Apr 2, 2013

PRU13 Orang Islam Jangan lupa !!

DAP
Orang Islam Jangan lupa !!

Bahaya DAP


Ketuanan Melayu Sah dan Tidak Bercanggah 
dengan Prinsip Islam
Maulana Asri Yusoff dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Ketuanan Melayu Benar di sisi Islam namun hendaklah difahami maksud yang sebenarnya agar tidak mendatangkan salah faham dalam pembawaan beragama.

Orang bukan Islam, sudah menjadi kebiasaan mereka memberi komen negatif dalam usaha mereka menampakkan kununnya orang Melayu bersikap perkauman bila perkara berkaitan bangsa Melayu secara umumnya dan perkara-perkara yang berkaitan orang Islam disebut atau diutarakan.

Pedulikan mereka kerana memang itu cara buruk mereka dalam menampan penguasaan Islam di dalam negara ini sedangkan mereka sendiri hanya bermain sandiwara dan berlaku sangat tidak adil terhadap keadilan yang mereka telah nikmati selama ini.

Mereka tidak memberi keadilan terhadap kita umat Islam dan melayu amnya di dalam penetapan harga barang. Mereka juga tidak memberi upah dan gaji yang adil terhadap pekerja berlainan bangsa. Banyak lagi ketidakadilan mereka terhadap kita jika hendak disebutkan satu persatu dan mereka sendiri amat sedar tentang perkara ini.

Di satu sudut pula janganlah hendaknya kita umat Islam terpedaya dengan dakwaan orang yang kelihatan bercakap atas dasar agama sedangkan mereka sebenarnya sedang berpolitik dan melebihkan keperluan politik mereka melebihi perintah agama.

Fikirlah secara wajar, apakah di negara Cina, Eropah atau pun di India, ketuanan Melayu dapat diterima. Lojiknya tentulah tidak kerana bangsa yang menguasai negara berkenaan sejak berkurun lamanya adalah  orang Cina, orang eropah dan India. Ini sebenarnya lumrah kehidupan di mana-mana negara di dunia ini. . 

Kita sebagai orang Islam mestilah memahaminya konsep ketuanan bangsa itu sendiri agar dapat menetapkannya di atas landasan yang benar seperti yang dikehendaki oleh Agama Islam. Agar kita tetap menjadi umat yang adil terhadap sesiapa sahaja kerana kita umat Islam telah diberi petunjuk yang jelas dan nyata oleh Allah.

Oleh yang demikian, janganlah ragu jika ada ulama terutamanya dari PAS yang tiba-tiba mempertikaikan ketuanan Melayu di Malaysia ini. 


Muslim dan Melayu !! Renung-renungkanlah 
 Dr Riduan Tee Abdullah

Bersatulah kita semua, Melayu Muslim, India Muslim, Cina Muslim dan apa sekali pun ethnik asal saja Islam agamanya. Bersatulah kita semua dalam menolak Pakatan rakyat yang kita semua telah tahu kecenderungan mereka terhadap kesamaan dalam beragama/ Pluraslisma dan juga sebahagian dari mereka yang agak terpesona dengan syiah.


Sesungguhnya, sedarlah kita semua, syiah dan pluraslisma adalah senjata yang agak ampuh buat mereka untuk menghancurkan kesejahteraan umat Islam di Malaysia ini.

Di PRU 13 menjadi kewajipan kita setiap umat Islam tanpa batasan bangsa untuk mempertahankan hak kita sebagai umat Islam dan kesucian syiar Islam di Malaysia tercinta ini.

Muslimin, dan Muslimat seluruhnya tanpa mengira parti politik.semoga tidak terpedaya andai selamat yang kita semua harapkan.Selamat agama, selamat umat dan warisan kita.

Saranan

Buat renungan pembesar UMNO, jika UMNO mampu membuka pintu buat bumiputra dari agama lain, mengapa tidak terhadap saudara seagama berlainan bangsa, tentu akan lebih mudah kita sesama saudara Islam bergerak dalam satu barisan.


بسم الله الرحمن الرحيم

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ مَّرْصُوصٌ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Thanks for coming

Thanks for coming
Terima kasih sudi hadir

Tajuk - Title