Mar 20, 2013

Prinsip Komen Terhadap Tokoh Tertentu Di Islam Browser




Prinsip dan Tujuan 
Komen Terhadap
Tokoh Tertentu
Di Islam Browser







Antaranya :

Dari Al Quran

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Ayat 55 سورة الذاريات

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Quran 3:104

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab menyebut:
“Sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah s.a.w diambil tindakan berdasarkan (pemberitahuan dari) wahyu. Sesungguhnya wahyu pada hari ini telah terputus. Maka kami pada hari ini bertindak berdasarkan apa yang zahir pada kami dari amalan kamu. Sesiapa yang menzahirkan kebaikan, maka kami berikannya kedamaian (tidak diganggu) dan memuliakannya. Kami tidak masuk campur urusan rahsia batinnya. Sesiapa yang menzahirkan keburukan, maka kami tidak berinya kedamaian dan tidak mempercayainya sekalipun dia berkata batinnya baik”. (Riwayat al-Bukhari).
drmaza.com

Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim dan Riyadhus-Salihin

Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga daripada suatu kejahatan; Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar.

Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.
harakahdaily

Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’- (Muslim)

Huraian

Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar.

Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.'

Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Sumber: JAKIM

Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” 

Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.
Islam Browser

Secara prinsipnya 
Islam Browser hanya memberi fokus terhadap penyelewengan terhadap fakta-fakta berkaitan pemahaman agama yang dizahirkan secara terbuka oleh tokoh tertentu di mana menurut "judgment" Islam Browser dirasakan perlu dinyatakan juga secara terbuka berdasarkan yang zahir dipandangan minda Islam Browser demi kesejahteraan Islam dan umatnya.

Komennya pula mestilah berdasarkan hujah yang munasabah. Dengan kata lain ianya tidak dibuat berdasarkan "prejudgment" terhadap individu atau tokoh berkenaan.

Wallahu'alam
_____________________________________________________






















Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title