Feb 17, 2013

Tilawah Bible, Isu nama Allah dan Liberalisma - Suatu kemungkinan

Tilawah Bible, Isu nama Allah dan Liberalisma - Suatu kemungkinan


Nama Allah ingin dijadikan perkataan bagi terjemahan God Atau Tuhan sedang hangat diperkatakan Di Malaysia. Ada yang menyokong dan ramai pula yang menentangnya. Antara mereka yang lantang dan tegas menentangnya ialah Professor Datuk Dr Haron Din.

Dalam kelantangan beliau mempertahankan kesucian nama Allah, berbagai dugaan yang beliau terima. Inilah hakikatnya jika kebenaran ingin ditegakkan tentunya mereka yang berkepentingan diri berusaha pula untuk mengagalkannya.


Cemuhan dan pelbagai kritikan negatif mereka lemparkan mungkin bertujuan melemahkan semangat pejuang kebenaran walau pun mereka tahu pejuang di jalan Allah begitu ampuh untuk digugat semangatnya.
   _________________________

Datuk Dr Haron Din pula di maki

Profesor Datuk Dr Haron Din

================================

Maka berbagai persoalan yang melewati minda apabila melihat usaha murni itu cuba diperlekehkan oleh sesetengah orang Islam sendiri


Siapakah yang ikut sedap hatinya memaki Profesor Datuk Dr Haron Din itu ? Apakah mereka ini para pejuang liberalisma dari pakatan rakyat ?

Tidak dinyatakan secara terperinci oleh Datuk Dr Haron Din namun keberangkalian mereka dari pakatan rakyat yang melakukannya memang ada kerana kita semua sedar arah dan tujuan prinsip liberalisma dan kesamaan hak yang mereka perjuangkan.



Antara mereka yang menyokong
( Persoalan Aqidah hujahnya pula bab hukum feqah )


_____________________________


Terlintas juga di benak, apabila hal berkaitan Islam, kenapa pemimpin politik beragama Islam tidak duduk semeja demi mencari solusi buat memelihara kesucian dan perlaksanaan Islam secara menyeluruh di Malaysia ?

Kenapa perkara yang melibatkan Islam masih juga dilihat dari kacamata politik masing-masing ?

Di manakah kejujuran dan keikhlasan pemimpin politik beragama Islam terhadap Tuhan, Nabi dan agama Islam itu sendiri ?

_____________________________

Usaha meliberalkan ayat Quran dalam memenuhi impian mereka memang ujud dan mereka inilah antara yang beria benar untuk membenarkan pengunaan nama Allah sebagai ganti terjemah perkataan God atau Tuhan di dalam bible.

Apakah kita sebagai umat Islam ingin menerima ini semua hanya kerana memenuhi impian politik masing-masing.

 
Kebebasan Beragama Fahaman PKR dan Maksud sebenar menurut Islam

Apa jenis perjuangan tentu ada pembelanya sendiri tidak terkecuali juga buat Liberalisma.



Tentunya amat membimbangkan bagi kita umat Islam apabila mereka yang dikatakan ulamak masih juga melihat situasi mengerikan ini hanya dari sudut politik semata-mata.


Pejuang Islam versi PAS, ayat Quran diliberalkan pun masih
pertahankan kawan-kawan persetujuan bersama

Sedangkan para pejuang liberalisma itu sendiri tidak langsung menghiraukan seruan para ulamak yang tampak keihklasannya dalam mempertahan kesucian nama Allah walau pun mereka berada dibarisan politik yang sama.


Membenarkan secara rela dan rasmi nama Allah digunakan sebagai terjemahan 
perkataan God atau Tuhan di dalam bible tu tidak menyalah guna dan tidak di kira menghina ke ?   

=================================

Orang Islam hendaknya jangan mudah bertepuk tangan dan terpesona dengan bicara manis pejuang lberalisma. Fikirlah, jangan hanya mengangguk dan mudah bersetuju. Fikirkanlah akan akibat yang bakal dan mungkin berlaku di hujung usaha itu nanti.



Tidakkah kemungkinan tilawah bible seperti ditunjukkan di dalam video klip di bawah ini akan berlaku jika prinsip liberalisma perjuangan Pakatan Rakyat dan konsep kesamaan yang mereka war-warkan diterima oleh umat Islam di Malaysia ?

Tilawah Bible

 

 Tentunya yang kita inginkan keadilan dan kesamaan mestilah berpandukan ajaran Islam. Keadilan yang membawa keselamatan dan kesejahteraan kepada manusia dan negara mestilah seperti yang dikehendaki oleh Allah, bukannya tafsiran manusia mengikut akalnya semata-mata.

Sudah terang lagi bersuluh, jelas dan pasti arah tujuan liberalisma dan kesamaan hak yang menjadi teras perjuangan pakatan rakyat  

Andai tidak nampak juga, kemungkinan cintakan dunia lebih dari cintakan agama memang ujud dalam jiwa.

Akhir kata, Syurga belum nyata janganlah pula neraka sengaja ditempa.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title