Mar 25, 2013

PRU13 HARAM UNDI PAS PKR DAP

PRU13 

HARAM UNDI PAS PKR DAP

FATWA ULAMA SEKOLAH PONDOK


Ulama Kelantan dakwa undi PAS haram
Oleh Nomy Nozwir
February 13, 2013

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Beberapa orang ulama di Kelantan berkata mengundi PAS dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana kerjasama parti tersebut dengan DAP yang mahu kalimah ‘Allah’ dibenarkan dalam kitab Injil Bahasa Melayu.

Menurut pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, kegagalan PAS mempertahankan Islam terutamanya penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik pemimpin PAS dilihat seolah-olah jahil agama.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam.

“Dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam, maka disinilah kita berjihad, kita jangan undi PAS,” kata Abdullah yang dipetik kenyataannya dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Abdullah, PAS perlu ditolak kerana menyokong kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyatakan sokongan ke atas hasrat DAP meskipun bertentangan dengan Majlis Syura Ulama PAS.

“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu, adalah membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam,” katanya lagi.

Ahli jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) kononnya atas tahaluf siyasi sebenarnya atas nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku ialah PAS adalah kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi PAS adalah haram, maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta, antaranya PAS bukan parti dominan, sebaliknya kerjasama itu dibuat dengan DAP yang jelas menolak penubuhan kerajaan Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar kita lihat jelas dalam Barisan Nasional, dimana Umno adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” kata Mohd Syamsul lagi.

Seorang lagi ulama di Kelantan, Mohd Zawawi Awang berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan orang bukan Islam sama berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

“Gerakan ini sebenarnya bermula berpuluh tahun lalu dan masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari,” kata Zawawi, yang juga ahli jawatankuasa Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK).

Isu penggunaan kalimah Allah timbul kembali pada Disember lalu apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang mendesak kerajaan membenarkan kalimah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu.

Pakatan pembangkang PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.

Walau bagaimanapun, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus Islam dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

themalaysianinsider.com




Dasar Perjuangan PAS dan UMNO 
Tuan Guru Haji Abdullah bin Sa'amah

____________

TAKSUB NIK AZIZ

____________



Nama : Tuan Guru Hj. Abdullah bin Sa`amah.
Beliau dilahirkan di Pondok Maheliah ,Geting , Tumpat. pada tahun 1945M

Pendidikan : 


Tempat
Nama Tuan Guru
Pondok Berangan
(7 thn)
- Tuan Guru Hj. Yaakob
Pondok Pohon Durian Jahar (Pattani) (2 thn)
- Tuan Guru Hj. Abdulah Jabi
Pondok Bermin (5 thn)
- Tuan Guru Hj. Mohd Terengganu-
- Tuan Guru Hj. Abd Rahman Bangkok
Pondok Hj. Ismail Tok Som
(1 thn)
- Tuan Guru Hj. Ismail
Pondok Pujuk Dusun Belaga

Mekah
(12 thn)
-Tuan Guru Bali Cahaya
- Tuan Guru Karim Banjar
- Tuan Guru Abdullah Sedawat
- Tuan Guru Rashid Jalal

Buka Pondok

Mula membuka pondok di Kg Geting yang dinamakan Madrasah Najmiah bersebelahan dengan pondok lama Mahiliah

Tempat rujukan masyarakat

Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang ramai samada untuk meminta nasihat, belajar ilmu dan perubatan Islam
Beliau seorang yang tegas dan banyak menyumbangkan ilmu agama kepada masyarakat luar melalui pengajaran di masjid dan surau selain di pondok beliau sendiri

epondok.wordpress.com



'Pas turning back on religion'
NIK IMRAN ABDULLAH
24 March 2013



A group comprising ulama and religious school teachers denouncing Pas yesterday and voicing their consensus that it is haram to vote for Pas in the general election for deviating from its original struggle in Tawang, Bachok. Pic by Syamsi Suhaimi

SELL-OUT? Party moving away from Islam as it eyes bigger political power, says ulama

BACHOK: A GROUP of ulama yesterday criticised Pas for twisting the teachings of Islam to suit its political objective of holding power in the country.

Ulama Mohd Syamsul Mohd Yusoff, who is a committee member of Minda Pondok, said Pas had also manipulated the teachings of Islam to justify its struggles for power.

"Pas leaders have been spreading teachings which are contrary to true Islamic knowledge and this is wrong in Islam," he said after a ceramah in Tawang here.

Syamsul, who acted as a spokesman for the group, said it was high time that people rejected Pas in the next general election for its deviation.

"The party is now willing to sell out religious principles and distort facts as long as it gets its way to the top of political power."

He said it was a sad time for Muslims when Pas leaders had chosen to be subservient to their non-Muslim counterparts in Pakatan Rakyat on issues affecting Islam.

Based on regular discussions, he said 85 per cent of ulama from various pondok in Kelantan viewed that Pas had strayed from its original struggles to champion the cause of Islam.

"We now call on Muslims to reject Pas and vote for Barisan Nasional in the next general election so that Islam can be better protected."

He said the group of ulama held a consensus that it was haram (forbidden) for Muslims to vote for Pas in the election.

He said rejection of Pas in the election was also akin to a modern jihad (holy war) for Muslims.

About 50 ulama from various pondok (religious schools) and leaders of Muslim-based non-governmental organisations attended the event to brief the people of the situation.

Apart from Minda Pondok, other NGOs included Kelantan Islamic Intellectuals Alliance, Farewell to Pas and Young Religious Teachers Defending the Religion and Country.

nst.com.my





MUZAKARAH MENCARI KEBENARAN
UNDI PAS HARAM ?

 

********


pemerintah dalam sistem demokrasi 
 berbeza dengan ketaatan terhadap 
pemerintah dalam sistem khilafah?
 Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat

Ust. Abdul Hakim B. Amir Abdat, seorang pendakwah terkenal dari Indonesia menjelaskan sama ada dibenarkan berdemonstrasi terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi atau tidak? Dan adakah ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem demokrasi itu berbeza dengan ketaatan terhadap pemerintah dalam sistem khilafah?

Ust. Abdul Hakim B. Amir Abdat, a famous preacher from Indonesia describe whether allowed or not to demonstrate against the government in a democracy or not ? And is obedience to the government in a democratic system was different from that obedience to the government in the caliphate?

Posting lengkap @


___________________

MENAMBAH INFO

 Polemik Isu Kalimah Allah

oleh
Tuan Haji Mahamad Naser Disa


Forum 
Polemik Isu Kalimah Allah 
anjuran 
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam 
(PEMBELA) 
di Auditorium Utama UIA 
Gombak 
pada 20hb Januari 2013



______________________


Ehh !! Tapi ada juga yang kata
Undi UMNO haram
Camne tu ...

undi umno HARAM dan 
dapat saham NERAKA
Ustaz Azhar Idrus 

Dari Segi Perlaksanaan
Negeri Di bawah tadbir PAS, PKR dan DAP
juga membenarkan penjualan arak
dan mengambil hasil cukai darinya
dengan alasan tersendiri

PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini
Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. "PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya" demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

 
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kelantan sedia tambah lesen premis jual minuman keras
January 18, 2011

KOTA BARU, 18 Jan – Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.
themalaysianinsider.com

Selain pengeluaran lesen arak, patung buddha sikit punya besar pun ada di kelantan tu.


Photo

Anehnya daerah tersebut mengikut pengetahuan saya tidak ramai penganut Buddha jika hendak dibandingkan dengan orang Islam.




Masa UMNO dulu pun ada juga pembinaan patung tapi bersyarat...



Ustaz tak undi UMNO kan.. selamatlah kalau camtu.

  
________________________


Harapan

Haram tetap haram yang halal tetap halal.

Apa yang kita harapkan semoga kerajaan BN/UMNO bersungguh-sungguh dalam perkara yang melibatkan maksiat, penyelewengan, pecah amanah dan lain-lain perkara yang melibatkan Amar Ma'ruf Nahi Munkar agar dari masa ke semasa sentiasa berada dalam keadaan berusaha menepati kehendak ajaran Islam.

Semestinya UMNO mengambil pengajaran dari musibah yang telah berlaku. Semoga para Ulama, Mufti dan Pemerintah dapat duduk semeja dalam usaha memelihara kesucian Islam di Malaysia  

Kepincangan memang telah berlaku. Kehilangan undi yang teruk dipilihanraya yang lalu mungkin suatu petunjuk ujud "ketidak syukuran nikmat" atas limpah kurnia Tuhan buat segelintir dikalangan UMNO selama ini. Mudah-mudahan UMNO mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

Suka diulang, Kerajaan besar Islam dahulu kala yang begitu hebat ceritanya, akhirnya tumbang akibat kemungkaran pemimpinnya, tidak mustahil UMNO akan tumbang suatu hari nanti jika tidak melaksanakan amanah Tuhan sepenuhnya.

Wallahu'alam



Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title