Mar 18, 2013

Syahid Dunia - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib sekadar berfirasat

Syahid Dunia 
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat 
Harun Taib sekadar berfirasat
 _____________________


 Wira Lahad Datu 'syahid dunia'
Wartawan Sinar Harian
17 Mac 2013
 Harun Taib

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai  'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Komen

Tidak jelas niat sebenar mereka ( Pejuang Negara di Lahad Datu ) - Mengambil dari kata Harun seperti dinyatakan di Sinar Harian di atas, tidak dikategorikan kematian para perwira negara di Lahad Datu sebagai mati syahid dunia akhirat kerana niat perjuangan para perwira yang gugur di medan juang itu tidak jelas.     ( Tidak jelas di minda beliau )

Jika tidak jelas niat sebenar para syuhadah ( gelaran buat perwira yang gugur syahid berdasarkan fatwa Majlis Fatwa kebangsaan ) yang gugur itu, bagaimana pula Harun Taib boleh menyifatkan kematian para pejuang itu sebagai syahid dunia

" Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai  'syahid dunia'."

Bagaimana Harun taib yang ber"title"kan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat boleh mengeluarkan kenyataan atau "fatwa" terhadap sesuatu yang tidak jelas di minda beliau.

Dengan kata lain, adakah Harun sekadar main agak-agak atau mengikut " instinct " atau firasat dari dalam dirinya semata-mata tanpa bersandarkan fakta yang nyata sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tapi mungkin jugalah, ilmu tinggi, tanpa kepastian, tetap mampu berfirasat. Ulama Pas memang "power".


Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title