Feb 22, 2013

UNDI PAS PKR DAP BERMAKNA ANDA MENENTANG ALLAH DAN RASUL



UNDI PAS PKR DAP 
BERMAKNA ANDA MENENTANG 
ALLAH DAN RASUL



Ini cuma fikiran saya
mungkin salah dan mungkin ada kebenarannya
Sekadar ingin menyatakan pandangan dan jalan bagaimana
kesimpulan sedemikian rupa saya ungkap di blog ini buat tatapan yang sudi

Mungkin dengan meneliti perengan seterusnya akan terjawab
sejauh mana kebenaran ungkapan di atas.

Andai silap perhitungan saya, maafkan saya kerana telah membuang masa berharga pembaca. Semoga saya diberi petunjuk agar dapat mencari kesilapan pemikiran sendiri langsung membetulkan mana yang salah
Andai pula terdetik di hati pembaca ada kebenarannya, semoga kita beroleh keberkatannya

================

IFC dan Tuntutan
Religious Freedom & Equality
Kebebasan Beragama & Kesamarataan


ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.

Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.


2.


Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3.

Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam


5.



Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


6.

Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7.


Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..


8.


Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.


9.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10.

Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12.


Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13.


Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14.

Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.

Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.


2.

Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.


3.
Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.


4.
Orang-orang Islam bebas untuk murtad.


5.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.



Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.



SIAPA DALANG SEBENAR IFC ?

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC. Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan?

Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan-pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam? Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan-badan itu. Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM.

Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.

Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor. Peter Schier merupakan wakil KAF Malaysia telah menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM).

Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.

Butiran Lengkap Di sini mykmu.net

_____________________ 

Hubungan Anwar dengan orientalis

 
Hubungan Anwar dan John Esposito bermula dari 1980-an lagi melalui perantaan almarhum Ismail al Faruqi, kerana Esposito merupakan anak buah kepada Al Faruqi di Temple University. Malah Al Faruqi merupakan pendorong Esposito untuk mendalami 'pengajian Islam' dan menumpukan perbandingan antara Kristian dan Islam.

Pada 1998, beliau bersama John Voll telah menerbitkan buku khusus yang bertajuk "Makers of Contemporary Islam" sebagai bahan rujukan untuk menunjukkan Anwar merupakan salah seorang tokoh gerakan Islam yang terbilang di peringkat antarabangsa. 

Kalau di Malaysia, Projek Pluralisme sangat bahaya kerana berkait dengan usaha menyamaratakan antara agama yang dikenali sebagai Interfaith Council (IFC) atau Interfaith Commission (IFC) yang ditaja oleh Konrad Adenuer Foundation (KAF), Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council. Lebih menarik lagi, KAF, IKD dan Bar Council merupakan badan pemikir dan penaja Anwar di Malaysia.  


Butiran Lengkap Di aidc-editor.blogspot.com  

 ______________________

Anwar Ibrahim dan IFC
Kaitannya

Religious Freedom & Equality
Kebebasan Beragama & Kesamarataan







But mainly my question is, when you speak of freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well ? Thanks.

Tetapi soalan utama saya ialah apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah awak sebenarnya mengunapakainya terhadap masyarakat Melayu juga ? Terima kasih.

Nurul Izzah: Yes, umm, but the idea itself, I think, goes back. And when you ask me, there is no compulsion in religion, even Dr (Ahmad) Farouk (Musa) quoted that verse in the Quran.

Dan bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama, malah Dr Farouk telah memetik ayat tersebut dari Al Quran.

How can you ask me or anyone, how can anyone really say, 'Sorry, this only apply to non-Malays.' It has to apply equally.

Bagaimana anda boleh bertanya kepada saya atau sesiapa saja, bagaimana seseorang boleh berkata dengan pasti, Maaf, ini hanya terpakai untuk orang bukan Melayu. Ianya mesti digunapakai secara sama rata

 freedom of religion kebebasan-beragama PKR

____________________________

PAS dan IFC
Kaitannya

Religious Freedom & Equality
Kebebasan Beragama & Kesamarataan

Nik Aziz
PAS mengambil mudah  perkara berkaitan 
Kebebasan Beragama & Kesamarataan

Haji Hadi
Berikrar berjuang bersama Pakatan Rakyat



Antara Perjuangan Pakatan Rakyat yang sangat mirip dengan kehendak dari tuntutan IFC
Nama Allah dijadikan terjemahan kepada perkataan God atau Tuhan di dalam bible

Persetujuan PAS melalui Orang nombor satunya
berkaitan pengunaan nama Allah sebagai terjemahan kepada God atau Tuhan di dalam Bible

 


Mungkin ada yang tidak perasan. Inilah langkah pertama atau " Batu Asas" di dalam merialisasikan cita-cita IFC dalam usaha mereka dan sekutu mereka ke arah


Religious Freedom & Equality
Kebebasan Beragama & Kesamarataan



Mungkin orang akan berkata, tuan guru cuma bersetuju nama Allah digunakan oleh bukan Islam. Tuan guru tidak pun berkata yang dia membenarkan pengunaan nama Allah sebagai terjemahan. 

Ingin kita bertanya, apakah tuan guru tidak sedar atau terlepas pandang atau buat-buat tidak tahu akan tuntutan Herald yang sebenarnya. Mereka telah pun berjaya berkaitan isu ini di mahkamah. .

Dengan kedudukan tuan guru sebagai orang nombor satu PAS, amat mustahil beliau tidak memahami  permintaan sebenar Lim guang eng dan Herald berkaitan pengunaan nama Allah oleh bukan Islam itu.

Kita juga tahu bahawa Majlis Syura Pas telah mengeluarkan fatwa selepas dari pengumuman Haji Hadi itu. Malangnya ianya cuma terpakai di dalam lingkungan Parti PAS sahaja. 

Haji Hadi sendiri berkali-kali menegaskan bahawa parti Pas terikat dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat.

Maka di sini sesungguhnya PAS kini seolah-olah berwajah dua. Sebagai parti PAS wajahnya mengikut acuan Majlis Syura. Sebagai komponen Pakatan Rakyat, wajahnya PERSETUJUAN BERSAMA. 

Majlis Syura cuba berhukum menepati kehendak ajaran Islam sedangkan PERSETUJUAN BERSAMA digaris berasaskan konsep Liberalisma dan demokrasi . 

Dimudahkan kata, alim co'ot di dalam rumah, di luar dari rumah bertukar liberal orangnya. Andai dia seorang ustaz atau ulamak, maka di luar rumah dia kini ustaz liberal atau ulamak liberal. Di rumah menangis sedu sedan berkiamullail, di luar rumah, kesucian nama Allah pun sanggup digadai.
 

Kesimpulan 

1- PAS mungkin tidak terlibat secara langsung di dalam usul PKR, DAP dan IFC di dalam tuntutan mereka berkaitan Religious Freedom & Equality / Kebebasan Beragama & Kesamarataan. 

Perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan terhadap PAS berkaitan kebebasan beragama dan kesamarataan ialah PAS dengan sengaja telah bersubahat dengan mereka yang menentang hukum Allah dan mereka yang telah pun mencuba mengubah hukum Allah.

2- PKR telah nyata dari bibir pemimpinnya sendiri menyatakan hak untuk menukar agama adalah hak individu termasuklah orang Melayu yang beragama Islam.

Jika mereka berjaya memerintah, apakah mereka yang telah begitu beria sebelum ini, tidak akan melaksanakan apa yang mereka cita-citakan itu.  

Andai mereka nanti berjaya mengazetkan apa yang mereka kehendaki itu di dalam undang-undang negara, apakah akan jadi kepada umat Islam seluruhnya. Ibu Bapa Muslim akan kehilangan hak terhadap anak mereka secara total dalam usaha menarik balik anak mereka yang telah terlanjur ke jalan yang sesat itu ( murtad) untuk kembali ke pangkal jalan. 

3- DAP tak perlulah dihuraikan, PKR dan PAS yang dipimpin oleh pemimpin Islam sudah sedemikian rupa, apatah lagi DAP yang dipimpin oleh mereka yang kafirun.

 
Sekarang tanyalah diri Tuan-tuan dan Puan-puan  sekelian, apakah hukumnya andai aku ini mengundi untuk PAS, PKR dan DAP.

Mungkin saya silap dalam menghitung, namun hati kita sendiri tahu apa jawapannya. 
Ada orang kata, mengundi UMNO berdosa kerana UMNO menolak Islam. Buktinya perlembagaan UMNO berasaskan Bangsa Melayu. ( hujah tuan guru Nik Aziz). 
UMNO seleweng duit rakyat, hujah mereka dari pakatan rakyat. 
UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, hujah haji hadi.

Kalau tolak DAP kenapa terima MCA, hujah ramai tukang komen dari PAS dan PKR

Jawapannya ada pada kekuatan UMNO itu sendiri. Ibarat menarik rambut, tepong tidak berselerak, rambut pula berjaya ditarik keluar.
Sedangkan PAS sendiri terlalu lemah biar pun untuk berfikir antara keselamatan Aqidah umat Islam dan penyelewengan wang rakyat seperti yang didakwa oleh PAS dan PKR dilakukan oleh UMNO, mana yang mesti diutamakan andainya kita terpaksa memilih satu di antara keduanya.

Jika benar dakwaan PAS dan PKR, ada yang berkata berdosalah kita memilih UMNO atas penyelewengannya itu. Namun jika kita memilih PAS dan PKR kita juga berdosa jika apa yang dihuraikan sejak dari awal posting ini benar semuanya.

Dosa itu pula berkaitan Aqedah dan masa depan Islam dan umatnya.
Fikir-fikirkanlah antara keduanya mana yang lebih perlu diutamakan


IFC(Inter Faith Commission)
&
Bersih


Wallahu'alam


Bahaya IFC dan Gulungan Munafik
Dr Asri

Orang Islam mesti tahu perkara-perkara 
yang membatalkan Aqidah

===============================

Tafsiran sebenar Surah Al Baqarah ayat 256

===============================

WASPADA FAHAMAN ISLAM LIBERAL

KALANGAN Muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.

Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan al-sunnah dan al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.

Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim

Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang Keesaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang di utus menyampaikan wahyu-Nya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).

Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (ar-Ruum: 30).

Namun, manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding al-Quran dan al-sunnah sebagai pegangan untuk kekal meng-Esakan Allah SWT.

Menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran moden mengsinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui liberalisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.

Katanya, agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat kemanusiaan dan perkara rekaan.

"Semua agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak," katanya.

Ini telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhum-Nya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).

Oleh itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.

Malah tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural, rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.

"Kerana kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka' kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman liberalisme dan pluralisme' pada Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun pada 10 November lalu.

Seminar sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Ancaman Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. "Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya. Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri.

Kata beliau, Islam berasaskan al-Quran dan al-sunnah untuk menegakkan akhlak berbeza dengan langkah menjaga moral yang dilaungkan Islam liberal.

Melalui liberalisasi agama pula tambahnya, wujud sekularisme yang menyaksikan semua perkara berkaitan urusan dunia dipisahkan daripada syariat agama.

"Usaha pembaratan ini sudah bermula sejak Perang Salib lagi kerana musuh Islam sedar Muslim tidak dapat dikalahkan selagi kita berpegang teguh akidah al-Quran dan al-sunnah," tegasnya.

Maka itu katanya, wujud pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan Islam liberal memesongkan soal aqidah Muslim.

Pegawai Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid pula memberitahu, usaha terbaru proaktif memesongkan akidah Muslim adalah mengedarkan buku-buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kepercayaan Kristian berbahasa Melayu bertajuk Al-Kitab: Berita Baik secara percuma oleh kumpulan pendakyah Kristian.

Buku olahan baru dan semasa dari Kitab Bible dan Gospels Kristian itu juga turut dijual di kebanyakan kedai-kedai buku sebaris dengan kitab-kita Islam dengan meluas.

"Pengedaran tulisan khat arab yang dipetik dari buku-buku bible dan gospels pegangan Kristian yang menyerupai ayat-ayat al-Quran juga sedang bertebaran dan memenuhi ruang rumah, kedai, pejabat dan sesetengah tempat ibadah Muslim," jelasnya.

Sebab itu, tegas Rashidy, umat Islam yang dangkal agama dan bahasa Arab perlu lebih berhati-hati dan prihatin dalam memilih kitab dan tulisan khat serta kaligrafi Bahasa Arab.

"Bible telah diterjemah ke dalam lebih 2,000 bahasa, tetapi Buku Al-Kitab: Berita Baik edisi Bahasa Melayu bukanlah dari Taurat dan Holy Bible Kristian yang asli," jelasnya.

Sebaliknya kata beliau, ia mengandungi ayat-ayat untuk menyuntik idealisme Yahudi-Kristian ke pemikiran dan akidah Muslim Melayu yang membacanya.

Beliau yang banyak terlibat dalam dialog dan perdebatan mengenai Islam dan Kristian dengan paderi serta pendakyah agama seluruh dunia itu membuat pendedahan tersebut ketika membicarakan tajuk 'Ancaman Kristianisasi di Malaysia' pada seminar tersebut.

Menurut Rashidy, identiti Islam pada umatnya sekarang sudah hilang dan hampir seluruh kehidupan harian kebanyakan Muslim dikuasai budaya dan idealisme Kristian-Yahudi.

"Sebab itulah ramai Muslim yang terpesong akidahnya dan tidak kurang pula yang begitu mudah dimurtadkan," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Hukum Hakam (Istinbat) Jabatan Mufti Selangor, Mat Jasi Kamos pula berkata, kejahilan Muslim mengenai Islam menjadi punca utama akidah mereka terpesong.

Kerana jahil katanya, ramai mengambil jalan pintas untuk 'mendapatkan syurga' dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga tidak dapat membezakan antara mukjizat, karamah (keramat) dan istidraj (luar biasa) yang dibawa oleh seseorang atau kumpulan atas nama agama.

"Akibatnya ramai yang bertuhankan kepada sesama manusia dan mereka juga taksub dengan kebendaan sehingga memesongkan akidah," katanya.

Begitupun kata Mat Jasi, setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi mengembalikan akidah Islam kepada sesama manusia.
pmr.penerangan.gov.my

________________________________

Hadis Buat Renungan
BERSAMA

بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏

 Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation 

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Versi Melayu
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” 
 
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

___________________________________



Book 020, Number 4565:
It has been narrated on the authority of 'Arfaja who said: I have heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: Different evils will make their appearance in the near future. Anyone who tries to disrupt the affairs of this Umma while they are united you should strike him with the sword whoever he be. (If remonstrance does not prevail with him and he does not desist from his disruptive activities, he is to be killed.)

Book 020, Number 4566:

In another version of the tradition narrated on the same authority through a different chains of transmitters we have the words:" Kill him."

Book 020, Number 4567:

It has been narrated (through a still different chain of transmitters) on the Same authority (i. e. 'Arfaja) who said similarly-but adding:" Kill all of them." I heard the Messenger of Allah (may peace be upon him) say: When you are holding to one single man as your leader, you should kill who seeks to undermine your solidarity or disrupt your unity.

 ___________________________________

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title