Mar 23, 2013

TAKSUB NIK AZIZ

TAKSUB NIK AZIZ

PERSOALAN ISU :

Dalam politik Malaysia, nama Tok Guru Dato Nik Aziz B. Nik Mat tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik yang bukan Islam apatah lagi yang beragama Islam, baik yang orang muda apatah lagi yang tua, pemilik nama ini memang dikenali.

Bukan setakat mengenali bahkan pengikut-pengikutnya khususnya para penyokong PAS begitu menyanjung tinggi ketokohan Tok Guru Nik Aziz.

Bagaimanapun sanjungan yang melampau ini telah bertukar kepada taksub yang di luar kewajaran sehinggakan Tok Guru diletak sama taraf status nabi.

Dato Nik Aziz dilihat seolah-olah ‘maksum’ oleh pengikut-pengikutnya sedangkan beliau juga hanyalah manusia biasa yang dilahirkan oleh wanita desa biasa pada tahun 1931.
Taksub bukan sahaja bermaksud menerima bulat-bulat satu-satu perkataan atau kenyataan tetapi juga menutup serapat-rapatnya pintu hati dan ruang fikir untuk pertimbangan yang waras dan diterima akal.

Sikap taksub tidak menyuluh kepada kebenaran dan keadilan dan sikap ini bertentangan dengan Agama Islam.

PROFIL NIK AZIZ:

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kg. Pulau Melaka, Kelantan.

Berasal dari keluarga berpendidikan agama dengan ayah beliau Tok Guru Haji Nik Mat b. Raja Banjar juga tokoh guru agama terkenal yang mengasaskan pembukaan Sekolah Pondok Pulau Melaka.

Tok Guru Nik Aziz mendalami agama Islam dengan ramai lagi tokoh agama setempat seperti Tok Khurasan dan Tok Guru Haji Abbas Haji Ahmad (Madrasah Ittifaqiah).

5 tahun dihabiskan di sekolah agama Deoband Darul Ulum (India) sebelum ke Universiti Al Azhar (Mesir) selama 4 tahun untuk pengajian Undang-undang Islam dan Bahasa Arab.

Tok Guru Nik Aziz berkebolehan berturut dalam 4 bahasa asing iaitu Arab, Urdu, Tamil dan Bahasa Inggeris. 1963, beliau berkahwin dengan Tuan Sabariah bt. Tuan Ishak dan dikurniakan 5 orang anak perempuan dan 5 orang anak lelaki.

Memulakan kerjaya sebagai guru agama, pendakwah dan guru kelas dewasa KEMAS.

Kerjaya politik beliau bermula pada tahun 1967 apabila beliau menyertai PAS dan bertanding di Pengkalan Chepa yang dulu dipanggil sebagai Kelantan Hilir. (Beliau tidak pernah kalah dalam pilihanraya).

Nik Aziz mempunyai pengikut yang begitu taat setia dengan beliau kerana aura pendidikan dan pengetahuan Islam beliau yang tinggi. Cara hidup beliau yang sederhana juga menjadi faktor penarik.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi PAS dan negeri Kelantan mencatat pengikut PAS ter-ramai di Malaysia.

Beliau sekarang adalah Menteri Besar Kelantan ke 5 sejak 1990. Nik Aziz juga adalah Mursidul Am PAS.
Tidak hairanlah peribadi beliau yang berpendidikan agama serta sikap hidup beliau yang dilihat sederhana meskipun bertaraf Menteri Besar membuatkan orang ramai mengagumi beliau.

Apa sahaja perkataan Tok Guru Nik Aziz diterima bulat-bulat oleh pengikutnya meskipun beberapa kenyataannya jelas dilihat keterlaluan dan menyimpang dari Agama Islam.

Kenyataan sebegini berbahaya kerana boleh memesongkan akidah dan mengelirukan ummah.

KENYATAAN /TINDAKAN KONTROVERSI NIK AZIZ:

Bersedia menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

Bekerjasama dengan orang kafir adalah haram (tetapi kini PAS bekerjasama dengan DAP, sebuah parti dominasi orang Cina dan dilihat seperti berada di bawah telunjuk DAP).

PAS bersedia bersahabat dengan Syaitan jika sekiranya Syaitan mampu memberikan kemenangan pilihanraya kepada PAS.

Mengundi PAS dapat pahala dan akan masuk syurga. Mengundi BN dan UMNO akan masuk neraka.

Haram menentang PAS dan mereka yang menentang PAS adalah jahilliah. (Berita Minggu April 1994)

Menyertai demostrasi BERSIH 3.0 adalah tidak haram dan digalakkan.

Nabi Muhammad SAW sama sahaja kedudukannya dengan budak laki-laki kampung bernama Mamat yang lain.

Menghalalkan beberapa perlakuan sumbang ahli politik PAS yang terlibat dengan salah laku moral.
UMNO menentang Islam dan UMNO parti barua.

Nik Aziz ugut berdoa bala kepada YAB Perdana Menteri & UMNO berhubung royalti petroleum (sedangkan doa digalakkan untuk permohonan perkara-perkara baik).
Mengagih-gagihkan wang kepada para pengundi ketika Pilihanraya Kecil GALAS 2010 di mana PAS kalah akhirnya di situ.
Mendedahkan diri kepada nepostime, kronisme dan rasuah dalam pelantikan menantu beliau dan pakej haji.

TANDA-TANDA TAKSUB KEPADA NIK AZIZ:

Pengikut PAS menelan bulat-bulat apa juga ucapan dan kenyataan Nik Aziz meski ia dilihat bercanggah dengan Islam.

Nik Aziz disama taraf dengan status Nabi.

Nik Aziz didewa-dewakan melalui gambar-gambarnya terutama gambar-gambar yang mempamerkan kewarakkan seperti sedang solat dan sedang menadah doa. Keadaan ini mengundang perasaan riak. (sebelum ini beliau menyelar orang ramai yang menggantung gambar Tun Dr Mahathir Mohamed yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia)

Bersedia bertindak agresif, ganas, biadap dan bertutur lucah pada bila-bila masa sekiranya itu adalah perkataan Nik Aziz.

Tidak berani mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz dan berdiam diri dari memperbetulkan kenyataan yang bercanggah dengan Islam.

Apa yang dibuat oleh Nik Aziz semuanya betul mekipun jelas beberapa tindakan beliau berunsur nepostime dan kronisme (penerimaa pakej haji dari sebuah syarikat dan pemberian jawatan kepada menantu dalam isu PMBK).

KESIMPULAN:

Beberapa ulama dunia menyifatkan kenyatan Nik Aziz mengenai masuk syurga kerana menyokong PAS adalah sebagai kenyataan penuh kejahilan, kebodohan dan kesesatan (Dr. Sheikh Sulaiman Saloomi, ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram).

Jika PAS itu Islam dan sesiapa yang tidak menyokong PAS sebagai kafir jadi apakah status umat Islam di negara lain yang tidak ada parti PAS? PAS hanya ada di Malaysia.

PAS asalnya ialah Biro Agama UMNO yang ditubuhkan oleh Ahmad Fuad yang kecewa lantaran gagal merebut kerusi yang Dipertua UMNO (Presiden UMNO). Ahmad Fuad ketika itu bertanding melawan Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama)

Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah dan bukan ditentukan oleh parti PAS atau oleh Nik Aziz. Lagipun di manakah kelebihan PAS yang berasal dari Biro Agama UMNO sedangkan UMNO telah dilabel sebagai parti kesesatan oleh Nik Aziz?

Kenyataan yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz dilihat datang dari hati yang penuh kebencian kepada UMNO dan penuh kesumat dendam. Orang yang pendendam dan bersyak wasangka tidak selari dengan ajaran Agama Islam yang sentiasa menggalakkan berlapang dada dan berfikiran positif.

Kenyataan Nik Aziz masih boleh dipertikaikan dari segi lunas-lunas Agama Islam yang mengelak ekstremis dan hasutan. Islam menggalakkan pemuafakatan, perbincangan dan musyawarah.

Nik Aziz hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Tindakan beliau melantik menantu sendiri Abdul Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) menyalahi tadbir urus korporat.

Nik Aziz juga diselar kerana menerima pemberian perbelanjaan menunaikan haji yang diberikan oleh sebuah syarikat kepada beliau. Tindakan beliau ini mendedahkan diri beliau kepada tuduhan makan suapan.
Harus difahami bahwa taksub Nik Aziz tidak sama maknanya dengan taksub kepada Islam. Kerana Islam sama sekali tidak boleh diletak sama taraf dengan kedudukan seorang manusia.

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT PENGURUSAN & PENYELIDIKAN ISU (UPPI)

________________________

Mamat Budak Kampung


Rasulullah s.a.w adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ni entah berapa ribu juta trillion manusia ni, ada sorang atas dunia ni namanya Muhamamd bin Abdullah s.a.w, beliau telah di lantik menjadi nabi bila umurnya 40 tahun. 



Waktu dia beranak, jadi 40 tahun sebelum pada jadi nabi ni, dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah pun tak tahu anak dia ni akan di lantik menjadi nabi. ...



Kalau Nabi Muhammad waktu ia beranak tu serupa Muhammad-muhammad lain. Orang kampung kita ada muhammad, situ ada muhammad, ada mat, orang melayu kelantan panggil mat.


Mat anak kita, Mat budak kampung kita, dengan Mat bin Abdullah di tanah Arab tanah tu waktu dia beranak tu serupa ye

- Dapatkah mereka yang taksub melihat betapa telah berlaku suatu keadaan di mana perbuatan Allah telah disekutukan dengan perbuatan manusia yang mana ianya adalah suatu kesalahan yang besar dari sudut aqidah. Wallahu'alam.

________________________

KAMU TELAH SESAT WAHAI NIK AZIZ

Monday, 10 October 2011

Setelah sekian lama memendam rasa kurang senang atas beberapa tindakan dan perilaku orang yang digelar TOK GURU oleh para pengikut fanatiknya, maka pada hari ini, penulis sebagai cicit kepada Tok Khurasan, salah seorang guru agama kepada Nik Aziz ketika dia masih remaja, ingin menyampaikan ekspresi KEKESALAN ke atas orang yang telah menyalah-gunakan statusnya sebagai ULAMA demi kepentingan politik DEMOKRASI.

Sampai hati kamu SENYUM MESRA sambil memberi tanda BAGUS kepada salah seorang tokoh Harbi TERBESAR di Asia Tenggara ini. Tidakkah kamu tahu bahawa dia baik dengan kapitalis Thaksin Shinawatra yang sanggup menjual satelit telekomunikasi (SinCorp) negaranya sendiri kepada Temasek Holding? Dan Thaksin itu adalah provokator yang membunuh Melayu-Islam di Selatan Thailand yang secara tidak langsung merupakan saudara Kelantanmu wahai Nik Aziz?

1) Kepada rakan-rakan yang selama ini MEMUJA Nik Aziz bagaikan maksum, penulis minta maaf kerana tidak dapat lagi berselindung untuk menjaga hati kalian dalam posting kali ini yang melibatkan NIK AZIZ. Teguran keras perlu dibuat kepada seseorang yang sudah merasakan dirinya amat tinggi ilmu dan amalnya sehingga tidak sedar lagi di manakah KEPENTINGAN yang patut diutamakan sebagai Melayu-Islam di Malaysia ini.

2) Seperti penulis pernah tegur secara terbuka seorang bekas PEMIMPIN TERTINGGI dalam kerajaan yang pincang sebelum ini (cucu ulama besar juga), maka tidak ada bezanya dengan Nik Aziz ini. Sedangkan Saidina Umar R.A sebagai seorang sahabat Nabi, pejuang fisabilillah dan Khalifah kedua Dunia Islam pun meminta dirinya ditegur, inikan pula Nik Aziz seorang bangsawan Melayu dari keturunan RAJA BERSIONG (moyang Raja Jembal).

Tidak kira ASAS ILMU apa yang kamu ada wahai Nik Aziz tetapi jika banyak tindak-tanduk kamu memberi FITNAH kepada Islam itu sendiri, maka sia-sia jualah ASAS KEILMUAN kamu itu. Apabila Islam terfitnah, maka golongan yang kecewa dan keliru dengan Islam ini akan cenderung membentuk golongan LIBERAL-SEKULAR yang menjauhi retorik agama mainan PAS kamu ini. Lagi jahanamlah generasi Melayu-Islam kita di Malaysia.

Tidak salah mahu main snooker. Tetapi bayangkan jika gambar seperti ini tokohnya orang UMNO, sudah tentu dicerca tokoh itu suka berfoya-foya bermain mainan orang muda. Tapi jika "Tok Guru" yang memainkannya, maka tidak mengapa kot.

3) Kenapa Nik Aziz menentang PERPADUAN Melayu-Islam di saat-saat kita kian berpecah di bumi bertuah ini? Kenapa masih berdendam? Sedangkan dia arif bahawa dalam Islam tiada konsep dosa warisan/asal, maka bukankah itu bermakna Islam selalu membuka pintu kemaafan?

Perbuatan individu-individu UMNO masa lampau tiada kaitan dengan MAJORITI orang UMNO masa kini yang mahu melihat perubahan. Tapi kenapakah Nik Aziz tidak mahu menyahut, berdamai dan mungkin berdakwah secara lebih dekat sesama Melayu-Islam dari parti UMNO?

Kenapa begitu angkuh mempertahankan PAKATAN dengan golongan MUNAFIK-HARBI yang secara terang-terangan menolak segala unsur-unsur KETUANAN MELAYU yang mendukung KEDAULATAN ISLAM di Malaysia selama ini?

4) Kenapa rela kamu menafikan nasihat dan pujuk rayu mufti Perak, Dato Seri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria untuk berdamai dengan UMNO Perak demi kesejahteraan orang Melayu-Islam di Perak? Kenapa kamu ingkar hasrat Sultan Perak yang mahu melihat Melayu-Islam yang berkuasa memimpin negeri?

Kenapa kamu tidak menegur tindakan-tindakan Nizar secara terbuka yang terus hingga ke hari ini membuat kacau bilau dalam politik negeri Perak? Kenapa kamu tidak nasihat pengikut kamu supaya taat akan Sultan sebagai Amirul Mukminin sesebuah Kerajaan negeri itu selagi baginda bersolat dan tidak mengarahkan kegiatan maksiat? Kenapa Nik Aziz? Kenapa?

Kenapa perlu kamu MESRA dan PERCAYA kepada golongan LIBERAL-SEKULAR seperti Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim ini? Kenapa rela kamu menjadi Kadi kepada perkahwinan anak Zaid Ibrahim yang terkenal menyokong BAR COUNCIL dalam membela kes murtad Lina Joy? Kenapa berpakat dengan Anwar yang telah menghentam sistem Islam dan memuja demokrasi bebas di Amerika Syarikat?

5) Kenapa Nik Aziz dahulunya pernah menghentam Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai golongan sosialis yang sama dengan komunis dalam Harakah, kemudiannya menerima pula Parti Keadilan Rakyat yang telah menyerapkan golongan "sosialis" PRM ini tadi?

Kenapa Nik Aziz tidak menegur Anwar apabila dia mahu Chin Peng Komunis itu kembali? Kenapa sering berubah pendirian wahai Nik Aziz? Kenapa tidak pernah ada walau satu pun ucapan dari kamu secara terbuka untuk mempertahankan badan bersenjata Malaysia (Melayu-Islam) yang menentang komunis suatu masa dahulu?

Lupakah kamu bahawa komunis juga telah ramai membunuh para imam dan ketua kampung yang alim? Lupakah Nik Aziz? Atau kamu sengaja melupakan segalanya demi undi popular dari kaum/agama lain?

6) Jika kamu tuduh UMNO buat jahat banyak lagi, habis itu kenapa pula kamu yang kononnya mengetuai PAS membiarkan PAS melakukan SEDIKIT jahat (salah)? Kenapa perlu banding dengan "kejahatan" UMNO? Tidak bolehkah kamu nasihat PAS supaya jangan buat jahat (salah) langsung?

Tidak bolehkah kamu menahan diri dari menggadai prinsip dan nama baik Islam yang tegas lagi jelas ini? Kamu mengaku kamu adalah NAKHODA PAS seluruh Malaysia, tetapi gaya pertuturan kamu seringkali tidak jelas dan mungkin hanya difahami oleh orang Kelantan sahaja, jika orang luar silap faham, kamu salahkan media kerajaan, tetapi pernahkah kamu JELASKAN dalam Bahasa Malaysia secara terperinci untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang Melayu luar Kelantan ini?

Dan akhirnya kamu minta orang dengar ceramah kamu secara langsung dan beli CD ceramah kamu, apakah ini suatu paksaan dalam berdakwah? Apakah ini cara berdakwah yang bijak dengan penuh sabar?

Ucapan demi Ketuanan Rakyat? Rakyat yang mana? Rakyat yang MUNAFIK-HARBI? Rakyat yang mahu kesama-rataan? Rakyat yang mengawal ekonomi? Rakyat yang mahu menghapuskan institusi Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Islam di Malaysia? Rakyat yang mahu hidup BEBAS seperti di Amerika Syarikat? Kamu fikir Ketuanan Rakyat akan memihak kepada agenda Islam sebenar?

7) Kamu mengaku Kelantan (Kota Bharu) membangun walaupun didiskriminasi oleh kerajaan pusat, tapi sedarkah siapa yang maju di Kelantan itu? Siapa yang membangun sebenarnya? SBJ bukan?

Siapa itu Syarikat Bina Jaya (SBJ)? Melayu-Islam? Adakah benar Melayu-Islam semakin berjaya dan maju di Kota Bharu? Perasankah kamu bahawa bilangan bukan Melayu-Islam semakin bertambah di Kota Bharu? Apa sudah jadi? Adakah mereka itu sekadar datang melawat atau membeli-belah sahaja?

Kenapa semakin besar rumah ibadat bukan agama Samawi di Serambi Mekah ini? Apa sudah jadi? Ada ke contoh Serambi Mekah di tempat lain dalam dunia ini yang rumah ibadat agama bukan Samawi nya semakin membesar? Tidak hairan bagi penulis jika golongan ini begitu makmur dan suka kepada PAS sehingga menyertai KELAB PENYOKONG PAS!

8) Andai kata jika suatu hari nanti Melayu-Islam di Kelantan ditimpa bencana seperti mana negara jiran kita, barulah kita insaf bahawa kita yang memegang status ULAMA ini sudah pun memberi FITNAH kepada perjuangan sebenar para mujahid kita.

Tidakkah kamu insaf wahai Nik Aziz melihat kesengsaraan saudaramu di Selatan Thailand, yang hidup tanpa institusi Sultan, yang hidup bawah golongan kuffar Harbi yang tidak beragama Samawi. Tapi saudaramu itu tidak seperti kamu, mereka tetap melaungkan Allahuakbar bersama dengan HIDUP MELAYU PATANI!

Mereka tidak tinggalkan identiti bangsa mereka sepertimana kamu menuduh KEMELAYUAN itu Assobiyyah, mereka tetap tidak tinggalkan istilah MELAYU pada perjuangan mereka, kerana mereka tahu sepertimana sesungguhnya kamu pun tahu, bahawa MELAYU yang dilaungkan itu adalah fitrah yang tidak bertentangan dengan Islam itu sendiri.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

9) Memang banyak lagi kekecewaan penulis yang terpendam selama ini kepada kamu wahai Nik Aziz. Kamu tidak "makan" teguran lembut dari mereka yang sebaya, apatah lagi dari insan muda seperti diri penulis ini. Ya, kita semua tidak sempurna, seperti juga penulis yang masih menimba ilmu melengkapi diri yang semakin meniti usia ini.

Tetapi beban status sebagai ULAMA adalah berat! Kamu yang sepatutnya memberi tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada generasi muda, bukan sekadar di luar pentas politik, bukan sekadar pada poster-poster kamu yang meminta doa sambil berlinangan air mata itu, bukan modal politik seperti itu.

Tok Khurasan tidak pernah mengajar kamu ilmu untuk membuat kekeliruan dalam politik apatah lagi untuk menderhaka kepada nasihat mufti dan hasrat Sultan. Tok Khurasan sendiri pun tidak menafikan bangsa asalnya, sebab itu dia masih lagi sebut Khurasan sebagai tempat asal dan bangsanya. Bukan menafikan MELAYU seperti yang kamu selalu katakan sehingga istilah Melayu itu menjadi jijik dan diperlekehkan kerana dendam politik.

10) Walaupun KERAS segala teguran yang dibuat oleh penulis yang tidak sempurna ini, tetapi hati penulis tetap mendoakan semoga TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT akan insaf dan kembali ke jalan ULAMA yang sebenar, ulama yang tegas dengan prinsip Islam sebenar, ulama yang berlapang dada bebas dari dendam politik, ulama yang faham akan kepentingan yang patut diutamakan dalam situasi Melayu-Islam di Malaysia dan Muslim di dunia ini yang semakin tertipu dengan mainan Munafik-Harbi yang ingin melenyapkan akidah kita semua.

Semoga Allah membuka pintu hati anak murid Tok Khurasan ini untuk menggunakan ilmu agamanya memimpin Melayu-Islam di Malaysia ke arah yang benar. Jangan malukan guru-guru kamu wahai Nik Aziz!

Jika budaya dan perayaan agama kaum lain kamu boleh turuti dan meriahkannya, mengapa budaya dan tradisi kaum sendiri kamu cerca dan anggap sebagai bertentangan dengan Islam? Kenapa Burung Petalawati untuk sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan tidak lama dahulu dianggap menganggu akidah sedangkan replika itu tidak sempurna dan hanya untuk sementara kerana diperbuat dari bunga-bunga?

Kenapa berat sebelah kepada unsur kebudayaan Melayu yang tidak pun berkaitan dengan penyembahan? Demi meraih undi popular dari kaum/agama lain? Demi politik mendendami UMNO yang dikaitkan dengan Melayu itu?

"Sungguh celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka, lalu mereka katakan, "Kitab ini dari Allah", untuk mendapatkan keuntungan yang sedikit. Sungguh celakalah mereka kerana tulisan tangan-tangan mereka dan sungguh celakalah mereka kerana usaha mereka." (Surah Al-Baqarah, ayat 79).

FATWA Nik AZIZ

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Pandangan saya: Bersyukur dengan pendirian dan berubahnya sikap DAP yang sanggup bekerjsama dengan Pas memang patut TETAPI asalkan tidak mendiri negara Islam itu bagi saya bercanggah dengan matlamat dan tujuan penubuhan Pas yang didalamnya ada perkataan Islam.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Pandangan saya: Maknanya pendukung dan penyokong Pas ditipu. Tujuan Pas didukung dan disokong kerana menyangkakan Pas berjuang untuk Islam dan merancang penubuhan negara Islam. Tanpa ada rancangan menubuhkan negara dan pemerintahan Islam, apa bezanya lagi antara Umno dengan Pas selain dari perbezaan lambang politik dengan gaya berpakaian yang rata-rata orang Pas berkopiah, orang Umno bersongkok.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

Pandangan saya: Umno menolak Islam itu pada persepsi Pas dan Dato' Nik Aziz secara peribadi. Kalau tolak Islam macam mana ada Universiti Iislam Antarabnagsa, ada Bank Islam, ada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), ada Institut Kefahaman Islam (IKIM), ada sekolah tahfiz, ada matapelajaran Islam di sekolah rendah dan menengah, ada Tabung Haji, ada PERKIM, ada masjid pada setiap mukim.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

Pandangan saya: Fatwa peribadi Dato' Nik Aziz. Maknanya Umno dan orang Umno dikafirkan kerana mati melawan orang kafir dianggap syahid, mati berperang sesama Islam mana ada syahid. Dato' Nik Aziz kena tanggung fatwanya itu dan Allah tidak boleh dikelentong.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

Pandangan saya: Allah dengan manusia tidak boleh disamakan. Makhluk dicipta-Nya dan Dia berhak memakin atau buat apa sahaja terhadap ciptan-Nya. Tetapi sebagai makhluk, kita bukannya boleh maki sesuka hati. Nabi tak pernah maki sesiapa, maknanya Nabi tak ambil kesempatan memaki musuh-musuh Islam kerana Allah pun maki. Kalau Nabi tak buat, siapa Dato' Nik Aziz untuk maki kerana Allah pun katanya memaki?

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

Pandangan saya: satu kenyataan yang penuh riak dan takbur. Nabi pun tak terima pertolongan syaitan, apakah Dato' Nik Aziz lebih istimewa dari Nabi, maka sanggup terima pertolongan syaitan?

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Pandangan saya: kena rujuk mufti dan majlis fatwa.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

Pandangan saya: saya tak dengar orang lain pernah kata macam tu, kecuali Dato' Nik Aziz. Dato' Harun Din pun saya rasa tak pernah kata. Dalam al-Quran ada ayat yang melarang berkata buruk. Mencarut adalah antara kata-kata buruk.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

Pandangan saya: kena mufti dan majlis fatwa komen.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

7/10/09 2:21 PM

Pandangan saya: dari sudut hukum hakam , arak haram. Penghalalan jualannya untuk bukan Islam adalah dari sudut undang-undang sivil. Hasil jualan, mereka yang memperolehi hasil darinya adalah haram.

Anonymous said...

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Pandangan saya: suatu pandangan mengelirukan. Perdamaian dengan DAP boleh tetapi bila Presiden dan Timbalan Presiden nak jalin perdamainan dengan Umno, Dato' Nik Aziz mengamuk sakan. Sehingga sekarang saya masih cari atas asas apa dengan DAP boleh tetapi dengan Umno tak boleh. Harap sebelum meninggalkan dunia ini saya akan ketemui jawapannya untuk nantinya ditulis untuk makluman umum.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Pandangan saya: Itu fatwa dato' Nik Aziz yang barangkali lupa bahawa Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Kalau Pas dianggap Islam dan Islam itu Pas sehingga menentang Pas dianggap haram, bagi saya boleh rosak akidah. Kerana Pas atau mana-mana parti politik sekali pun tidak boleh disamakan dengan Islam. kerajaan-kerajaan Umayyah, Abbasiyah mahu pun Uthmaniyyah tidak membubuh nama Islam.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Pandangan saya: seolah-olah Dato' Nik Aziz merujuk kepada dirinya dan menganggap tidak ada orang lain yang layak memimpin selain dari dia dan orang sepertinya. Tidak hairanlah kalau baginya Pas telalu suci sehingga boleh dikatakan haram menentang Pas.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Pandangan saya: sama dengan pandangan saya di atas.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

Pandangan saya: kerasa perasan seluruh makhluk di langit dan di bumi menyokongnya, maka dia boleh mendahului Presiden dan Timbalan Presiden atau majlis syura. Kerana itulah beliau boleh perleceh, perhina dan perlekeh Timbalan Presiden yang bercanggah pandangan dengannya, seolah-olah kalau gagal fanatik kepadannya, boleh mufarakah dan berambus dari Pas sehingga beliau lupa Pas bukan milik peribadinya.

Suatu ketika, bila pendukung dan penyokong Pas bebas dari belenggu taksub melampau dan sindrom memBERHALAkan sesama manusia, sanjungan terhadapnya akan bertukar dengan cemuhan.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Pandangan saya: pandangan itu bersifat peribadi dan bukan pandangan Pas, apatah lagi para pengasas Pas. Rasanya tidak halal kalau kerajaan yang ada dipimpin oleh orang Islam ditumbangkan dan ditukarkan dengan kerajaan yang berperdana-menterikan orang DAP yang terang-terang menentang Islam. Penubuhan kerajaan Selangor pun saya rasa tak berapa halal mana, apatah lagi di Pulau Pinang.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

Pandangan saya: politik dengan politik memang tidak boleh disukukan. Tetapi menganggap parti politik itu Islam dan Islam itu parti politik tertentu boleh punahkan akidah. Politik dengan parti politik dua benda yang sangat berbeza walaupun bunyinya macam serupa.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

Pandangan saya: saya tak pernah baca manifesto berkenaan. Jadi saya tak tau isi kandungannya.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

Pandangan saya: Umno juga mempunyai kepentingan yang serupa kerana negara ini bermasyarakat majmuk.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

7/10/09 2:23 PM

Pandangan saya: amalan demokrasi yang diamalkan juga dibuat oleh orang kafir. Apakah halal Pas menyertai pilihanraya yang kena ada wang pertaruhan macam judi untuk bertanding. Kalau apa yang baik dari orang kafir tidak boleh diterima-pakai dan tidak sampai bercanggah dengan akidah serta sampai membawa kepadasyirik, masakan Nabi suruh umat baginda mencari ilmu hingga ke negeri Cina walhal ketika membuat suruhan tu, Islam belum sampai ke Cina lagi.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

Pandangan saya: tidak kira parti mana pun yang dileaderkan oleh orang Islam kalau pemerintahannya adil dan tidak menyekat kebangkitan berkembangnya syiar Islam adalah haram ditentang. Kalau kerajaan membiarkan umat Islam kebuluran, masjid, surau, madrasah dimusnahkan, sekolah-sekolah agama dimusnahkan, peluang umat Islam ke Mekkah dihadang, maka umat Islam wajib bangkit berjuang dan kena bersedia untuk syahid. Kerajaan yang lebih utamakan pertumbuhan rumah-rumah ibadat bukan Islam dan pembinaan to'kong di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam, kena ditentang.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

Pandangan saya: kalah menang sesebuah kerajaan bukan kuasa malaikat tetapi Kuasa Allah melalui takdir dan suratan-Nya. Malaikat hanyalah hamba yang menurut perintah-Nya dan tidak ada kuasa untuk mengubah takdir dan suratan-Nya. Bergantung kepada pertolongan yang lain selain dari Allah jadi tidak berapa betul ssiku dengan akidah.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

Pandangan saya: ianya hanya bersifat retorik. Wanita terus bekerja di Kelantan, malah dalam kerja-kerja parti nampakanya tenaga wanita lebih banyak digunakan. Melarang wanita bekerja tidak berapa betul. Kalau tidak silap saya, masa Umar Al-Khattab jadi khalifaf, menteri kewangannya adalah wanita, As-sifa' namanya. Kalau wanita dilarang bekerja, masakan Umar lantik wanita jadi menteri kewangan. Umar masuk Islam dan mengucap syahadh depan Rasulullah s.a.w. dan menerima ilmu-ilmu Islam dari Rrasulullah s.a.w. dan disenaraikan sebagai ahli syuga.

Banyak kenyataan tentang wanita yang dibuat oleh Pas, khususnya oleh dato' Nik Aziz kurang tepat. Kini wanita bukan sahaja dilantik sebagai senator tetapi turut bertanding dalam pilihanraya dan diantik sebagai exco. Secara tidak langsung Dato' Nik Aziz sudah menjilat ludah dan geriak hijau kuning sendiri dalam soal wanita ni. Bedk gincu pun tetap laris jualnnya di Kelantan.

24. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

Pandangan saya: kerana pengundi hantu tidak wujud, maka Pas mengalami kekalahan yang agak teruk pada pilihanraya umum ke-11. Kerajaan Pas Terengganu yang baru berusia sepenggal tumbang, ahli-ahli parlimen Pas yang berwibawa kalah, Kelantan sebagai kubu kuat Pas hanya dimenangi dengan majorit dua kerusi, malah akhirnya menjadi kerajaan dengan hanya majoririti satu kerusi yang mana satu kerusi itu pula majortinya cuma dua undi.

Walaupun ada peluang untuk tawan Kelantan secara tidak sihat dalam keadaan Pas berkerajaankan dengan majoriti sakit, Umno sebagi leader kepada parti pemerintah di pusat tak ambil kesempatan sebagaimana Pas dan parti-parti dalam PR cuba usahakan hanya kerana Umno/BN tidak menang dengan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum ke-12. Berdasarkan hal itu bolehlah dibandingkan siapa yang mulut dan perut busuk antara Umno dengan Pas.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

Pandangan saya: sejauh mana pula perlembagaan Pas kini merujuk kepada al-Quran?. Akhir-akhir ini Pas nampak macam parti milik peribadi Dato' Nik Aziz. Pandangan/gagasan Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh terbatal dibuatnya.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

Pandangan saya: Pas pun belum tentu perjuangannya berteraskan Islam tulen. Penilaian Dato'Nik Aziz serta para pendukung dan penyokong Pas belum tentu selari dengan penilaian Allah dan rasul-Nya. Belum tentu yang apa yang dilakukan dan dianggap perbuatan ahli syurga tu betul-betul perbuatan ahli syurga manakala yang dianggap perbuatan ahli neraka la betul-betul perbuatan ahli neraka. Jangan terlalu yakin untuk senaraikan diri sendiri dan puak sendiri sebagai ahli neraka dan orang lain serta puak lain sebagai ahli syurga. Yang pasti orang alim yang riak dengan kealimannya dan orang yang banyak beribadat dengan riak tidak akan masuk syurga.

Yang Pas dan Dato' Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan dengan Umno hasil gagasan Presiden Pas itu bukankah suatu bentuk pertengkaran terhadap Melayu ke?. Nampaknya mengata dulang paku serpih, menuding ke orang tetapi sendiri yang lebih.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

Pandangan saya: betul Nabi tandatangani perjanjian dengan Yahudi tetapi akhirnya Yahudi khianati perjanjian. Apakah tidak mustahil DAP juga akan jadi macam Yahudi. Apakah Pas lebih bijak dari Nabi agar apa yang menimpa baginda tidak akan menimpa Pas?. Bukankah dalam al-Quran ada menyebut larangan bekerjasama dengan Yahudi atau menjadikan Yahudi sebagai orang kepercayaan?.

Orang Pas yang rata-rata mengaji agama pasti tahu sama ada ayat larangan itu diturunkan selepas atau sebelum Yahudi mengkhianati janji.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

Pandangan saya: saya tak boleh tangkap maksudnya dengan jelas.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pandangan saya: selain daripada para sahabat yang telah diperakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. sebagai ahli syurga, tidak disenaraikan pun wakil rakyat Pas dan Pas boleh bawa penyokong ke syurga dan yang tidak sokong Pas masuk neraka? Pas baru wujud pada tahun 1951.

Kalau jadi orang Pas atau sokong Pas baru bolehmasuk syurga, macam mana dengan mereka yang mati sebelum kewujudan Pas?. Nabi dan para sahabat bukan ahli Pas, malah para nabi da rasul bermula dari nabi Adam lagi bukan ahli Pas dan tak jadi wakil rakyat, menteri besar, exco, pendukung dan penyokong Pas.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

7/10/09 2:24 PM.

darah-satria






Kesamarataan dalam beragama
Nurul Izzah

Tetapi soalan utama saya ialah apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah awak sebenarnya mengunapakainya terhadap masyarakat Melayu juga ? Terima kasih.

Dan bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama, malah Dr Farouk telah memetik ayat tersebut dari Al Quran.

Bagaimana anda boleh bertanya kepada saya atau sesiapa saja, bagaimana seseorang boleh berkata dengan pasti, Maaf, ini hanya terpakai untuk orang bukan Melayu. Ianya mesti digunapakai secara sama rata

Positng penuh di  UNDI PAS PKR DAP BERMAKNA ANDA MENENTANG ALLAH DAN RASUL

Ayat yang dimaksudkan : 


بسم الله الرحمن الرحيم


لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

*********
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
*********
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Posting penuh di Kebebasan Beragama Fahaman PKR dan Maksud sebenar menurut Islam

Ayat di atas cuma terpakai untuk mereka yang bukan Islam. Itu hakikatnya. Semestinya "wajib" bagi yang tahu dan mudah "access" kepada Nurul Izzah menegurnya kerana ini bukan perkara main-main. Kesannya besar terhadap umat Islam mentelah pula memberi tafsiran yang salah terhadap ayat Allah juga satu kesalahan yang besar.

Malangnya apabila segalanya cuma dilihat dari sudut politik, "response" yang mendirgahayukan pula yang dapat kita dengar. Mungkin dibalik tabir ada teguran yang dibuat namun yang dizahirkan kepada umum,   jawapan yang amat tidak wajar untuk dilontarkan.

 
mengambil mudah  perkara berkaitan 
Kebebasan Beragama & Kesamarataan

Bagi yang taksub, apakah mereka dapat melihat ini sebagai perbuatan bersubahat dalam perkara mungkar 
Kita tidak menentang ulama, yang kita tidak boleh terima ialah penyelewengan terhadap fahaman agama dan kesannya pada warisan umat terkemudian.

Banyak lagi kenyataan berkaitan fahaman agama yang pelik-pelik dan tidak benar menurut ajaran asal ugama andai kita mahu berfikir dan tidak taksub

 

Butiran lengkap di Bersih 3.0 Tuan Guru Orang Melayu dan orang Islam Seluruhnya

____________________________


Jangan fikir yang kelihatan jahil tak kasihkan Tuhan dan Nabinya 

بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏

 Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation 

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Versi Melayu
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” --
Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.


dan jangan mudah beranggapan yang kelihatan  "alim" tidak akan menderhaka kepada Tuhan dan Nabi kita.




Wallahu'alam

p/s: Semangat Kenegerian ( Kelantan ) yang mengatasi semangat persaudaraan sesama Islam mengakibatkan ketidakadilan sesama muslim ujud bilamana ketua-ketua jabatan atau mereka yang ada kuasa dalam pemilihan mendahulukan anak kelantan. Ini biasa berlaku di institusi pengajian dan pernah berlaku di bank milik kerajaan.

Ketidak adilan ini suatu kesalahan. Jika ada dua orang yang sama layak, maka ada keawajaran untuk "bos" kelahiran kelantan memilih anak kelantan untuk mengisi tempat tersebut, namun jika yang di pilih itu tidak mempunyai kelayakan namun dipilih juga disebabkan sama negeri kelahirannya, itu tidak adil di sisi agama.

Semoga tuan guru yng mudah melihat salah orang lain dapat juga memberi tarbiyah agar semangat kenegerian yang melampau batas agama dihentikan. Janganlah dipandang negeri jika sedang berhadapan dengan sesama saudara seIslam.

Malah secara umumnya sesiapa jua janganlah memandang bangsa atau negara jika kita berhadapan sesama saudara seislam demi kesatuan umah dan keadilan yang adil di sisi Tuhan.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title