Feb 24, 2013

Penjelasan Mengenai Video Di Youtube - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Penjelasan Mengenai Video Di Youtube
by Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah 

on Thursday, February 21, 2013 at 6:31pm ·

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.
______________________________________ 

Komen

Terharu hati membacanya. Terbayang bagaimana perasaan seorang ayah bilamana perbuatannya dibalas pula dengan mengaibkan anak-anaknya.

Sayang seribu kali sayang, makin disuluh makin terang. Ditegur, orang dimarah, diberi tahu buat-buat tak tahu. Itulah PAS, Tok Guru dan penyokongnya. 

Makin hari makin jelas biar pun lama orang dah sembang. Siapa tegur nanti kena buang. Agaknya begitulah nasib menimpa Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dato' Dr Hasan Mohd Ali. 
Kalau dah kuah tentulah dituang ke nasi dan biasanya pula andai bapanya borek tak banyak sikit anaknya rintik-rintik. Begitalah ibaratnya apabila tok guru pantang ditegur melenting hingga keluar bicara langgar pagar rempuh apa saja. Orang Islam dikafirkannya, kini penyokong sendiri membuka aib orang yang menegur benda yang benar.

Agaknya akal memang tidak mahu digunakan atau mungkin penyakit hati benar-benar telah merosakkan sampai ke hulu hati. Sanggup ditayang gambar aib anak-anak sedangkan yang berkata bapa mereka.
Bertakbir, cerita agama, hadis dan ayat Quran mainan bicara samada tok gurunya juga penyokong setia yang taksub melampau batas agama.

Buta agaknya mata, Ustaz bukan nak cerca mereka walau pun benar semua apa yang dikata. Tiba-tiba datang orang bertanya, lalu Ustaz menjawab. Orang minta pandangan, diluahkanlah apa yang benar difikirannya.  

Malangnya yang bertanya merakam lalu dimuat naik ke youtube, itu sahaja punca segala cerita. Kalau nak marah pun, marahlah pada yang memerangkap Ustaz kononnya minta pandangan dari orang lama rupa-rupanya ada lain tujuan dia.

Banyak orang kata sabar, tapi nak tahu betul ke sabar tengok sahaja bila marah menerpa. Nak tahu tok guru istiqamah sampai ke mana, tengok saja bila angin naik ke telinga, serban di kepala tentu dia lupa.
Memang benar Tuhan nak tunjuk, itu agak kita. Yang sebenarnya hanya Tuhan yang tahu berlaku ini semua kerana apa. 

Makin hari makin jelas tindak tanduk mereka. Cakapnya hanya menjelaskan siapa diri mereka sebenarnya.
Mendoakan kemusnahan sesama Islam, kafirkan orang dan berbagai kata nista macam tak pernah pula belajar agama gaya bicara.mereka.

Kini penyokong pula melangar ajaran Islam jangan buka aib orang. Tidak pernah rasanya Ustaz mebuat kenyataan tentang buruk kelaku pemimpin PAS. Andai beliau nak cakap buruk perangai pembesar PAS, bukan sahaja di youtube, di kaca TV bila-bila masa menyindir tok guru tak ada masalah punya.

Akal macam tak ada, tak tahu menilai mana yang berniat, mana yang bukan dari kehendak yang empunya bicara.

Tak apalah Ustaz, hari ni dia orang aibkan Ustaz, nanti adalah bahagian untuk mereka kerana orang yang tidak pernah mahu mengaku salah dan melihat silap diri sendiri, tentu tak rasa bersalah dengan apa yang mereka buat. Tentulah minta maaf jauh sekali, andai minta maaf pun mungkin berlakun depan dunia. Orang yang tidak pernah rasa bersalah, tentu maafnya sekadar menunjuk saja.

Tentu pelik rasanya, kenapa orang yang menonjolkan baik diri mereka, boleh pula mencerca dan menghina sesama manusia.

Tentu tidak pelik lagi bagi kita, bila kita sedar fahaman mereka memang bukan macam kita semua.
Bayangkanlah serban atas kepala tengah solat pula, tapi boleh menghina mencerca.

Dalam Solat, serban atas kepala, Syahadah tentu baca punya tapi boleh mengutuk Umul mukminin dan sahabat Nabi s.a.w. Jadi tak peliklah kita kalau di bumi sini, kita boleh mendengar tok guru dan orang yang mengaku pejuang Islam keluarkan hujah yang mengarut-ngarut. Al Jabbar terjemahnya samseng, Nabi Muhammad direndahkan mertabatnya sedarjat mat-mat yang lahir di kampung dia.

Tertanya agaknya kenapa orang lain yang buat keluar gambar yang cuba mengaibkan Ustaz, tok guru pula yang nak kita libatkan sama. Aha .. begitulah keadaannya bila yang berkata ayahnya, tapi anaknya pula nak dibuka keaiban mereka.

Kedua, selalu sangat kata orang lain sampai sangup mendoakan kehancuran dan menghukum kafir kepada sesama muslim. Rupa-rupanya pengikut sendiri pun tak terdaya nak ditarbiyahkan.

Ketiga, nak beritahu yang ketam jalannya mengiring bukan kerana nak ajar anaknya agar ikut jalan mengiring. Jalan cara begitu kerana itu ketentuan Tuhan buat mereka. Tetapi bila tok guru suka-suka hati menghina, mengkafirkan orang, mencela dan mendoakan kehancuran sesama umat, itu memang akan jadik pengajaran dan ikutan kepada anak buah yang setia menyokong. Hinggakan disangkaan mereka jalan tok guru yang suka mengiring tidak seperti ulama ahli sunnah yang lain itu benar belaka di mata mereka.

Akhir kata, yang benar tetap benar biar pun kita paksa orang lain menutup kebenaran itu dan memohon maaf. hati seorang bapa, kita pun tahu, biarlah dia mengalah janji anaknya sejahtera.

Kita selalu fikir orang "alim" bila bertindak akan ikut cara yang mulia, tapi itu tidak benar rupanya. Masih ada yang buruk kelaku rupanya. Oh ya ini pentas politik, nama Allah pun sanggup dijual mereka inikan pula setakat maruah seorang ustaz.

Kata yang terakhir diposting ini, jangan undi mereka kerana mereka pernah menghina Tuhan kita dan Nabi kita. 

Selagi mereka belum meminta maaf secara terbuka dan menarik balik fahaman mengarut mereka tentang Tuhan dan Nabi kita, itu tanda fahaman agama mereka bukan ikut jalan ulama muktabar sejak dulu kala. Bukan juga diwarisi dari  Nabi yang mulia.



Yang salah tetap orang lain. Inikan majlis dia tanya kena marah pula, angin akhirnya
Tak kan lah nak tanya hal orang lain, inikan majlis kamu, amoi tu pun tahu pikir. 

 __________________________________________________



   

 

Itu pun tak boleh fikir ke ?
sampai sorang dua Blogger Pas dari tengganu pun ikut sama
upload photo. apa la...







PAS DOA UMNO KO - KESANNYA - Pandangan oleh Dato` Fadzilah Kamsah

 

________________________________

Hadis Buat Renungan
BERSAMA


بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏


 Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation 

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Versi Melayu
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” 
 
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

___________________________________


Book 020, Number 4565:
It has been narrated on the authority of 'Arfaja who said: I have heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: Different evils will make their appearance in the near future. Anyone who tries to disrupt the affairs of this Umma while they are united you should strike him with the sword whoever he be. (If remonstrance does not prevail with him and he does not desist from his disruptive activities, he is to be killed.)

Book 020, Number 4566:

In another version of the tradition narrated on the same authority through a different chains of transmitters we have the words:" Kill him."

Book 020, Number 4567:

It has been narrated (through a still different chain of transmitters) on the Same authority (i. e. 'Arfaja) who said similarly-but adding:" Kill all of them." I heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: When you are holding to one single man as your leader, you should kill who seeks to undermine your solidarity or disrupt your unity.

 ___________________________________
 

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title