarnya hujah tuan guru dalam membela "rebranding" konsep Negara Islam oleh parti tuan kepada Negara berkebajikan.


Sesi soal jawab 
Negara Berkebajikan
YB Husam Musa


Fuyyo .. Habis nama Tuhan, nama Nabi dan nama-nama surah dalam Quran diseret sama untuk membenarkan perbuatan mereka. Bukan ke penukaran konsep itu sekadar untuk di "matching" kan dengan prinsip DAP yang menolak sistem pentadbiran yang kerap dipanggil sebagai Negara Islam. Dap juga menolak perlaksanaan hukum hudud.

Sudahlah dahulu untuk membela keadaan di mana dikatakan masih ujud kegiatan pelacuran di Kelantan, pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah diseret sama untuk membela kelemahan yang ujud di dalam pentadbiran PAS.

 +++++++++++++++++++


" 20 tahun adalah potret masa yang memisahkan Kelantan dan Kota Bharu daripada negeri-negeri lain dan perbandarannya yang begitu jauh ketinggalan. Pencapaian ini, adakah anda mahu menafikannya?

Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.

Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?

Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?

Jika begitu, terlaksanakah atau berjayakah amar makruf dan nahi mungkar di Kota Madinah? Jangan berkata tidak! Sesungguhnya nabi dan zamannya adalah kemilau kehidupan yang memancar-mancar sebagai panduan sepanjang zaman " - posting penuh di ... nikabduh.wordpress

SORI BRO HUJAH DI ATAS TAK LOJIK DI MINDA YANG BERSANDARKAN ILMU SEJARAH ISLAM, DI MADINAH SEWAKTU ZAMAN PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W TIADA KEGIATAN PELACURAN. KEJADIAN BERZINA INDIVIDU DAN KEGIATAN PELACURAN ADALAH DUA KEADAAN YANG BERBEZA
JANGAN HINA NABI KAMI !!
- ISLAM BROWSER -

+++++++++++++++++++

Terfikir-fikir apa gerangan tersirat yang hendak disampaikan. Adakah maksud tersiratnya hanya ingin menutup kelemahan dan kegagalan pencegahan maksiat di kelantan dengan mengheret sistem yang ada di Madinah dan penguasanya sekali lalu menyamakannya dengan tuan-tuan yang ada di kelantan.

Bukankah ini satu percubaan untuk mengelirukan mata ahli dan penyokong tuan. Kelihatan hampir sama tekniknya yang dilakukan oleh Mat Sabu. Sanggup dia menarik status pejuang anggota polis di rumah pasong di Bukit Kepong lalu diserahkannya kepada komunis durjana dengan alasan yang terlalu tidak berakal iaitu kerana anggota polis itu bekerja dengan pihak british. 

Orang faham maksud tersiratnya itu. Dilakukannya demi kebaikan kawan-kawan Dapnya itu yang tidak pernah di percayai oleh orang melayu melainkan tuan-tuan sahaja. Tentunya nanti harapan tuan-tuan, jika orang ramai terpedaya dengan dakwaan bahawa komunis itu pejuang tentulah nanti tuan-tuan semua berharapan orang Melayu dan Islam tidak akan lagi memandang serong terhadap DAP.

Menghujah kelemahan di kelantan dengan menyamakan pentadbiran di Madinah oleh Rasullullah s.a.w tentunya tidak dapat di terima akal oleh muslim seluruhnya melainkan taksub mereka membawa kepada beku fikiran mereka sendiri untuk membezakan hakikat di Madinah jika dibandingkan dengan kenyataan yang berlaku di kelantan.



BETULKAN ... Jenama Islam PAS tiada Faedah
TUHAN DAN NABI DIHINA SEKEHENDAK HATI MEREKA


__________________________

Presiden Pas: Bagi Pakatan peluang, hukum jika gagal
Wartawan Sinar Harian
26 Februari 2013

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk dihukum oleh rakyat menerusi sistem demokrasi yang adil dalam negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PR tidak mahu memerintah sepanjang hayat.

Menurutnya, dengan konsep yang ditunjukkan menerusi manifesto PR iaitu kehebatan perlembagaan, rakyat boleh menghukum PR menerusi proses pilihan raya, jika tidak memberi prestasi yang baik.

"Rakyat boleh menjadi hakim yang adil. Kerajaan PR tidak berlagak menjadi Tuhan.

"Kita bukan pemimpin yang tidak tahu malu dengan melindungi dan membersihkan diri yang sememangnya tidak bersih," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam.

Katanya, rakyat pada hari ini berhadapan dengan negara yang tidak ada maruah demokrasi, pemimpin yang tidak ada rasa malu dan pelbagai salah laku.

"Rakyat dinafikan untuk berfikir dengan benar serta laporan media yang tidak adil," katanya.

Pada waktu yang sama, Abdul Hadi berkata, parti-parti politik yang fanatik perkauman sudah tidak relevan di negara ini.

"PR sudah berjaya menterjemahkan amalan ini melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sudah lebih sebahagian rakyat negara ini sudah menerima hakikat ini dan semangat rakyat mesti dihidupkan.

"Hanya Barisan Nasional, MCA, MIC, Umno dan parti seangkatan mereka yang masih berteraskan perkauman dan mereka tidak dianggap relevan lagi," katanya.

Katanya, PR menerima adunan pelbagai kaum, budaya dan pengalaman.

"Jika ia disatukan, ia akan memberi kekuatan kepada PR.

"Kita juga sudah menyatukan pelbagai kaum menerusi konsep kita menerusi perlembagaan, yang mana tidak mampu dilakukan mereka (Barisan Nasional)," katanya.

_________________________________________________

memang tak malu la, nak pertahankan kawan
sanggup pakai kamus buat hujah, tak betul pula tu

Tuhan saya tidak samseng

________________________________________________

UNTUK MU UMNO
PERBETULKANLAH MANA YANG SALAH. PENYELEWENGAN YANG UJUD TETAP SALAH. PECAH AMANAH BUKAN PERKARA MAIN-MAIN. BERAT HUKUMNYA DI SISI TUHAN  

ANDAI TIDAK KERANA PERSOALAN AQIDAH DAN MASA DEPAN ISLAM DAN UMAT, TENTU POSTING INI AKAN LAIN CERITANYA.
ANDAI PRU13 BERPIHAK KEPADA BARISAN NASIONAL, ITU BUKAN PETANDA YANG PIHAK TUAN BENAR DI SEMUA SUDUT. PENYELEWENGAN DAN PECAH AMANAH   TELAH MERUNTUHKAN KERAJAAN ISLAM YANG HEBAT DI ZAMAN KHALIFAH DAHULU. JANGAN LUPA PADA SEJARAH.

JANGAN LUPA ANDALUS
__________________________

Andalus in Memory

________________________________

Hadis Buat Renungan
BERSAMA


بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏

 Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation 

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Versi Melayu
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” 
 
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

___________________________________



Book 020, Number 4565:
It has been narrated on the authority of 'Arfaja who said: I have heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: Different evils will make their appearance in the near future. Anyone who tries to disrupt the affairs of this Umma while they are united you should strike him with the sword whoever he be. (If remonstrance does not prevail with him and he does not desist from his disruptive activities, he is to be killed.)

Book 020, Number 4566:

In another version of the tradition narrated on the same authority through a different chains of transmitters we have the words:" Kill him."

Book 020, Number 4567:

It has been narrated (through a still different chain of transmitters) on the Same authority (i. e. 'Arfaja) who said similarly-but adding:" Kill all of them." I heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: When you are holding to one single man as your leader, you should kill who seeks to undermine your solidarity or disrupt your unity.

 ___________________________________

 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title