Mar 13, 2013

Gigi patah ada kaitan dengan sakit jantung ?

 
Gigi patah ada kaitan dengan sakit jantung ?
13 Mar 2013

BAGI warga dewasa, gigi yang patah sememangnya sesuatu yang tidak diingini.

Namun gigi yang patah juga boleh memberi satu petanda lain.

Menurut satu kajian antarabangsa yang dipetik laman WebMD, gigi yang patah juga dikaitkan dengan beberapa faktor lain yang berkaitan penyakit jantung.

Faktor-faktor itu termasuk kencing manis, kegemukan, tekanan darah tinggi dan merokok.

Dalam kajian itu, para penyelidik menganalisis data daripada hampir 16,000 orang dari 39 negara yang menawarkan maklumat tentang baki gigi mereka serta kekerapan gaham mereka berdarah.

Sekitar 40 peratus responden itu mempunyai kurang daripada 15 batang gigi dan sekitar 16 peratus pula tidak mempunyai gigi.

Lagi 25 peratus pula melaporkan gaham mereka berdarah.

Bagi setiap jumlah gigi yang berkurangan, terdapat kenaikan kadar enzim berbahaya yang menyebabkan bengkak dan mengeraskan arteri.

Para pengkaji juga mendapati bahawa bilangan gigi yang berkurangan meningkatkan risiko petanda penyakit jantung, termasuk kadar kolesterol 'jahat' dan kandungan gula dalam darah, tekanan darah serta saiz lilitan pinggang.

Orang ramai yang mempunyai gigi yang berkurangan juga berkemungkinan menghidap kencing manis, dengan risiko itu meningkat sekitar 11 peratus bagi setiap bilangan gigi yang berkurangan, kata para penyiasat.

Para perokok dan bekas perokok juga dikaitkan dengan jumlah gigi yang berkurangan.

Gaham berdarah juga dikaitkan dengan kadar kolesterol jahat serta tekanan darah tinggi.

Memandangkan kajian ini disampaikan di satu mesyuarat perubatan, data serta dapatannya patut dianggap sebagai di peringkat awal sehinggalah ia diterbitkan dalam jurnal.

Para penyelidik menambah bahawa masih kurang jelas tentang apakah kaitan di sebalik gigi yang patah, kesihatan gaham dan kesihatan jantung.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title