Mar 27, 2013

Percaya Alam Ghaib Tazkirah oleh Tok Mat MB Negeri Sembilan

         Percaya Alam Ghaib
         Tazkirah oleh 
         Tok Mat MB Negeri Sembilan

Seorang anggota pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan "tazkirah" selama 7 minit oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan hari ini.

XXXXX (PKR-XXXXX) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

"Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?" kata XXXXX dalam soalannya.

Mohamad menjawab : "Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati."

Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya "jangan asyik membeli nombor ekor" dan melupakan hal kematian.

Ketika ini beberapa orang penyokong DAP dilihat tersenyum manakala XXXXXX (PAS-XXXX) pula menundukkan muka.

"Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis...ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing," kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam.

Katanya perkara itu perlu diyakini manakala bacaan talqin memberi pengertian bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal.

"Jangan terlalu lari dari akidah macam (dakwaan) parti PAS, kalau tidak undi PAS, tidak masuk syurga. Jika demikian, rugilah orang yang duduk di luar negara kerana parti PAS tidak ada di negara mereka," katanya.


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title