Mar 7, 2013

Penceroboh Sulu Di Sabah - Kenapa Polis tidak Tentera ? Komen oleh Abdul Aziz




 Komen berikut disalin sepenuhnya dari 

Persoalan Kenapa Polis tidak Tentera ?

Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU. Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

Jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Namun, jika polis sebagai pemerintah operasi bermakna;

1. Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2. Polis kita akan menangkap dan menahan. Perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan tentera ada beza di antara keduanya.

3. Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh dilakukan.

Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.

4. Boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka.

Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja.

Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau dituduh sebagai combatant Perang.
 
Persoalan Sempadan Bolos

Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur yang dipenuhi ratusan gugusan pulau kecil yang menjadi tempat persembunyian mereka dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab didindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.

Hatta USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah dicerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
 
Klasifikasi Polis/Tentera

Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) di bawah pasukan gerakan khas(PGK).

UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai tiger platoon dari 2 Bn PGA.

Komando di bawah ATM adalah grup gerak khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara (MKN) arahan NO. 18..
 
Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.

Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
 
Najib bergambar bersama Raja Sulu ?

“DS Najib pun ada berjumpa dan ada sessi bergambar dengan Raja Muda Sulu yang bersongkok dan baju Melayu, yang pernah hadir di PAU 2012 –>”

Saudara cubalah dapatkan fakta yang benar.Ramai sangat orang kondem BN/UMNO dengan fakta yang batil.Haram buat orang Islam berbuat demikian..

Kalau betul mereka silap, tunjukkan perkara yang silap itu dengan sebenarnya. Ingatlah, apa yang kita buat itu bermula dengan nawaitu kita.

Najib sebenarnya bergambar dengan pemimpin MILF, Ebrahim Murad Al-Haj.

Semoga umat Islam Malaysia kembali bersatu memulihkan martabat agama Islam yang semakin diperlekehkan..amin

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title