Mar 24, 2013

Ustaz Azhar Idrus: Jangan salah pilih pemimpin

Ustaz Azhar Idrus: Jangan salah pilih pemimpin

KOTA BHARU - Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.

Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.

Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.

“Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.

“Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan.

SITI FATIHAH AWANG
23 Mac 2013
sinarharian.com.my

_________________________

Tepat Apa Yang Disarankan itu
Jangan Salah Pilih Pemimpin
Andai Benar Hati Sayangkan
Islam

___________________________

Jangan Pilih Pemimpin Yang Ambil Mudah 
Perihal Masa Depan Agama dan Umat

Kesamarataan dalam beragama
Nurul Izzah

Tetapi soalan utama saya ialah apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah awak sebenarnya mengunapakainya terhadap masyarakat Melayu juga ? Terima kasih.

Dan bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama, malah Dr Farouk telah memetik ayat tersebut dari Al Quran.

Bagaimana anda boleh bertanya kepada saya atau sesiapa saja, bagaimana seseorang boleh berkata dengan pasti, Maaf, ini hanya terpakai untuk orang bukan Melayu. Ianya mesti digunapakai secara sama rata

Positng penuh di UNDI PAS PKR DAP BERMAKNA ANDA MENENTANG ALLAH DAN RASUL

Ayat yang dimaksudkan :


بسم الله الرحمن الرحيم

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Quran Ayat 256 سورة البقرة


Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Ayat di atas cuma terpakai untuk mereka yang bukan Islam. Itu hakikatnya. Semestinya "wajib" bagi yang tahu dan mudah "access" kepada Nurul Izzah menegurnya kerana ini bukan perkara main-main. Kesannya besar terhadap umat Islam mentelah pula memberi tafsiran yang salah terhadap ayat Allah juga satu kesalahan yang besar.

Malangnya apabila segalanya cuma dilihat dari sudut politik, "response" yang mendirgahayukan pula yang dapat kita dengar. Mungkin dibalik tabir ada teguran yang dibuat namun yang dizahirkan kepada umum, jawapan yang amat tidak wajar pula dilontarkan.

Perihal Penting Berkaitan Agama masih 
juga dilihat dari sudut Politik

Bagi yang taksub, apakah mereka dapat melihat ini sebagai perbuatan bersubahat dalam perkara mungkar
Kita tidak menentang ulama, yang kita tidak boleh terima ialah penyelewengan terhadap fahaman agama dan kesannya pada warisan umat terkemudian.



________________________

Jangan Pilih Pemimpin Yang Gemar Memberi
Tafsiran Agama Yang Mengelirukan lagi Songsang

Mamat Budak Kampung

Rasulullah s.a.w adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ni entah berapa ribu juta trillion manusia ni, ada sorang atas dunia ni namanya Muhamamd bin Abdullah s.a.w, beliau telah di lantik menjadi nabi bila umurnya 40 tahun.

Waktu dia beranak, jadi 40 tahun sebelum pada jadi nabi ni, dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah pun tak tahu anak dia ni akan di lantik menjadi nabi. ...

Kalau Nabi Muhammad waktu ia beranak tu serupa Muhammad-muhammad lain. Orang kampung kita ada muhammad, situ ada muhammad, ada mat, orang melayu kelantan panggil mat.

Mat anak kita, Mat budak kampung kita, dengan Mat bin Abdullah di tanah Arab tanah tu waktu dia beranak tu serupa ye

- Dapatkah mereka yang taksub melihat betapa telah berlaku suatu keadaan di mana perbuatan Allah telah disekutukan dengan perbuatan manusia yang mana ianya adalah suatu kesalahan yang besar dari sudut aqidah. Wallahu'alam.

Komen oleh Ustaz Kazim

________________________



Jangan Pilih Pemimpin Yang Gemar
Beralasan Senteng


Membandingkan Pemerintahan Nabi dengan yang ada di Kelantan

" 20 tahun adalah potret masa yang memisahkan Kelantan dan Kota Bharu daripada negeri-negeri lain dan perbandarannya yang begitu jauh ketinggalan. Pencapaian ini, adakah anda mahu menafikannya?

Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.

Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?

Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?

Jika begitu, terlaksanakah atau berjayakah amar makruf dan nahi mungkar di Kota Madinah? Jangan berkata tidak! Sesungguhnya nabi dan zamannya adalah kemilau kehidupan yang memancar-mancar sebagai panduan sepanjang zaman " - posting penuh di ... nikabduh.wordpress

____________________

Terfikir-fikir apa gerangan hendak disampaikan. Adakah maksud tersiratnya hanya ingin menutup kelemahan dan kegagalan mencegah maksiat di kelantan dengan mengheret sistem yang ada di Madinah dan penguasanya sekali lalu menyamakannya dengan tuan-tuan yang ada di kelantan.

Bukankah ini satu percubaan untuk mengelirukan mata ahli dan penyokong tuan. Kelihatan hampir sama tekniknya yang dilakukan oleh Mat Sabu. Sanggup dia menarik status pejuang anggota polis di rumah pasong di Bukit Kepong lalu diserahkannya kepada komunis durjana dengan alasan yang terlalu tidak berakal iaitu kerana anggota polis itu bekerja dengan pihak british.

Orang faham maksud tersiratnya itu. Dilakukannya demi kebaikan kawan-kawan Dapnya itu yang tidak pernah di percayai oleh orang melayu melainkan tuan-tuan sahaja. Jika komunis itu pejuang kenapa harus Dap mesti dipandang serong lagi oleh orang melayu.

Menghujah kelemahan di kelantan dengan menyamakan pentadbiran di Madinah oleh Rasullullah s.a.w tentunya tidak dapat di terima akal oleh muslim seluruhnya melainkan taksub mereka membawa kepada beku fikiran mereka sendiri.

________________________

Jangan Pilih Pemimpin Yang Gemar
berhujah yang Tidak Benar


Tuan berkata tuan sudah membaca kamus dewan, maka saya pun mencari di dalamnya penerangan tentang perkataan samseng. Menurut kamus dewan samseng ialah ...

Samseng C , bp ark melawat orang mati
Samseng C penjahat ( suka merompak, menyamun, dll ): lagaknya persis seorang samseng yang ganas;
kesamsengan hal (sifat, perilaku dsb) yg berkaitan dgn samseng: ada juga yg menunjukkan kebiadapan dan kesamsengan mereka dlm bilik darjah.
- kamus dewan edisi ke empat ms 1383

Tidak dapat saya mengerti apa kaitannya huraian dari kamus dewan dengan terjemahan Al-Jabbar seperti yang tuan takrifkan itu. Apakah hanya kerana " dll " yakni "dan lain lainnya" itu sahaja tuan ingin mengaitkan ia dengan terjemahan nama Allah Al-Jabbar. Tentunya kita tidak tahu dengan pasti apa yang dimaksudkan oleh pengarang kamus dengan "dll" itu.

Memetik artikel dari wikipedia melayu ...

Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah Subhanahu wa ta'ala yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis "Allah adalah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik...

wikipedia

Al-Jabbar - الجبار - Maha Perkasa bukannya samseng


Understanding The Exclusive Attributes & General Attributes 
of Almighty Allah
- Sheikh ul Islam Dr Tahir ul Qadri -

Setahu kita, kita boleh cakap "kalau Tuhan nak samseng, memang boleh, kalau Tuhan nak menzalimi hambanya memang boleh..tapi Tuhan tak buat kerana Dia maha pengasih..

Tuhan menurunkan hujan hingga banjir besar meragut ribuan nyawa, itu bukan tanda Tuhan samseng. Ada rahsia yang kita hambanya tak terjangka di akal tanpa panduan ilmu dari Tuhan juga.

Janganlah kerana kawan tersilap kata, kita pun ikut sama mempertahankannya. Di pentas ilmu Tuan memang di hormati, jangan pula di pentas politik tuan bermain dengan kata-2 demi meng "cover" kawan dan pakatan hingga merendahkan sifat Tuhan pula. Wallahu'alam

________________________

Jangan Pilih Pemimpin Gemar
Memfitnah, Menuduh
dan Cakap tak serupa bikin

UMNO dituduh dengan berbagai tuduhan Kafir Tak beragama dan segala aneka tuduhan ikut sedap lidah dan bibir

Pandangan Ustaz PAS bab kafir mengkafirkan
orang yang Beriman

Tok Guru PAS pong rajin kata orang lain kafir, 
dia orang pun patut kena sound sekali ustaz

Yang ini dikatakan oleh Islam PAS
sebagai menolak Islam

PAS Tak Tolak Islam ??

Tengok ni teringat Orang promo direct selling. Time dia promo, paksanya orang join. Bila dia sendiri tukar brand lain berpusing-pusing ayat nak yakinkan semula orang produk dulu tu tak bagus ...

Awak orang Islam ? Tak molek tanya ke orang Islam lain lagu tu.. Dari segi adab Islam tak kena gaya tanya soalan macam tu.

Eh ! Wane Same la Pulok Ayat Dengan UMNO

Kadang-kadang kalau difikir-fikirkan ada betulnya juga cakap tuan guru."Apa yang penting perlaksanaan" 
( Bukan apa yang diwar-warkan). Iran pun ada perkataan Islam pada nama Republik Islam Iran tapi perlaksanaan...Ngutok Orang Pheh !! Last sendiri pun bikin

Ustaz PAS patutnya kena tukar ayatlah lepas ni,tambah dua saja perkataan UMNO dan PAS


Betullah Ustaz, Hudud yang PAS war-warkan dulu tu Hudud PAS,sabit tu PAS tangguhkan dan ikut cakap DAP dan tunduk kepada Persetujuan Bersama Pakatan Rakyat

Ustaz yang soleh tidak kira dia UMNO ke PAS kena adil dalam beri komen, tak gitu Ustaz

________________________


Jangan Pilih Pemimpin Putar Alam


Apa yang berlaku PAS kini turut sama mempertahankan Perlembagaan Penjajah itu atas sebab terikat dengan persetujuan bersama yang mereka junjung tinggi. Bak kata pepatah Melayu, kata dulang paku serpih

Berikut Transkrip dari Amanat haji Hadi :

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'”

Dan banyak lagi sebab yang nyata mengapa Tuan Guru, Ulama PAS dan Ustaz PAS tidak sejahtera untuk dijadikan pemimpin umat Islam di negara kita.

Kata dulang paku serpih... Hakikatnya Pas la ni tok serupo dulu..

Maka berdasarkan Amanat haji Hadi seperti di atas, Ulama Pas, Pemimpin Pas dan Akar Umbi Pas yang berpegang teguh pada prinsip kebenaran dan yang mengutamakan kehendak Agama melebihi persetujuan bersama pakatan rakyat "wajib" berjihad menentang Ulama dan pemimpin PAS kategori putar alam.

________________________

Jangan Pilih Pemimpin Yang
Membuka Pintu Buat Syiah

Syiah Idola mat Sabu

Pemimpin Ummah ? Syiah tu mat ... Mat Sabu Orang no 2 PAS
Komunis dia angkat, syiah pun dia terpesona, camne orang PAS boleh angkat dia jadi orang no 2 dalam PAS, musykil musykil ...


PAS pun Amat Gemar Berdemonstrasi
Tak Gitu Mat Sabu !!

Posting lengkap di  

____________________________


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

-HR al-Baihaqi

“Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).”
-HR At-Tirmizi

____________________________


Hakikat

Benarkah yang tampak jahil tak kasihkan Tuhan dan Nabinya

بسم الله الرحمن الرحيم

In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ، وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ، فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‏‏.‏

Sahih Bukhari Book: 86, Hadith: 6867
The English translation

Narrated `Umar bin Al-Khattab:

During the lifetime of the Prophet there was a man called `Abdullah whose nickname was Donkey, and he used to make Allah's Apostle laugh. The Prophet lashed him because of drinking (alcohol). And one-day he was brought to the Prophet on the same charge and was lashed. On that, a man among the people said, "O Allah, curse him ! How frequently he has been brought (to the Prophet on such a charge)!" The Prophet said, "Do not curse him, for by Allah, I know for he loves Allah and His Apostle."

Versi Melayu
Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad senyum. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.”
-Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

psikologihadith.com


Benarkah yang tampak "alim" tak mungkin menderhaka
kepada Tuhan dan Nabi



Bila akal merujuk Ilmu
Hati tentu tahu
Insya Allah

Wallahu'alam

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title