Feb 17, 2013

PAS Sudah Terantuk Baru Lah Terngadah - Pemikiran Pemimpin Melayu Pas


Sudah Terantuk Baru Nak Terngadah, itulah pepatah Melayu yang mengajar kita erti berjaga-jaga sebelum terkena.

Jika di depan ada api besar menyala, janganlah dirempuh. Gunakanlah kebijaksanaan dan Ilmu yang ada agar perjalanan dapat diteruskan tanpa perlu diri menjadi abu dimakan api besar menyala.

Namun hari ini kita baca ada pula Pemimpin Melayu Pas seolah-olah memberitahu kita pepatah Melayu versi baru, Sudah Terantuk Barulah Terngadah, Sudah terkena barulah kita berjaga-jaga,



Ikutilah saranan Pemimpin Melayu Pas untuk lebih memahami pepatah versi baru tersebut.

Hadi: Pas keluar PR jika kerjasama rugi
W SAIDATUL FADZILAH W NAJEMUDIN
17 Februari 2013 

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.

 “Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita pada majlis sama, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Beliau berkata, keadaan semasa dalam PR tidak menimbulkan sebarang isu yang menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam apabila PR menerima Perlembagaan negara yang turut meletakkan Islam sebagai agama teras, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mengiktiraf hak keistimewaan bumiputera dan Raja Berperlembagaan.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam.

“Bahkan kita berjaya membuat anjakan paradigma dengan kemenangan calon-calon seperti Dr Siti Mariah Mahmud, Fuziah Salleh yang bertanding dengan calon-calon bukan Melayu Islam dimenangkan oleh pengundi Melayu dan bukan Islam. Itu perubahan yang besar yang dapat kita wujudkan,” katanya. 

Maksud Tahaluf Siyasi yang sebenarnya

Tahaluf Siyasi 01 - Tafsiran dan Pandangan Di Persada Politik Malaysia
Tahaluf Siyasi 03 - Analisis dan Kertas Kerja

Kerugian yang PAS pernah lalui

"Rebranding" oleh Pas dari negara Islam kepada negara berkebajikan


Terikat dengan Persetujuan Bersama sememangnya telah dan bakal merugikan Melayu dan Umat Islam

Ini kerana PAS tidak mampu melaksanakan apa sahaja yang diinginkan oleh mereka termasuklah Hudud. Ini kerana PAS yang benar-benar telah mengikat diri mereka kepada persetujuan bersama hanyalah 1 suara berbanding kawan-kawan sepakatannya yang berfahaman liberal memiliki 2 suara iaitu PKR dan DAP sedangkan keputusan muktamad biasanya ditentukan oleh suara majoriti. 

Inilah kenyataan yang telah pun berlaku kepada fatwa berkaitan isu nama Allah oleh majlis syura Pas yang hanya terpakai di dalam PAS sahaja kerana di pihak Pakatan Rakyat melalui persetujuan bersama, nama Allah boleh dijadikan terjemahan kepada perkataan God atau Tuhan. DAP dan PKR secara nyata menolak fatwa majlis Syura. Apalah ertinya hanya boleh bercakap tapi jelas sekali tidak mampu dilaksanakan disebabkan sistem yang ada iaitu ikatan kepada Persetujuan Bersama seperti yang sering PAS sendiri laung-laungkan itu..

Tilawah Bible, Isu nama Allah dan Liberalisma - Suatu kemungkinan

Freedom of Religion PKR understanding and the Real Meaning in Islam - Kebebasan Beragama Fahaman PKR dan Maksud sebenar menurut Islam 

Wallahu'alam


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title