Feb 21, 2013

Tulisan Jawi Penyebab Orang Melayu Menjauhkan Diri Daripada Syariat Islam ??? - Haji Hadi


Umno dipersalah hapus tulisan jawi
Wartawan Sinar Harian
20 Februari 2013

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersalahkan Umno sebagai bertanggungjawab merosakkan tulisan jawi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini suatu ketika dahulu.

Beliau yang turut kesal dengan sikap Umno seolah-olah juara rakyat kononnya dalam isu kalimah ALLAH berkata, kesalahan Umno itu menyebabkan masyarakat masa kini semakin jauh dengan Islam sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Jelasnya, dengan tulisan yang jawi yang diubah kepada sistem rumi telah menyebabkan beberapa perkataan berubah maksud sebenar dan boleh dipersoalkan seperti ‘nikmat’ dalam tulisan rumi yang difahami sebagai perkara  yang baik dan menyeronokkan membawa maksud celaka.

“Ketika baru-baru lepas merdeka, tulisan jawi ada lagi. Surat Perjanjian Pangkor digunakan tulisan jawi, orang putih buat perjanjian Singapura guna tulisan jawi, tiba-tiba Umno hapus tulisan jawi, masa Umno (memerintah). Kita orang Melayu kena sedar kesilapan Umno ini.

“Siapa yang memudahkan agama kefahaman orang Islam. Kita tengoklah akibatnya di tiap-tiap kampung ada kes dadah dan tiap-tiap keluarga ada kes dadah macam banjir yang tidak boleh disekat,” katanya ketika mengadakan ceramah di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Khairudin Aman Razali dan Adun Sura, Wan Hasan Mohd Ramli.   

Tulisan jawi dimansuhkan penggunaannya oleh mantan Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari sekitar tahun 1960an.

Abdul Hadi berkata, keadaan itu juga menyebabkan orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada syariat Islam. 

( Komen : Agaknya Orang Islam di Arab, Amerika, Rusia, China, Eropah dan Lain-lain negara di Dunia sah lagi jauh dari Islam, tulisan jawi pun mungkin mereka tak pernah tengok macam mana rupanya.)

Berhubung isu kalimah ALLAH, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan beliau tiada khilaf dengan Majlis Syura Ulama Pas dan Dewan Ulama Pas, sebaliknya Umno dikatakan sengaja mengheret isu tersebut untuk memancing undi pilihan raya.

Jelasnya, penggunaan kalimah ALLAH sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk dibenarkan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu itu perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan bukannya Pas.

Abdul Hadi menjelaskan, isu kalimah ALLAH telah selesai pada 2010 apabila beliau diajak oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan perbincangan dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mufti dan menteri berkaitan.

“Itu adalah bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukan kita (Pas). KDN bawah dia  (Kerajaan Barisan Nasional), Jakim pun bawah dia dan dia (Kerajaan BN) perlu ambil tanggungjawab ini tahun 2010 lagi,” katanya.

=======================

Komen

Sampai masanya Akar Umbi PAS Berusaha Menukar Kepimpinan PAS Jika Benar-Benar Sayangkan PAS dan inginkan Islam terpelihara kedaulatannya
( suka hatilah, ini cuma sekadar satu pandangan, mungkin salah mungkin betul, wallahu'alam )


========================

Dia memang nak sangat nama ALLAH dijadikan sebagai penganti perkataan God atau Tuhan dalam Bible ( Dia sendiri sebagai tuan presiden Pas sudah tak boleh buat apa sebab Majlis Syura PAS dah kata Tak Boleh, Suruhnya pula kerajaan tolong Lim Guan Eng )


Bukti: 

Tarikh Berita kenyataan terbaru : Feb 20, 2013
 
Jelasnya, penggunaan kalimah ALLAH sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk dibenarkan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu itu perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan bukannya Pas.

Berita keputusan Majlis Syura Jan 14, 2013

Ibarat kata orang lama, rumah sudah, pahat masih berbunyi, pahat tak puas hati agaknya...
 
Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah
Harakahdaily, 14 Jan 2013

Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

harakahdaily.net

_________________________________



" dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura " - Karpal Singh ( linknya : pas boneka liberalisma )

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title